Keberanian Najib, Kebaculan Nik AzizTika ini Perdana
Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya sedang berada di
Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin,
Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail
Haniyeh.Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib
pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al
Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah.
Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11
Disember 2012.Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia,
Dato' Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin.
Turut serta ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.
Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin
sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai
rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong
perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel.
Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari
PAS dan PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu
propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13.
Samada dalam media sosial seperti facebook, twitter, portal
mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan.Ada sebabnya mereka
memfokuskan hal demikian, salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian
umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang
pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel.
Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat
langkah berani Dato' Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung
Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru
sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel.
Lagipun keprihatinan Dato' Seri Najib dengan nasib umat
Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali
pertama Dato' Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di
wilayah yang sedang dilanda keganasan perang.
Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko
yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan
senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand,
sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda.
Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS,
Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak
bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan.
Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.PAS yang sering
menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar
ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri
tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau
sayangkan pangkat dan darjat duniawi.
Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak
Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan
untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat
Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata antara pemimpin
UMNO dengan PAS.
No comments:
Post a Comment