1. Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang cintakan
agama, bangsa dan Negara. Setiap tindakan beliau adalah demi kepentingan
Negara. Kepentingan Negara diutamakan melebihi kepentingan peribadi.
2. Atas keperibadian inilah, beliau marah dengan tindakan
Britain yang telah menaikkan yuran pengajian di United Kingdom sebanyak 3 kali
ganda bagi pelajar luar [New Straits Time, 27 May 1981]. Britain merupakan
destinasi pengajian tinggi yang utama bagi Malaysia dan pelajar Malaysia
merupakan pelajar asing paling ramai di United Kingdom pada masa itu. Beliau
menganggap tindakan ini menjejaskan hubungan sebagai sebuah Negara
commonwealth.
3. Beliau juga marah dengan tindakan Britain yang tidak
memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di lapangan terbang
Heathrow.
4. Selain daripad itu, beliau juga telah mengarahkan
rancangan untuk mengambil alih Guthrie dari Britain supaya tanah-tanah
pertanian ini kembali menjadi hakmilik rakyat Malaysia. Hasilnya, melalui
operasi `Dawn Raid’ atau serangan subuh, Malaysia sebagai sebuah Negara yang
kecil telah berjaya mengambil alih syarikat Guthrie melalui pasaran terbuka
dengan permainan mereka.
5. Tindakan beliau ini mengundang kemarahan Britain dan
mereka (Guthrie, London Stock Exchange dan Kerajaan Britain) telah melemparkan pelbagai
tuduhan dan mengaitkan tindakan `Dawn Raid’ ini sebagai satu tindakan yang
bersifat nasionalisme. London Stock Exchange (LSE) pula kemudianya menukar kod
pengambilalihan (takeover code) untuk mengelakkan Malaysia mengambilalih
syarikat-syarikat lain.
6. Dr.Mahathir kemudianya dengan lantang bersuara bahawa
tuduhan nasionalisme yg dibuat oleh Britain adalah untuk menghalang dan
menakutkan pelaburan Negara asing ke Malaysia. Beliau juga lantang mengkritik
tindakan LSE menukar kod untuk menghalang Malaysia mengambil-alih
syarikat-syarikat lain seperti Dunlop, Barlow dan Harrison kerana menurut
beliau, London tidak melakukan sedemikian apabila Arab, America dan Japan
mengambil alih syarikat-syarikat Britain yang tersenarai di pasaran London
Stock Exchange tetapi apabila Malaysia melakukannya, mereka mengubah peraturan.
7. Beliau menyifatkan tuduhan dan tindakan Britain ini
sebagai contoh mentality colonial yang
masih dipunyai oleh mereka [Far Eastern Economic Review, October 30, 1981].
8. Beliau juga mengkritik mesyuarat CHOGM dan mengatakan
bahawa mesyuarat tersebut hanya lebih banyak bercakap dan tidak memberikan
hasil. Beliau tidak menyertai CHOGM 1981. Beliau menyatakan bahawa lebih banyak
yang boleh dibuat didalam Negara daripada hadir ke meeting CHOGM [Asiaweek,
October 9, 1981 dan The Far Eastern Economic Review, September 25, 1981]
9. Lanjutan dari beberapa tindakan Britain seperti menaikkan
yuan pengajian, melarang hak pendaratan tambahan dan serangan mereka terhadap
operasi `Dawn Raid’ ini telah menyebabkan Dr. Mahathir melakukan kempen `Buy
British Last’. Ini bukanlah satu polisi kerajaan sebaliknya adalah satu
tindakan berani beliau sebagai seorang Perdana Menteri untuk mempertahankan
maruah Negara. Kempen ini bermula dengan tindakan beliau yang mengarahkan semua
pembelian oleh kerajaan Malaysia dari Britain perlu dirujuk kepada beliau dan
perlu disertakan dengan sumber alternative dari syarikat selain Britain.
Pembelian dari Britain hanya boleh dilakukan sebagai pilihan terakhir [Far Eastern
Economic Review, October 9, 1981].
10. Lanjutan dari tindakan berani beliau ini, kerajaan
Britain mula rasa terancam sebab Malaysia merupakan Negara dagangan Britain
yang agak besar dan banyak syarikat Britain bergantung kepada urusniaga di
Malaysia.
11. Selepas 5 bulan kempen `buy british last’ berjalan, pada
Februari 1982, Britain telah menghantar Setiausaha Luar, Lord Carrington dan
Menteri Pertahanan, John Notts ke Kuala Lumpur untuk berbincang tetapi tidak
membuahkan hasil. Ini memaksa Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher
sendiri yang berjumpa dengan beliau untuk menamatkan kempen `buy british last’
dan menyelesaikan isu CHOGM.
