Wednesday 13 March 2013

LAHAD DATU : BREAKING NEWS YANG TIDAK LAWAK TAPI DILAWAKKAN !!


TR sangat tidak setuju dengan "LAWAK" yang cuba dibawa oleh blogger dari EMPAYAR PEMUDA , bukankah Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera telah menasihati agar tidak menyebarkan berita tidak benar mahupun bentuk sindirian. Ini akan menjejaskan operasi DAULAT yang masih berterusan sehingga saat ini.

Adalah sebaiknya kita semua menghormati permintaan yang mudah itu !!! 



 

BREAKING NEWS : Pengikut-pengikut Kiram kini telah berjaya melarikan diri ke pantai dan menyelam ke dasar laut.

Pihak tentera berpendapat agak sukar untuk mengesan tentera Kiram sekarang kerana kebolehan mereka untuk menyamar dan bertukar rupa.

Terkini tentera Kiram disyaki berubah bentuk menjadi Tiram. Justeru itu, sesiapa yg menjumpai tiram walau di mana jua adalah diminta untuk dengan segera menghapuskannya atau menghubungi pihak tentera...

Sehubungan dengan itu, sos tiram tidak dibenarkan makan buat masa ini. Sekian, harap maklum...

JANGAN MARAH YE...HEHEHE..

No comments:

Post a Comment