Friday 8 March 2013

UPDATE LAHAD DATU! KENAPA NUR MISUARI DEFEND ANWAR DALAM KES LIWAT DI FACEBOOK DIA? WHY?


Terkejut MyMassa bila menjengok di Page Ketua Pengganas, Nur Misuari (https://www.facebook.com/Nur.P.Misuari)




Dalam sibuk-sibuk berperang dengan Tentera Malaysia, sempat juga main propaganda Anwar Ibrahim kat Facebook pasal kenyataan bapa Saiful?

Nur Misuari ni nak tuntut Sabah atau nak tolong kempen bagi menangkan Anwar Ibrahim?


Tu pun masih tak nak mengaku jadi dalang.

Satu lagi, pembaca boleh tengok tagline propaganda baru PKR menjelang PRU akan datang.

Kata Tian Chua.......KONSPIRASI TERANCANG.



Kata bapa Saiful....KONSPIRASI JATUHKAN ANWAR.


Kenapa kedua-duanya senada dengan perkataan KONSPIRASI? Siapa sebenarnya berkonspirasi?

Kantoi!

*Mohon rakan-rakan blogger sebarkan status FB Nur Misuari yang senada dengan propaganda terbaru PKR.

Sumber: MyMassa

PANAS BERAPI! KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI! MESTI BACA

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5 tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.

5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.

6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.

7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.

9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.

Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar

Sumber: Sahabat Gunung

GEMPAR BERAPI! BAPAK SAIFUL BUKHARI KONA BARING!

Tadi bapak Saiful buat PC dan kona baring kata anak dia mangsa konspirasi basi! Adehhh, aku malas nak komen banyak tapi aku nak sampaikan mesej dari Saiful sendiri.

Mesej dari Saiful Bukhari - 'bapak diperguna.sy tetap istiqamah.Tdk sesekali berganjak.Tgh fikir tindakan balas, selanjutnya, sy tak mahu melatah.Salam buat rakan2 lain..'

So takyah melatah sebab tuan punya badan yang jadi mangsa bukan bapak dia ok!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment