Thursday 7 March 2013

KRISIS LAHAD DATU : GENCATAN SENJATA? SERAHKAN PENJENAYAH ITU!


Malaysia belum memberi kata putus terhadap permohonan Sultan Sulu, Jamallul Kiram yang mengisytiharkan gencatan senjata terhadap pasukan keselamatan Malaysia tengahari tadi.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimana pun dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan menerima tawaran gencatan senjata oleh Sultan Sulu itu dan seterusnya menggesa agar penjenayah-penjenayah bersenjata yang menceroboh dan melakukan keganasan hingga mengorbankan nyawa lapan anggota keselamatan negara itu menyerah diri.

Tindakan Ahmad Zahid Hamidi itu dilihat amat tepat sekali kerana Malaysia tidak pernah mengisytiharkan peperangan terhadap mana-mana pihak mahu pun negara, dan tindakan pasukan keselamatan negara yang terdiri dari gabungan PDRM dan ATM itu hanyalah tindakan mempertahankan keselamatan awam dari keganasan yang dicetuskan oleh sekumpulan pengganas.

Sehingga kini, YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak belum lagi memberi sebarang kenyataan rasmi berkaitan permohonan gencatan senjata oleh Sultan Sulu itu.

Apa yang penting kepada rakyat Malaysia adalah kumpulan yang mencetuskan keganasan itu berjaya ditangkap dan diadili oleh undang-undang Malaysia.

Selain itu, adalah penting untuk mereka ditangkap agar siasatan dapat dijalankan motif mereka melakukan keganasan serta siapa 'dalang' sebenar di sebalik insiden yang mencetuskan kebimbangan seluruh rakyat Malaysia itu. 



SUMBER

No comments:

Post a Comment