PENDEDAHAN WARTAWAN TENTANG ANWAR IBRAHIM

SEJAK menjadi wartawan profesional (sepenuh masa) lebih 24
tahun lalu, saya terlalu banyak bergelumang dengan politik. Saya dikelilingi
oleh orang politik yang berbagai warna dan corak. Maka itu kami sudah tidak hairan dengan permainan
sepak-terajang, auta, silap mata dan sandiwara politik. Namun, sepanjang kerjaya itu jugalah Anwar Ibrahim dilihat
sebagai pemain yang cukup hebat. Permainan beliau cukup dengan muslihat yang
licik. Permainannya sukar dikesan. Namun para wartawan cukup arif dengan
pergerakan beliau. Semasa "pemerintahan" beliau selaku Timbalan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dahulu, rata-rata kalangan
wartawan seusia dan sezaman dengan saya ketika itu cukup "tidak begitu
gemar dengan beliau". Setiap kali duduk di meja minum, tiada perkara lain yang
digossipkan, kecuali mengenai si Anwar ini. Pendek kata, semasa beliau dalam
Kabinet lagi, kami para wartawan sudah mula menggossipnya. Ada sahaja yang
tidak kena dengan gelagat si Anwar ini, baik dari segi perwatakannya, sikapnya,
cara menovering-nya, penguasaannya terhadap "bos-bos" media kami,
mengenai lingkungan sahabat-sahabat kroninya dan pelbagai lagilah. Beliau dilihat cukup rakus dan kemudian kelihatan gelojoh.
Cara hidupnya berubah sekelip mata daripada corak ABIM kepada korporat.
Kroni-kroninya juga turut berubah. Setiap kali minum teh tarik di atas meja (pada masa itu),
ada sahaja kami mengata mengenai beliau. Ia termasuklah mengenai cara beliau
berucap. Berbunga-bunga dan berfalsafah sehinggalah kami tidak faham apa yang
mahu diucapkan. Selepas beliau dipecat, maka terserlah lagi sikap beliau
yang sebenar. Warna-warna sebenar kulit Anwar sudah terjelma. Terus-terang kami
katakan itulah sebenarnya Anwar Bin Ibrahim. Beliau lebih licik lagi. Beliau suka berdrama. Beliau suka berteater. Beliau suka
bersyair. Beliau suka berpuisi. Sehingga dalam hal-hal realiti pun beliau suka
bersandiwara. Oleh itu tidak hairanlah, beliau pernah menuduh kerajaan
meracunnya dengan racun arsenik. Sepanjang tempoh perbicaraannya dulu, dia
memakai pendakap leher dengan imej mata lebam untuk menunjukkan simpati kepada
rakyat. Drama sakit pinggangnya cukup mendebarkan dan macam-macam lagi. Drama beliau cukup hebat. Disingkatkan cerita yang panjang,
kini isu pencerobohan di Lahad Datu juga mahu didramakan. Puak-puaknya tiba-tiba mengatakan itu semua sandiwara. Hulu
balangnya, yang gemar tidur di depan trak FRU, Tian Chua mengatakan ia hanyalah
ploy (muslihat) UMNO untuk menarik perhatian rakyat. Ada yang sanggup
mengatakan tugas polis dan tentera adalah untuk mati dan berbagai-bagai lagi. Tian Chua enggan memohon maaf kepada pihak keselamatan polis
dan tentera apabila membuat tuduhan itu. Saya difahamkan beliau ada menghantar
SMS kepada satu pihak mengatakan "saya serahkan nasib saya kepada Yang
Maha Esa" namun tidak sekali-kali akan memohon maaf. Orang Anwarinas dalam Pas juga mendakwa tragedi di Lahad
Datu sebagai sandiwara. Berikut ialah petikan berita Tian Chua yang ditulis oleh
lidah rasmi PKR, Keadilan Daily. KUALA LUMPUR 1 MAC: Serangan tembak menembak di Lahad Datu
dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan
menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan
menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO. "Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan
kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing. "Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil
media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat
ini belum diketahui kesahihannya," kata Tian kepada Keadilan Daily. Namun peliknya, sepanjang tempoh tragedi Lahad Datu itu
tiada siapa pun daripada kalangan PKR mahupun Pas yang berkunjung ke Sabah
mahupun Sarawak untuk menunjukkan rasa simpati mereka. Yang dilaporkan pergi
hanya Lim Kit Siang ke Sabah iaitu dua hari selepas kejadian dan tokoh kerdil
PKR, CheguBard hujung minggu lalu. Selain daripada itu tiada. Tapi yang hairannya, sebelum tragedi Lahad Datu itu Anwar
dan konco-konconya sering berulang-alik ke Sabah. Anwar ke Sabah pada Disember
2012 lalu bersama-sama Azmin Ali dan beberapa yang lain, sambil bergembira
menyanyi dan menari lagu 'Sabah Akan Hilang'. Benarkah beberapa ketika sebelum itu, Anwar difaham dan
dikatakan beberapa kali ke Filipina. Tidak diketahui untuk tujuan apa? Selepas daripada itu Anwar mengadakan Himpunan Kebangkitan
Rakyat (HKR) Januari lalu, sebelum meletusnya tragedi di Lahad Datu baru-baru
ini. Semuanya berlaku secara kebetulan. Pihak pembangkang terus
menerus mengatakan bahawa BN akan kehilangan simpanan tetapnya (fixed deposit)
di Sabah. Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen. Tiba-tiba, nak jadikan cerita lebih kalut. Bekas penyiasat
persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) balik dari tempat persembunyiannya di
luar negara. Setibanya dalam negara, dia dibawa mengadakan ceramah di Dewan Perhimpunan
Cina Selangor, Kuala Lumpur untuk mengaitkan PM dengan kes Altantuya. Malah
semasa tiba di lapangan terbang dia secara terus terang mengatakan "pulang
untuk membantu pembangkang". Namun, ceramah itu dikatakan tidak mencapai matlamat yang
dikehendaki. Apa yang dia cakap sebelum ini dan pada ceramah itu tidak
konsisten. Tahu-tahu PI Bala dikatakan diserang sakit jantung pula semasa
berceramah di Bachok, Kelantan. Dia kini berada di hospital. Aktivis PKR, CheguBard dalam blognya kelmarin mendakwa PI
Bala mungkin menjadi mangsa sihir(?!) Berikut petikan CheguBard dalam Kedailan Daily kelmarin:
Katanya, terdapat dakwaan mengatakan Balasubramaniam jatuh sakit kerana terkena
ilmu sihir. "Ada kawan-kawan sebut, angkara ilmu hitam. Saya tak
tahu. Mereka (musuh Bala) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakal
kepada Maha Pencipta," kata Badrul. Secara kebetulan atau sengaja mahu mengalihkan perhatian
penduduk Malaysia daripada isu Lahad Datu, PKR tiba-tiba mengadakan sidang
akhbar bapa Saiful, Azlan Bukhari. Melihatkan tiada impak besar pendedahan Azlan berbanding
pendirian anaknya Saiful yang terus mendakwa dia diliwat oleh Anwar, Azlan
membuat satu lagi sidang akhbar di pejabat PKR kelmarin. Itu juga tidak berjaya untuk menutup pendirian Saiful yang
terus menuduh Anwar meliwatnya. Saiful pernah bersumpah laknat di dalam masjid
diiringi oleh bapanya, Azlan. Selagi saya berada dalam lingkungan kewartawanan Malaysia
dan politik Malaysia maka sandiwara demi sandiwara ini akan terus berlaku. REALITINYA: Tragedi pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna
serta kawasan sekitarnya telah mengorbankan lapan nyawa anggota pasukan
keselamatan kita. Ia bukan main-main. Kita tidak tahu mengapa ada orang yang
bermain sandiwara dalam hal ini? (Berita terbaru pagi semalam melaporkan
seorang lagi anggota perajurit kita terkorban). Anggota-anggota polis itu dibunuh, juga dengan penuh tipu
muslihat melalui serangan gerila. Pengganas ini dikatakan cukup ganas dan kejam
sehingga sanggup mencederaparahkan anggota badan anggota-anggota keselamatan
yang dibunuh dan semasa mereka masih nazak. Tak perlulah saya perincikan
keadaan jenazah para syuhada itu, terlalu sedih. Hasil daripada tragedi pencerobohan itu, rakyat Malaysia
telah bersatu. Soal keselamatan negara dianggap tidak boleh dikompromi. Keselamatan berada di paras tertinggi keperluan hidup
rakyat, mengatasi politik dan ekonomi. Rakyat pelbagai bangsa termasuk kaum Cina yang menguasai
ekonomi negara, mula menunjukkan sokongan secara semula jadi kepada peristiwa
pencerobohan tersebut. Security First, kata mereka. Tian Chua yang cuba mengalihkan perhatian daripada isu Lahad
Datu itu ditolak rakyat. Lebih 1,000 repot polis dibuat di seluruh negara. Tian Chua dikutuk di sini-sana. DAP nampaknya cuba pejam mata dengan isu ini. Jika isu-isu
lain, termasuk kes ahlinya terjun bangunan di Shah Alam dulu mereka mendesak
kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja, isu Lahad Datu mereka hanya meminta
supaya ditubuhkan Jawatankuasa Parlimen. DAP senyap sunyi dalam isu kedaulatan
negara yang dicerobohi ini. Dalam PKR sendiri berlaku krisis antara ahli Melayu dan
Cina. Ada sesetengah pemimpin Melayu mendesak Tian Chua dikenakan tindakan
disiplin di atas keceluparannya. Ahli-ahli Cina hanya berdiam diri. Semoga Malaysia yang indah dan kaya ini, terus aman dan
damai. - Utusan Malaysia
KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
ReplyDeleteJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI