Kejadian pukul 9.45 pagi kanak-kanak berusia 12 hingga 15
tahun bersama lelaki berusia 30-an bergerak dalam semak. Seorang suspek berusia 12 tahun ditembak mati
di Sungai Bilis yang terletak dekat Tanjung Batu.
Sebelum budak lelaki itu tertembak pasukan keselamatan
sedang memeriksa lima suspek.Ketua Polis Negara mengingatkan orang ramai supaya
tidak menghampiri kawasan operasi.
Pihak polis dan tentera sebelum ini telah berkali-kali
dingatkan supaya semua penduduk menjauhi kawasan operasi di Kampung Nyamuk,
Sungai Bilis, Tanjung Batu, Kampung Tanduo dan Labian.
Mengenai operasi di Semporna enam lelaki ditangkap dalam dua
serbuan berasingan.
Pemanduan untuk membuat tinjauan keadaan di Kampung Tanjung
Labian ternyata menjadi satu pengembaraan mencabar bagi kumpulan wartawan dan
jurugambar yang terserempak dengan lelaki bersenjata berhampiran perkampungan
pantai yang terletak kira-kira 160km dari sini.
Pasukan media termasuk jurugambar The Star, Normimie Diun,
terlihat lelaki memakai baju-T dan seluar seluar warna gelap berdiri di tepi
jalan tidak lama selepas mereka tiba di kampung itu kira-kira pukul 10.00 pagi.
Ketika memandu ke Tanjung Labian, pasukan media tidak
melihat sebarang sekatan jalan raya polis, membuatkan mereka percaya bahawa
kawasan itu adalah selamat.
Bagaimanapun, ketika meneruskan pemanduan, mereka disambut
dengan pakaian yang sudah kering namun masih tergantung pemandangan di sebuah
kampung terpencil, menunjukkan penghuni telah meninggalkan kawasan itu dalam
keadaan tergesa-gesa.
Tetapi apa yang lebih mengejutkan mereka, mereka juga
melihat seorang lelaki sedang berdiri di pokok kelapa sawit berhampiran.
Terdahulu, timbul kebimbangan yang memuncak apabila melihat
beberapa sepanduk putih dengan tulisan merah digantung di beberapa pokok.
Kemudian, selepas satu minit, mereka melihat kelibat lelaki
berpakaian gelap di tepi jalan dan menyedari bahawa mereka mungkin berdepan
dengan salah seorang lelaki bersenjata Sulu yang terlibat dalam pertempuran
berterusan dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, yang terletak
kira-kira 2km dan Kampung Tanduo berdekatan.
Mengimbas bagaimana dia terkejut melihat lelaki bersenjata,
Normimie berkata lelaki itu mengelak dan hilang ke dalam semak apabila melihat
dua kenderaan pasukan media sedang dalam perjalanan masuk.
"Apabila saya ternampak dia, saya berteriak kepada yang
lain di dalam kereta untuk tunduk dan tidak menunjukkan kamera kami. Pemikiran
saya serta-merta berkata mereka mungkin menganggap peralatan kami adalah
senjata dan akan melepaskan tempakan kepada kami," kata Normimie yang
duduk di tempat duduk belakang.
"Kami sangat takut kerana jika dia adalah anggota
pasukan keselamatan, dia akan memberitahu kami supaya berpatah balik,"
katanya.
Pada ketika ini, kumpulan itu memutuskan untuk membuat
'u-turn' dan kembali ke jalan utama Felda.
Ketika pasukan media sampai di jalan utama Felda, mereka
terserempak dengan kira-kira 30 penduduk kampung Tanjung Labian yang ketakutan
selepas mendengar empat tembakan beberapa minit sebelum itu.
Salah seorang daripada mereka, Achar Jalil berkata mereka telah
diberitahu oleh ketua kampung untuk terus berada di kawasan itu walaupun pihak
berkuasa Malaysia telah menasihatkan supaya berpindah, pada Isnin.
Menunggang motosikal bersama isteri dan dua anak, Achar
berkata dia bimbangkan nasib ibunya yang tua dan uzur yang terpaksa
ditinggalkan.
Ketika mereka meninggalkan Tanjung Labian, pasukan media
berselisih dengan anggota polis menaiki trak menuju ke kawasan tersebut. MSTAR
KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
ReplyDeleteJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI