Wednesday, 6 March 2013
KING LEGEND H20! DARI POPULIS KEPADA MENTERI AMARAN!
Seperti ada yang tidak kena apabila berita sampai bahawa terdapat segerombolan lanun Filipina yang mengaku sebagai tentera Kesultanan Sulu mendarat di Kampung Tunduo 9 Februari lalu.
Di laman laman sosial ramai yang bertanya dan juga ramai yang secara sinis mengkritik kegagalan system pertahanan negara untuk menghalang penceroboh penceroboh dari mendarat dengan mudah dan memasuki Malaysia. Sasaran kritikan sinis tidak lain dan tidak bukan terarah kepada Menteri yang menjaga keselamatan dalam negeri, tak lain tak bukan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussien Onn.
Di laman sosial dan juga blog blog di internet Hishammuddin memang terkenal sebagai seorang ahli politik yang suka kepada populariti. Beliau punyai pengikut yang beratus ribu di facebook, twitter dan sentiasa mengupdate tweeternya dan gemar bergambar.
Namun sebagaiman dia berusaha untuk menambah popularitinya, peristiwa silam yang beliau lakukan sentiasa akan menghantui beliau ke hari ini. Beliau dilabel sebagai populist atas tindakan beraninya mencium keris di Perhimpunan Agung UMNO hingga dikritik hebat oleh pihak yang tidak suka dengannya. Bimbang popularitinya akan jatuh dikalangan bukan Melayu, beliau dengan pantas meminta maaf atas tindakan mencium keris tersebut. Maka semua mata melihat, bagaimana seorang pemimpin politik tidak mempunyai pendirian tegas dalam perjuangan politiknya.
Semasa dilantik menjadi Menteri pelajaran antara 2004-2009 terlalu banyak masalah yang timbul di Kementerian tersebut terutamanya tentang pembinaan makmal komputer untuk sekolah sekolah. Sehingga kini, masalah tentang makmal sekolah masih tidak dapat diselesaikan.
Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada April 2009 dan sehingga kini mengetuai kementerian itu sehingga kini. Terlalu banyak kontroversi yang timbul kerana Hishammuddin dilihat terlalu banyak mencampuri urusan dalam agensi yang berada dibawah kementeriannya. Secara terbuka Hishammuddin dilihat tidak sebulu dengan Mantan Ketuan Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Sehingga kini Tan Sri Musa Hassan masih tetap menyatakan bahawa Hishammuddin sebagai menteri Dalam Negeri terlalu banyak mencampuri urusan Polis DiRaja Malaysia.
Menurut Tan Sri Musa Hassan, Menteri yang punyai pengaruh politik tidak sepatutnya mencampuri urusan PDRM. PDRM hanya patut mendapat arahan dari Ketua nya iaitu Ketua Polis Negara. Disebabkan tidak sebulu dan banyak halangan kepada Hishammuddin, Tan Sri Musa Hassan tidak disambung kontraknya sebagai Ketua Polis Negara.
Hishammuddin mungkin bertambah popular dan dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO, tetapi sebagai Menteri Dalam Negeri beliau telah gagal bertindak tegas. Didalam BERSIH 2.0 kepimpinan beliau hanya mengambil tindakan untuk memberi amaran demi amaran supaya penyokong BERSIH 2.0 tidak meneruskan demonstrasi jalanan. Beliau kelihatan terlalu berlembut dan lembik sehingga ahli politik pembangkang langsung tidak takut kepada PDRM mahupun amaran beliau. Bila BERSIH 2.0 berlaku banyak pihak melihat kegagalan pihak PDRM adalah kerana terlalu mengikut telunjuk Menteri Dalam Negeri dari Kepimpinan Ketua Polis Negara bawah Tan Sri Ismail Bin Omar.
Perkara yang sama berlaku dalam Bersih 3.O. Dan apabila kekecohan berlaku dan pertempuran antara Polis dan pendemonstrasi, ternyata Menteri Dalam Negeri telah gagal untuk bertindak sekali lagi. Ramai melihat bagaimana BERSIH, dan pemimpin pembangkang seperti Azmin Ali dan Anwar Ibrahim yang dengan jelas memprovokasi untuk kekecohan BERSIH 3.0 tetapi Hishammuddin tidak dan gagal bertindak. Anwar melihat ini sebagai satu kelemahan dipihak Hishammuddin dan Anwar telah mencuba taktik yang sama beberapa kali tanpa rasa takut.
Maka tibalah kita dimasa sekarang, diisu Lahad Datu. Selama 3 minggu Hishammuddin dilihat berbincang dengan para penceroboh dan penceroboh langsung tidak hormat mahu pun takut kepada pihak berkuasa negara. Ditambah pula kenyataan dari Menteri Dalam Negeri sendiri yang memperlekehkan penceroboh itu sendiri dengan kenyataan :
Dengan jelas Hishammuddin mengisytiharkan bahawa penceroboh Filipina itu bukan pengganas.
Maka dengan kegagalan untuk mengenalpasti lebih awal akan ancaman ini walaupun sebagai Menteri Dalam Negeri, punyai kemudahan risikan dan juga pengalaman, maka Hishammuddin sepatutnya bertanggung-jawab sepenuhnya keatas kegagalan ini. Kegagalan beliau telah menyebabkan 8 nyawa pegawai polis PDRM telah terkorban dengan tragiknya.
Jelas kepimpinan beliau hanya berlandaskan populariti dimana kenyataan untuk PDRM yang sepatutnya dibuat oleh Ketua Polis Negara, Hishammuddin lebih kedepan. Ramai pihak bertanya siapa sebenarnya Ketua Polis Negara? Ismail Omar atau Hishammuddin Hussien Onn? Hishammuddin juga dilihat tanpa henti hanya memberi amaran demi amaran kepada pelbagai pihak tanpa sendiri mengambil apa apa tindakan untuk membuka jalan penyelesaian.
Moral pihak PDRM adalah amat penting dan dalam keadaan sekarang dengan 8 anggota gugur PDRM ternyata perlukan kepimpinan yang tegas dan berwibawa. Selepas segala episod dan masalah yang dihadapi oleh PDRM, adakah Hishammuddin sebenarnya berwibawa sebagai Menteri Dalam Negeri untuk menjadi pemimpin yang diharapkan tersebut? Jika tidak mampu, sudah tiba masanya PM Najib Razak, fikirkan calon baru untuk jadi menteri di Kementerian Dalam Negeri.
Nukilan Didi Mazril!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment