Kelab IPT Barisan Nasional (KIBAR) zon selatan telah membuat satu laporan polis bagi menggesa penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat penglibatan Anwar Ibrahim dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Laporan polis ini dibuat berikutan kenyataan akhbar Filipina,Inquirer News yang mendakwa ketua pembangkang itu terlibat secara langsung dalam insiden terbabit.
Pengerusi KIBAR Selatan,Nor Hasrul Akhmal berkata pihaknya meminta agar pihak berkuasa mengkaji maklumat sedia ada supaya dalang disebalik insiden ini dapat dibawa ke muka pengadilan.
Beliau ketika ditemuramah media turut mengecam kenyataan Ahli Parlimen Batu,Tian Chua dan menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR itu sebagai kurang ajar.
Beliau turut menyifatkan kenyataan Tian Chua itu sebagai menghina perjuangan pasukan keselamatan apabila menyamakan insiden di Lahad Datu yang mengorbankan dua anggota polis itu sebagai satu sandiwara politik UMNO.
''Semua fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh mana-mana pihak perlu dihentikan serta merta kerana matlamat kita adalah sama iaitu untuk mempertahankan negara Malaysia yang dicintai" tegas beliau lagi.
Tambah beliau lagi, KIBAR juga berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segera bagi mengurangkan kebimbangan rakyat seterusnya mengembalikan keamanan negara.
No comments:
Post a Comment