Tuesday, 22 January 2013

DR DZUL DIKENAL PASTI ANTARA PENJUAL KALIMAH ALLAH KEPADA BUKAN ISLAM UNTUK UNDI - @DRDZUL

Kelmarin telah TMS laporkan di sebalik polemik penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam; PAS kononnya telah menyelesaikan isu ini dengan membuat pusingan 360 darjah membangkang penggunaannya kepada bukan Islam.

Ini adalah keputusan majlis syura. Keputusan ini membelakangkan keputusan bersama Haji Hadi Awang dengan sekutunya PKR dan DAP.

Namun, masih terdapat ramai ahli PAS yang berceramah 'MENJUAL' kalimah Allah kepada bukan Islam bagi mendapatkan undi bukan Islam. 

Salah seorang darinya adalah seperti yang dilaporkan oleh penadaritanahmelayu pagi tadi.

Adakah beliau seorang 'anwarinas' ? 

Berikut adalah laporan beliau:




Inilah manusia paling celaka dalam negara Malaysia yang tercinta ini dan yang paling malangnya manusia celaka ini menjadi Ahli Parlimen kawasan aku sendiri di KUala Selangor.
Kerana terlalu terdesak untuk memenangi undi kaum bukan islam Dzulkifli Ahmad sanggup mempertahankan penggunaan kalimah Allah untuk kaum bukan islam.


Dalam Forum PASS FOR ALL pada 20 Jan 2013 di Petaling Jaya dengan bangganya dia mempertahankan penggunaan kalimah Allah untuk bukan islam. 
Dia tetap berkeras mengatakan Kalimah Allah sudah digunakan oleh agama lain sejak sebelum zaman nabi lagi dan bagi aku semua orang sudah lama faham dan jelas tentang perkara tersebut dan tiada siapa pun yang menafikannya.
Tetapi persoalannya mengapa setelah ribuan tahun baru kini DAP mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible!
Di situ sudah jelas menunjukkan sesuatu yang mencurigakan dan tidak masuk akal.
Bagi aku, kumpulan yang mempertahankan keputusan PKR dan DAP Pusat adalah golongan yang terdesak mahukan kuasa dan jawatan. 
Mereka ini takut tidak terpilih sebagai calon pada PRU ini jika menentang keputusan tersebut dan ini terbukti apabila PAS sendiri tidak mampu memberikan satu desakan bahwa apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa itu harus dihormati dan dipatuhi.
Apa yang menariknya disini ialah, semakin hampir PRU semakin nampak kacau bilau kesepakatan Pakatan Haram DAP, PAS dan PKR.
Mereka tidak dapat membuat keputusan yang sekata dan saksama sebaliknya masing-masing mahu menunjukkan kekuatan parti mereka sendiri dan mahu menjadi hero dikalangan mereka.
Akhir sekali, INIKAH DIA KERAJAAN YANG KITA MAHUKAN UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA NANTI?... Fikirlah..

No comments:

Post a Comment