Wednesday 6 March 2013

MAK LAMPIR NI PANDAI BAGI 'SERVIS'!!!



Hehehe... tak tahan betul perut SH nak gelak bila baca wawancara yang dibuat dengan Si Mak Lampir tu. Dengan selamba badak je dia masuk bakul angkat sendiri.

Tapi, ye la. Bila lagi Si Mak lampir tu nak naikkan saham diri dia ye tak. Ini je la masa untuk dia menunjuk - nunjuk kepada rakyat harga diri dia yang sebenarnya.

Kata Si Mak Lampir tu, dia banyak kali turun padang sama ada sebagai ADUN atau pun Ahli Parlimen. Kata dia, cara tu lebih dekat dengan rakyat dan lain dari BN.
Rata-ratanya servis kepada rakyat itu  berbeza antara wakil rakyat Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Kita lihat budaya kerja BN mungkin dalam keadaan selesa, nampak kelekaan dan kecuaian.

Memandangkan kami wakil rakyat untuk penggal pertama, pastinya budaya kerja kami berbeza dengan sentiasa turun padang, mendampingi rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat dalam kawasan. 
Sewaktu BN, rakyat tidak mengenali siapa ahli majlis, iaitu jawatan yang sangat penting dalam menyokong khidmat kepada rakyat adalah mengenali pihak berkuasa tempatan (PBT).


Rakyat kini mengenali Adun dan kerap berjumpa dengan Ahli Parlimen. Apabila turun pandang, kami memperkenalkan ahli majlis yang bertanggungjawab dengan sesebuah kawasan. 
Sebarang masalah boleh merujuk kepada mereka yang membuat kerja sepenuh masa. Dengan itu, rakyat berasa diri mereka dihargai berbanding dahulu, perbezaannya sungguh ketara. 
Ye ke dia rajin turun padang dan berjumpa dengan rakyat? Atau dia sekadar turun padang untuk menipu rakyat? Apa dia masalah rakyat yang dia dah berjaya selesaikan?

Rasanya, banyak lagi masalah rakyat yang dia tak 'settle'. Tu pun dia rasa diri dia dah banyak sangat membantu rakyat ke?

Biasanya, kita tengok Si Mak Lampir ni biasanya turun untuk berdemo je dengan puak - puak Pakatan tu. Bukannya diorang tu ada kerja lain sangat pun.

Dan lagi, kalau dia kata yang dia selalu turun padang untuk lebih rapat dengan rakyat. Tapi, apa gunanya dia nak perkenalkan Ahli Majlis dan sebagainya?

Bukan ke itu bukti bahawa Si Mak Lampir tu sebenarnya tak mampu nak selesaikan masalah tu sendiri. Dia perlu jugak orang tengah untuk membantu dia. -seterusnya...

No comments:

Post a Comment