Thursday 7 March 2013

MESEJ KHAS UNTUK PEMIMPIN PAKATAN HARAM! ARWAH ADIK SAYA BUKAN ANJING UMNO!



“Arwah adik saya bukan Anjing Umno, Arwah adik saya adalah Manusia. Kenapa nak politikkan perkara ini” 

Demikian luahan ahli keluarga salah seorang anggota polis Komando VAT 69 yang maut dalam kejadian pencerobohan Tentera Sulu di Lahad Datu. 

Che Azni Ahmadon yang merupakan abang kepada Arwah Koperal Sabarudin B. Daud yang gugur akibat terkena serangan motar di Lahad Datu melahirkan rasa marahnya apabila ada pihak yang ‘bijak laksana bulan’ mengatakan kematian adiknya sebagai konspirasi Umno. 

Sebagai seorang abang, Che Azni dilihat berang dengan kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang begitu celupar mengatakan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai ’sandiwara’ politik Umno menjelang pilihanraya. 

Katanya, dakwaan itu adalah satu kenyataan yang paling bodoh yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin. 

“Saya ingin mambetulkan kenyataan kurang ajar Tian Chua yang mengatakan arwah adik saya ni mati adalah kerana konspirasi Umno. 

“Malah, ahli Dap Jonathan Lim pula buat kenyataan yang mengatakan kedua-dua arwah yang maut di Lahad Datu itu adalah Anjing Umno.

Baca seterusnya di Perak Today...

No comments:

Post a Comment