Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang atau Tian Chua perlu berhenti membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap UMNO dan membuat permohonan maaf atas tuduhan yang mengaitkan UMNO dengan insiden di Lahad Datu, Sabah.
“Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengarahkan saya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang telah mengaitkan UMNO terhadap insiden di Lahad Datu, Sabah.
“Ini kerana, segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej UMNO. Ia juga turut bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti UMNO yang menjadi tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tindakan undang-undang telah diambil melalui Penasihat Undang-undang UMNO, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Tian Chua Chang yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya yang seterusnya diterbitkan dalam KeadilanDaily.com. pada 1 Mac 2013.
“Notis telah dihantar kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula hari ini, 4 Mac 2013 untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap UMNO, membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap UMNO.
Katanya, Tian Chua juga perlu menerbitkan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah dan permohonan maaf tersebut dan menyediakan satu akujanji bertulis bahawa beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa serta membayar gantirugi untuk kerosakan reputasi yang teruk dan gantirugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh UMNO berhubung perkara ini.
“UMNO tidak memandang ringan terhadap perbuatan fitnah dan sekiranya sebarang maklumbalas tidak diterima berhubung tuntutan terbabit maka bermakna Tian Chua tidak menafikannya dan juga berniat untuk meneruskan penerbitan berunsur fitnah.
“Oleh itu, UMNO akan meneruskan prosiding mahkamah terhadap YB Chua Tian Chang tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuklah untuk memfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini.”
Kenyataan Tian Chua yang bertajuk ‘Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO – Tian’ dianggap mengandungi kata-kata fitnah yang jahat terhadap UMNO iaitu:
i. “Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat”
ii. “…insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO”
iii. “Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.”
iv. “Ada konspirasi oleh Kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.”

Kenyataan yang dibuat oleh YB Chua Tian Chang adalah berunsur fitnah yang telah membawa maksud:
i. UMNO yang merancang insiden pencerobohan di Lahad Datu;
ii. UMNO berkonspirasi kononnya bersama pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu;
iii. UMNO dengan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu ini;
iv. UMNO merupakan pembelot Negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu;
v. UMNO adalah dicurigai ketelusannya dalam menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia;
vi. UMNO adalah dalang dalam konspirasi jahat untuk memenangkan Barisan Nasional di Negeri Sabah dalam pilihan raya akan datang;
vii. UMNO tidak mempunyai kredibiliti;
viii. Setiap tindakan dan perlakuan UMNO adalah dicurigai akan ketelusannya;
ix. UMNO sanggup memprejudiskan keamanan Malaysia dengan berkonspirasi dengan pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu;
x. UMNO sanggup menggadaikan tanah air sendiri untuk kepentingan politik; dan
xi. UMNO dengan sengaja mengaburi rakyat bagi menutup konspirasi-konspirasi jahat lain yang dibuat oleh UMNO.

No comments:
Post a Comment