12. Lanjutan dari perjumpaan ini yg dibuat di London pada
tahun 1983 oleh Margaret Thatcher, beberapa resolusi dibuat antaranya kerajaan
Britain menyediakan bantuan kewangan sebanyak 160 juta pound sterling sebagai
subsidi kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di UK dan memberi
hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di Heathrow International Airport
[The far eastern economic review, April 14, 1983].
13. Dengan satu tindakan berani beliau ini yang dilakukan
secara bersendirian, sumbangan sebanyak 160 juta pound telah diberikan untuk
pendidikan rakyat Malaysia. Terima Kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad.
14. Dengan tindakan kerajaan Britain ini, maka kempen `Buy
British Last’ dihentikan. Beliau juga menghadiri mesyuarat CHOCGM 1985 dan 1987
dan mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat CHOGM 1989 dan
sukan komanwel 1998.
15. Lanjutan dari ini juga, Malaysia dan Britain
menandatangani perjanjian jual beli kelengkapan perang (Arms deal) bernilai 1.3
Billion pound dan projek Hydroelectric Power Station (Pergau Dam) di Kelantan
yang bernilai 234 juta pound.
16. Tetapi, pada tahun 1994, kerajaan Britain dan Media di
Britain telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Malaysia dan Tun Dr.
Mahathir. Mereka mengatakan bahawa projek Pergau Dam ini adalah `gula-gula’
kepada Malaysia sebagai pembalasan kepada perjanjian pembelian senjata oleh Malaysia.
Malah media di Britain juga menuduh bawah Tun Dr. Mahathir menerima rasuah.
Media di Britain telah cuba menghubungkaitkan perjanjian jualbeli senjata
dengan projek Pergau Dam [The Sunday Times, January 23, 1994]dan telah menuduh
perbuatan rasuah bernilai USD 500,000 kepda Dr. Mahathir [The Sunday Times,
February 20, 1994].
17. Dr. Mahathir telah menyampaikan kekecewaanya kerana
kerajaan Britain tidak membetulkan tanggapan bahawa sebenarnya projek Pergau
Dam adalah low-interest loan (concessionary loan) dan bukannya grant. Dr.
Mahathir juga menuntut editor Sunday Times untuk meminta maaf diatas tuduhan
rasuah yang dibuat keatas beliau.
18. Mahathir telah menulis surat kepada Financial Times
dengan menyatakan “…no contracts in exchange for British press freedom to tell
lies” [The Financial Times, March 17, 1994].
19. Akibatnya, selepas Malaysia menerima penghantaran 28
buah British Aerospace Hawk Jet-fighter trainers (melalu perjanjian jualbeli
senjata), Mahathir memberitahu Duta Britain, Duncan Slater bahawa Malaysia
tidak lagi akan memberi kontrak kepada Britain. Tindakan ini kelihatan seperti
kempen `Buy British Last’ II.
20. Tindakan berani Dr. Mahathir kali ke-dua ini juga bakal
menjejaskan banyak contract syarikat Britain yang bernilai melebih 1 billion
pound sterling termasuk kontrak projek KLIA. Tun Dr. Mahathir sekali lagi
bertindak tegas dan berani mempertahankan maruah Negara dan dirinya dari
dicemari dengan penipuan oleh media Britain atas nama kebebasan media.
21. Hasilnya, selepas 3 bulan, editor Sunday Times tersebut
telah ditukarkan dan tidak lagi bersama akhbar The Sunday Times.
22. Selepas tindakan akhbar The Sunday Times ini, Dr.
Mahathir menyatakann bahawa beliau dapat melihat pembaharuan dan penambahbaikan
dalam laporan media Britain terhadap Negara Malaysia. Seterusnya, Dr. Mahathir
menyatakan, sekiranya media Britain tidak lagi membuat laporan penipuan
terhadap Malaysia, Malaysia boleh kembali berurusniaga dengan syarikat Britain.
23. Sekali lagi, ketegasan Dr. Mahathir terbukti dalam
mempertahankan maruah Negara daripada dicemari oleh penipuan media Britain.
24. Peristiwa-peristiwa ini sepatutnya mengingatkan kita
bagaimana seorang pemimpin yang begitu kuat sifat cintakan negaranya, bangsanya
dan agamanya yang sanggup melakukan apa sahaja demi Negara yang dicintai.
25. Sayangnya, peristiwa-peristiwa ini tidak dipedulikan
oleh sebahagian masyarakat Malaysia, sebaliknya mereka lebih mahu mempercayai
cerita-cerita fitnah yang ditaburkan oleh sesetengah pihak yang benci kepada
beliau. Terlalu banyak fitnah-fitnah dan cerita tipu yang disebarkan mengenai
Tun Dr. Mahathir. Tetapi, sepertimana ramai yang maklum, Tun Dr. Mahathir tidak
pernah kisah dengan cacian yang dibuat terhadap dirinya kerana yang penting
bukanlah dirinya, tetapi Negara Malaysia. Beliau telah meletakkan kepentingan
Negara melebihi segala-galanya.
KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
ReplyDeleteJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI