Friday 8 March 2013

KRISIS LAHAD DATU : SIAPA LEBIH KEJAM? PENGGANAS ATAU PASUKAN KESELAMATAN NEGARA?


Antara hujah yang kini dimainkan oleh pakatan pembangkang dalam siri-siri ceramah mereka adalah pertama, pembaziran kos menyelenggara 'ops sulu' yang sehingga kini mengorbankan lapan anggota keselamatan negara dan 52 penceroboh bersenjata yang mengganas di sekitar Lahad Datu dan Semporna.

Persoalannya, adakah nyawa dan keselamatan awam boleh dikira dengan nilai matawang? Jika pakatan pembangkang berkata 'ya!', jadi berapakah nilai siling harga keselamatan awam yang perlu dibelanjakan oleh mereka seandainya mentadbir negara?

Kedua, kaedah menyekat dan menghapuskan musuh yang dikatakan kejam bilamana bedilan demi bedilan dilepaskan dari udara dan darat mengakibatkan musuh rentung dan hangus.

Sukacita untuk sidang redaksi TMS nyatakan bahawa semasa anggota keselamatan negara yang terkorban dijumpai, ada yang biji matanya dikorek keluar. Ada pula yang kepalanya dibelah dan isi otaknya turut dikeluarkan. Bahkan ada anggota yang lehernya dikelar hingga putus dan hati serta paru-parunya juga ditarik keluar dari badan.

Provokasi apakah yang dilancarkan oleh penceroboh bersenjata api ini? keganasan apakah yang dibawa mereka ini? 

Jamallul Kiram boleh melenting jika pengikutnya yang menceroboh tanahair Malaysia dianggap sebagai pengganas tetapi bagaimana dengan perasaan keluarga mangsa khususnya dan rakyat Malaysia amnya?

Jamallul Kiram boleh saja memohon setinggi mana pun pihak-pihak antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk campurtangan atas nama kemanusiaan namun Jamallul Kiram perlu juga klasifikasikan tindakan pengikut-pengikutnya yang menceroboh masuk tanahair Malaysia sebagai apa? Terutama dengan perlakuan mereka ke atas mangsa-mangsa yang terdiri dari anggota keselamatan ini!

Justeru, adalah lebih baik Jamallul Kiram bertanggungjawab dengan menyerahkan para pengikutnya yang mengganas itu untuk diadili oleh undang-undang Malaysia.

Adalah perlu untuk mengingatkan Jamallul Kiram bahawa raja-raja di Malaysia juga adalah raja berperlembagaan dan setiap salah laku raja juga boleh dinilai dan dibawa ke mahkamah keadilan dengan peruntukan khas perlembagaan negara.

Tahukah beliau akan fakta ini?

Jika beliau tidak tahu, adalah lebih baik pakatan pembangkang mengingatkan Jamallul Kiram akan fakta ini dari berceramah yang bukan-bukan demi mendapatkan 'political-mileage' menuju pilihanraya umum yang semakin hampir.

Foto (1) dan (2) adalah foto mangsa terdiri dari anggota keselamatan negara yang kami simpan dan tidak keluarkan sehinggalah Jamallul Kiram mempertikaikan tindakan kerajaan Malaysia yang mengklasifikasikan pengikut beliau sebagai 'pengganas'.

Foto (3) dan (4) gambar yang sudah pun dikeluarkan oleh media perdana hari ini.

Foto (5) adalah foto pengganas yang terbunuh dan dijaja oleh pakatan pembangkang sebagai kaedah tidak wajar dilakukan oleh pentadbiran negara serta membuatkan Jamallul Kiram mahu campurtangan kuasa ketiga seperti PBB, atas alasan perikemanusiaan. 










1 comment:

  1. kita x payahlh mrnyatakn sapa salah...cuma ingin saya nyatakan saya sbagai bekas anggota tentera.....dua perkataan yg sya thu......membunuh dn di bunuh bgi mendokong panji Negara..

    ReplyDelete