Sejarah penubuhan PAS adalah dari mereka yang kecewa dengan
UMNO dan perdebatan kerana isu yang sangat remeh...
PAS atau Pan-Malaysian Islamic Party (PIMP) ini ditubuhkan
bukan kerana memperjuangkan Islam.
Ianya ditubuhkan kerana golongan ulama dalam UMNO mintak 1o
kerusi dalam Majlis Perwakilan Persekutuan. Tunku Abdul Rahma Putra ketika itu
berkata;
‘Kita hendak
mentadbir negara dan orang Melayu. Kita bukan nak baca doa’.
Maka mereka merajuk dan terus menubuhkan PIMP. British
dengan segera meluluskan parti baru ini.
Ini kerana PIMP boleh memecahkan perpaduan dan kekuatan
orang Melayu, yang begitu padu ketika itu.
Datuk Dr. Haron Din, Datuk Harun Taib, Datuk Mohamad Shukri
Mohamad, Datuk Ismail Kamus, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Nasharudin Mat Isa, Datuk
Mohd. Tamyes Abdul Wahid, Datuk Seri Hassan Ahmad, Datuk Abdul Rahman Osman,
Datuk Nooh Gadut dan Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin serta beberapa tokoh lain
yang telah mempertahankan kesucian agama Islam melalui bantahan keras mengenai
penggunaan kalimah Allah S.W.T. dalam penterjemahan bible ke bahasa Melayu.
Mereka inilah ulama sebenarnya yang tidak gentar untuk
menegakkan kebenaran.
Tindakan mereka ini telah menyebabkan para pemimpin Pas lain
- sama ada bergelar ulama atau tidak - terpaksa menarik balik keputusan untuk
membenarkannya.
Saranan Lim Guan Eng (dia Kristiankah?) supaya kalimah Allah
S.W.T. itu digunakan sudah pasti sekiranya diikuti, akan memecahbelahkan umat
Islam di negara ini.
Bagaimanakah para pemimpin ini boleh menyatukan umat kalau
dalam hal sifat Allah S.W.T yang semudah ini pun mereka boleh memberi pendapat
yang salah?
Dalam perbahasan beberapa minggu mengenai penggunaan kalimah
Allah S.W.T. bagi penterjemahan Bible, pernahkah para ulama dan orang biasa
yang menyokong penggunaannya membaca Bible dan faham akan akibatnya sekiranya
perkataan "God" atau "Lord" dalam Bible itu diterjemahkan
menjadi kalimah "Allah S.W.T."?
Mari saya tunjukkan sedikit ayat yang terkandung dalam Bible
yang mengandungi perkataan "God" dan "Lord". Saya sertakan
terjemahan seperti di dalam kurungan:
1) For God so loved the world, that he gave his only
begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have
everlasting health - (John 3:16).
"Kerana Allah kasihkan dunia, Dia mengurniakan
satu-satu anaknya, agar sesiapa yang mempercayainya tidak akan musnah, tetapi
akan mendapat kesihatan yang berpanjangan"- (John 3:16).
2) And lo, a voice from heaven, saying "This is my
beloved Son, with whom I am well pleased" (Matthew 3:17; Mark 1:11).
"Nah, suatu suara dari syurga, berkata "Inilah
anak yang Aku sayangi dan sangat senangi" (Matthew 3:17; Mark 1:11).
3) Truly you are the Son of God (Matthew 14:33).
"Sesungguhnya engkaulah anak kepada Allah"
(Matthew 14:33).
Lihatlah pada tiga ayat Bible di atas yang kesemuanya
menyatakan bahawa "God" mempunyai "Son". Bila diterjemahkan
perkataan God kepada Allah, maka ia bermakna Allah S.W.T. mempunyai anak. Ini
adalah salah mengikut ajaran Islam dan boleh mencemarkan kesucian agama Islam.
Sudah lupakah ulama yang menyokong penggunaan Allah untuk Bible kepada Surah
Al-Ikhlas yang bermaksud antara lain bahawa "Allah S.W.T. tidak beranak
dan tiada pula diperanakkan"?
Atau mereka ini sanggup menggadai kesucian agama demi
kepentingan diri, mengikut kehendak orang yang bukan Islam? Bertaubatlah dan
mohon keampunan-Nya.
Guan Eng yang menyarankan penggunaan Allah dalam Bible tidak
akan menanggung apa-apa.
Sebaliknya, orang Islam di bawah pimpinan sesetengah ulama
dan bukan ulama telah hampir menyesatkan umat dengan pendapat mereka.
Mereka sanggup membelakangkan fatwa yang telah dikeluarkan
oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Dewan Ulama Pas sendiri.
Tidak takutkah saudara-saudara Islamku apabila melihat
kepada tajuk tulisan ini yang menyatakan Allah S.W.T. mempunyai anak?
Inilah terjemahan kepada ayat di dalam Bible sekiranya
kalimah Allah S.W.T. diterjemahkan untuk menggantikan "God" atau
"Lord".
Sedarlah saudara-saudaraku bahawa ada golongan yang tidak
arif dalam agama Islam tetapi berlagak seperti arif dan tindakan mereka boleh
menyesatkan kita.
Menyatakan bahawa Allah S.W.T. mempunyai anak adalah sesuatu
yang kufur. Sedarlah tentang bahaya penggunaan nama Allah dalam terjemahan
Bible. Kita semua perlu bersatu mempertahankan kesucian agama Islam daripada
terus diperkotak-katikkan.
No comments:
Post a Comment