Sunday, 10 March 2013

TERKINI ! Tian Chua Kantoi Besar,Keadilan Daily akui sebut " Konspirasi UMNO " #LahadDatu






Kenyataan Editor Keadilan Daily hari ini  jelas menunjukkan belang sebenar Tian Chua  bahawa kenyataannya tentang insiden tembak -menembak di Kg Tanduo adalah konspirasi UMNO adalah BENAR.

Ia membuktikan kenyataan Tian Chua tidak diolah sama sekali oleh wartawan KEADILAN DAILY mahupun Editornya  . 

Kalau media lain la yang memuatkan kenyataan itu , confirm la akan dituduh memutarbelitkan kenyataannya .



 Kenyataan wartawan Keadilan Daily ini   yang mempertahankan Tin Chua  agak dangkal jawapan  dengan   menyatakan kenyataan Ahli Parlimen Batu ini  adalah sebelum polis membuat pengesahan  rasmi tentang terkorbannya 2 anggota VAT69 di Lahad Datu  . 

Persoalannya di sini  bukan soal sebelum Polis membuat pengesahan rasmi   ke tidak , tetapi sebagai seorang wakil rakyat  adalah tidak wajar membuat andaian berbaur politik  apa yang sedang berlaku di Lahad Datu .

Ia mengambarkan seolah-olah apa yang berlaku di Lahad Datu hanya sekadar lakonan /sandiwara oleh kerajaan . 

BASTARD TIAN CHUA !!

Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit mendakwa kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua yang menyatakan insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah, merupakan satu konspirasi UMNO seperti yang disiarkan di dalam portal itu adalah  benar. 
Fazallah yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini berkata, wartawan yang menulis berita itu, Aisha Geoffry menghubungi sendiri Tian Chua dan membuat laporan berdasarkan kenyataan ahli politik tersebut. 
Fazallah berkata, kenyataan yang telah dibuat dalam konteks sebelum dua anggota pasukan keselamatan ditembak mati iaitu pada 1 Mac lalu itu bagaimanapun telah dimanipulasikan oleh para blogger sehingga memberi pemahaman yang berbeza kepada pembaca. 
"Laporan Tian Chua betul tetapi telah dimanipulasi blogger-blogger sehingga memberi gambaran pembacaan yang berbeza. 
"Ketika dihubungi Aisha, komen Tian Chua itu adalah sebelum polis mengeluarkan pengesahan rasmi yang mengatakan terdapat anggota polis yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu," katanya ketika ditemui di sini. 
Fazallah dan Aisha hadir di pekarangan IPD Petaling Jaya pada pukul 2 petang bagi membantu siasatan berhubung perkara itu, sebelum mereka keluar hampir tiga jam kemudian. 
Tian Chua sebelum ini mengeluarkan kenyataan di dalam portal Keadilan Daily bahawa insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah merupakan konspirasi UMNO bagi mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat. 
Sementara itu, peguam yang mewakili kedua-dua belah pihak, Eric Paulsen pula menyifatkan, siasatan yang dijalankan polis adalah satu pembaziran serta remeh untuk dijalankan. 
"Lebih 200 laporan yang disiasat polis adalah banyak membazirkan masa dan agak remeh. Jelas sekali isu ini berbau politik dan Tian Chua telah ‘dikambinghitamkan’," katanya. 
Difahamkan, buku nota Aisha yang menyalin segala percakapan Tian Chua ketika dihubungi telah diambil polis untuk tujuan siasatan. - Utusan

1 comment:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete