Monday 4 March 2013

LANUN-LANUN SULU MULA TERASA BAHANG, SUDAH MULA MERAYU DAN MEROYAN!!!


Alasan yang diberikan ialah, NAJIB ABDUL RAZAK TELAH MENJANJIKAN KAWASAN DI SABAH untuk diduduki oleh lanun-lanun Sulu itu. Namun daripada siasatan dan pemeriksaan yang dilakukan, tiada langsung kenyataan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia tentang hal penempatan kaum Sulu di Sabah sekaligus membenarkan dakwaan Pengerusi Lanun MNLF, Nur Misuari yang kemudian dipetik secara bebas dan meluas oleh para pecacai Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, Najib ketika hadir dalam majlis menandatangani perjanjian damai antara MILF dengan Kerajaan Filipina pada 15 Oktober 2012 berkata, Malaysia sanggup menawarkan bantuan dan latihan kepada kaum Moro terutama yang membabitkan pendidikan dan usaha-usaha mengeluarkan rakyat Mindanao keluar dari kepompong kemiskinan. (BACA DI SINI)

Tiada langsung dalam kenyataan dan ucapan Najib selama 15 minit itu yang mengatakan, Malaysia akan memberikan kawasan kepada lanun-lanun Sulu di mana-mana wilayah Malaysia, khususnya Sabah, untuk diduduki oleh mereka secara bebas!

Jadi, dari mana Nur Misuari mendapat maklumat berkenaan? Dan apa pula kaitannya dengan 'SIAPA PERDANA MENTERI BARU' yang disebutkannya untuk menghalalkan serangan lanun-lanun Sulu di wilayah Malaysia?

Paling menarik ialah apabila Nur Misuari membuat ancaman secara terbuka terhadap Pasukan Keselamatan Malaysia. Katanya, setitik darah lanun Sulu yang menitik di bumi Malaysia, seluruh kekuatan MNLF akan dikerah demi membantu ketua lanun Sulu, Jamalul Kiram.

Dari itu menurutnya, Kerajaan Malaysia perlu memberikan layanan dan memenuhi tuntutan lanun-lanun Sulu yang telah membunuh 8 orang anggota dan pegawai polis. Malah, ketua lanun MNLF itu, cuba menggunakan persaudaraan Islam sebagai asas kepada layanan yang harus diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada lanun-lanun Sulu yang telah menyerang dan membunuh anggota keselamatan negara ini.

Sementara itu, Jamalul Kiram pula berkata, keganasan yang dilakukan oleh lanun-lanun Sulu pengikutnya, akan merebak ke seluruh Sabah, menepati ramalan bahawa ketua lanun Sulu itu mempunyai kaitan langsung dengan Anwar Ibrahim. Konon-kononnya, kematian lanun-lanun Sulu di tangan anggota-anggota keselamatan Malaysia telah menaikkan kemarahan orang-orangnya di Sabah.

Hakikatnya, seorang pengikutnya telah dibunuh oleh penduduk sebuah kampung di Semporna ketika lanun tersebut cuba berlagak dan bercakap besar yang dia telah membunuh seorang anggota polis.

Anak perempuan Jamalul Kiram pula berkata, lanun-lanun Sulu yang menjadi pengikut bapanya tidak akan menarik balik tuntutan mereka kerana kononnya Sabah merupakan milik Kesultanan Sulu walaupun sejarah jelas menunjukkan Sultan Sulu langsung tidak mempunyai kuasa ke atas Sabah sewaktu rakyat Sabah mengundi untuk negeri itu menyertai Malaysia bagi kemerdekaan daripada British.

Terbaru, lanun-lanun Sulu sedang berpesta pora dan menambah jumlah anggota keselamatan yang menjadi tawanan mereka apabila dilaporkan seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor telah dijadikan tebusan pagi tadi.

Rakyat Malaysia sedang menanti-nanti, adakah hari ini pasukan keselamatan Malaysia akan berjaya membunuh lebih ramai lanun-lanun Sulu itu memandangkan mereka tidak berminat langsung dengan perdamaian dan rundingan. Bahkan dalam kejadian pembunuhan pertama anggota keselamatan, lanun-lanun Sulu berpura-pura ingin menyerah diri dan apabila dihampiri, penembak-penembak curi telah melepaskan tembakan membunuh kedua-dua orang anggota keselamatan berkenaan.

Kes yang sama juga berlaku di Semporna yang mengorbankan lima orang anggota keselamatan.

SUMBER

No comments:

Post a Comment