Thursday 7 March 2013

TERKINI! PENCEROBOH TERDESAK MENYAMAR PAKAI BAJU BARISAN NASIONAL!!

MiM tertarik kepada laporan berita YahudiKini MalaysiaKini tentang penangkapan beberapa suspek di Semporna.

Di antaranya :

Polis hari ini menahan empat lelaki yang dicurigai terlibat dengan kumpulan militan dalam satu operasi di Jalan Lapangan Terbang dekat pekan Semporna. 


Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan Tentera Diraja Sulu. 
Menurut seorang pegawai polis, operasi berkenaan dijalankan oleh satu pasukan ibu pejabat polis kontinjen Sabah selepas menerima maklumat awam. 
Seorang pegawai yang enggan dinamakan memberitahu wartawan bahawa lelaki berkenaan disyaki sebagai pendatang asing tanpa izin dari Filipina manakala seorang lagi memiliki dadah. 
Keempat-empatnya tidak bersenjata ketika polis bertindak. 
Salah seorang daripada lelaki berkenaan memakai baju-T dengan logo BN dan juga gambar MP Semporna Datuk Seri Shafie Apdal - menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.
Nampaknya, pihak yang didakwa talibarut kepada penceroboh dan pengganas yang mencerobohi negeri Sabah cuba mengaburi pihak keselamatan dengan memakai baju-baju yang melambangkan kerajaan BN.

Walaubagaimana pun, tindakan mereka itu tidak mungkin akan berjaya. Kita juga sudah pasti memuji tahap profesionalisme pihak keselamatan negara kita.


SUMBER

No comments:

Post a Comment