Sunday, 10 March 2013

Anwar Ibrahim Saman Media Untuk Alih Pandangan Rakyat


Lantaran tembelang Ketua Umum PKR sebagai dalang sebenar insiden pencerobohan kumpulan bersenjata puak Sulu di Lahad Datu didedahkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3, Anwar Ibrahim terus menyaman kedua-dua media tersebut tanpa berlengah dan bertangguh.

Sebabnya sudah nyata kerana Anwar kini dalam ketakutan apabila peranan beliau sebagai individu yang mengapi-apikan semangat kumpulan pengganas Sulu untuk menyerang Sabah telah diketahui umum.

Pembabitan Anwar dengan kumpulan pemisah Sulu sudah terjalin bukan empat bulan dahulu ketika pertemuan sulit beliau dan Pengerusi MNLF, Nur Misuari dilaporkan media tetapi telah diketahui sejak lebih 20 lalu.

Rakyat Sabah khususnya sudah tentu masih ingat bagaimana Dr Jeffrey Kitingan, adik kepada Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS, telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada awal tahun 1990AN kerana penglibatannya dengan kumpulan pemisah MNLF dan juga Sulu.

Pada ketika itu Anwar juga terlibat sama dalam merancang pemberontakan kumpulan pemisah itu tetapi beliau bernasib baik tidak ditangkap bersama Dr Jeffrey kerana berada di dalam kerajaan.

Jadi Anwar, MNLF dan kumpulan kesultanan Sulu bukanlah ikatan yang baru terjalin tetapi telah terbentuk berdekad lamanya.

Kerana itulah apabila sahaja Utusan Malaysia dan TV3 melaporkan kemungkinan Anwar adalah dalang, beliau cepat-cepat mengekang pendedahan lebih lanjut dengan mengambil tindakan undang-undang.

Apa yang dilakukan oleh Anwar dalam isu pencerobohan yang telah mengorbankan lapan anggota keselamatan bukan perkara baru tetapi merupakan kemuncak kepada strategi beliau untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Jika demonstrasi dan rusuhan jalanan tidak berjaya meruntuhkan kekuatan kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini Ketua Pembangkang menggunakan pendekatan militer atau ketenteraan pula.

Ini adalah senjata terakhir Anwar sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 diumumkan iaitu dengan menggunakan isu kedaulatan dan keselamatan negara.

Jika diimbas kembali kepada tahun 2008 selepas PRU ke 12, antara tindakan paling awal Anwar untuk menumbangkan kerajaan ialah mengenai penyebaran propaganda 916 kononnya lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat ke pangkuan pembangkang untuk membolehkan kerajaan pusat baru ditubuhkan.

Apabila komplot ini tidak berjaya, Anwar menggunakan pula platform badan bukan kerajaan seperti Bersih untuk menganjurkan demonstrasi jalanan untuk mencemarkan imej kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Setelah tiga kali perhimpunan Bersih menemui kegagalan untuk mencapai objektif utama untuk menjatuhkan kerajaan, pembangkang mengekspolitasi pula isu keselamatan negara.

Anwar bertindak dengan mempengaruhi beberapa bekas pegawai tinggi tentera untuk menyertai PKR dan Pas serta menimbulkan pelbagai isu yang bersangkutan keselamatan negara.

Tujuan utamannya ialah untuk mencerminkan bahawa pasukan tentera dan keselamatan negara yang lain juga turut korup seperti pemimpin kerajaan.

Anwar mahu melemahkan benteng pertahanan negara supaya mudah agenda pro Yahudi dan Zionis dilaksanakan apabila kekuatan tentera dan polis di neutralisasikan.

Disamping itu pembangkang juga berperanan menyebarkan sebanyak mungkin fitnah dan tohmahan terhadap pemimpin tinggi negera.

Bukan itu sahaja, malah institudi penting seperti SPR, kehakiman, pendidikan, perbankan dan kepolisian turut menjadi mangsa fitnah Pakatan Rakyat.

Pemimpin pembangkang lain seperti Tian Chua juga digerakkan supaya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menggugatkan keyakinan rakyat terhadap pasukan tentera dan polis.

Komen seperti ‘mati katak’ bagi merujuk kepada lapan anggota polis yang terbunuh dan lain-lain komen melalui twitter dan sebagainya disebarkan luaskan supaya satu keadaan tidak tenteram dan gelisah dikalangan rakyat akan wujud.

Inilah keadaan yang sangat-sangat diharapkan oleh pembangkang supaya akan tertekan dari pelbagai sudut lantas menjadi lemah disebabkan itu.

Pembangkang akan cuba mengambil peluang daripada keadaan huru hara dan kacau bilau untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Walaupun Anwar menyaman seribu akhbar dan stesen televisyen sekali pun, ini tidak akan menutup pengkhianatan yang telah beliau lakukan terhadap negara sendiri.

Beliau telah mengadakan temuramah dengan portal berita Philippine Dail Inquirer yang merupakan antara media paling awal yang membayangkan Anwar terlibat secara langsung dalam konspirasi pencerobohan ke atas negeri Sabah.

Ini bertujuan untuk membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan puak pengganas Sulu.

Betapa seriusnya Anwar untuk membenarkan dirinya ditemuramah oleh media asing yang membuat dakwaan terhadapnya tetapi pada masa yang sama memangsakan media tempatan, hanya menjurus kepada satu kesimpulan – Anwar sememangnya dalang dan tangan ghaib dalan isu pencerobohan di Lahad Datu.

Suara Generasi Baru

1 comment:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete