Monday, 21 January 2013

BILA KHALID BERKEMPEN DI DALAM GEREJA BOLEHKAH DIPANGGIL SEBAGAI "KHALID GEREJA"? @KHALIDSAMAD




SHAH ALAM - Senario yang berlaku sejak akhir-akhir ini terhadap penggunaan khalimah Allah bukan sesuatu yang baru. Tetapi perkara lama atau tuntutan yang sengaja diulang-ulang.

Atas kesedaran bagi menyedarkan umat Islam, pihak pengurusan Masjid Sultan Salahunddin Abdul Aziz Shah telah menganjurkan sebuah ceramah perdana khas yang telah disampaikan oleh Dato' Dr. Harun Din.

Antara yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Hj. Marzuki Hussin, Imam Besar Masjid, Ustaz Mustafa Saidin dan beberapa pemimpin UMNO di Shah Alam.

Program itu telah diadakan pada Jumaat lepas di dewan solat bawah Masjid berkenaan dan dihadiri lebih 2000 orang penduduk Shah Alam.

Bilangan jemaah yang hadir jelas membuktikan bahawa umat Islam di Shah Alam menolak penggunaan khalimah Allah oleh bukan Islam.

Dalam ceramah, Harun Din menegaskan khalimah Allah adalah khalimah agong yang digunakan dalam zikir dan disanjung tinggi kerana perkataan Allah itu sendiri adalah pilihan Allah yang menunjukkan maha esa.

Semua makhluk di bumi dan seluruh alam bertasbih kepada Allah kerana Allah merupakan yang maha esa dan segala puji-puji itu hanya milik Allah sahaja.

Antara lain, beliau turut mengingatkan supaya umat Islam sentiasa mempertahankan khalimah Allah daripada disalahguna oleh bukan Islam.

Sebelum ini, Khalid Samad merupakan antara pemimpin pakatan haram yang lantang menyokong penggunaan khalimah Allah oleh bukan Islam. [klik sini]

Khalid Samad juga pernah mengutuk tindakan bekas exco Selangor, Dato' Hassan Ali kerana membuat siasatan di DUMC kerana ada cubaan memurtadkan umat Islam.

Beliau juga antara pemimpin pakatan haram beragama Islam dilihat sering ke geraja untuk memberi tazkirah.

Oleh itu, umat Islam di Shah Alam perlu berhati-hati dengan Khalid Samad. Kemungkinan beliau adalah agen kepada pihak yang memusuhi Islam?



Laporan: shahalamrebels
Share this article :

No comments:

Post a Comment