Tuesday, 5 March 2013

Tentera Mula Menyerang, Lokasi Penceroboh Sulu Digempur Pelbagai Sudut! Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/03/tentera-mula-menyerang-lokasi.html#rAylf11MKXUB8e1F.99



Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sejak pukul 7 pagi pasukan tentera mula menggempur kedudukan musuh di sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Letupan kuat mula kedengaran di sana sini.

Ia disusuli dengan kehadiran jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ibu segala peperangan sudah bermula!

Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.

7:30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah

8:30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.



SUMBER BROJINGGO

No comments:

Post a Comment