Wednesday 13 March 2013

KEMELUT RUMAH TANGGA KHALID ISMATH





1. Barangkali tak ramai yang tahu bahawa rumah tangga yang dibina oleh Khalid Ismath bersama isterinya, Nurul Jannah binti Aziz sudah berakhir. Hal ini didedahkan sendiri oleh Khalid Ismath dalam beberapa kenyataan di ruangan Facebook dan twitternya.

2. SB tidak berniat mengaibkan sesiapa. Setiap penceraian yang berlaku dikatakan akan menggoncangkan Arrasy sekaligus menunjukkan betapa seriusnya urusan tersebut di sisi Islam.

3. Khalid Ismath bernikah dengan Nurul Jannah pada 21 April 2012 iaitu seminggu sebelum Rusuhan 28 April berlangsung di ibu kota yang turut melibatkan kaum keluarga Khalid sendiri.

4. Beberapa orang ilmuan telah mengulas perkahwinan mereka dari segi syarak memandangkan Khalid Ismath diketahui seorang penganut Syiah manakala isterinya pula penganut Islam mazhab Syafie. Antara yang lantang bersuara ialah Ustaz Dr Fadlan Mohd Othman  yang menyifatkan perkahwinan tersebut sebagai tidak digalakkan dari segi syarak.

5. Baru-baru ini, Khalid membuat pengakuan di Facebooknya bahawa isterinya itu telah memfailkan fasakh yang tidak boleh dirujuk. Rujuk kenyataan tersebut seperti di bawah.


6. Berdasarkan hukum syarak, seseorang isteri atau suami boleh memfailkan fasakh (permohonan membatalkan nikah) sekiranya berlaku situasi-situasi seperti berikut:

  • Suami tidak memberikan nafkah, tempat tinggal atau mas kahwin.
  • Isteri tidak mengetahui kedudukan suami yakni samada suami hilang lebih daripada 6 bulan, atau tidak pulang ke rumah dan tidak memberikan nafkah zahir dan batin.
  • Suami berpenyakit yang tidak boleh diubati.
  • Salah seorang daripada suami atau isteri itu berpenyakit.
  • Salah seorang daripada suami atau isteri itu murtad.
  • Berlaku persetubuhan syubahat (terlarang).
  • Kecatatan.
  • Tidak bernafsu dengan lelaki.
  • Suami yang zalim.

Nota : Fasakh ialah kuasa kadi dan hukumnya harus jika berlaku sebarang sebab seperti yang dinyatakan.


7. Jika diambil kira kesemua sebab atau alasan yang dikemukakan ini, di manakah agaknya kedudukan kes antara Khalid dan Jannah?

8. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Khalid Ismath sebelum ini, beliau mendakwa isterinya tidak memahami perjuangannya. Dalam satu kenyataan yang lain pula, Khalid mendakwa Jannah  berbeza pegangan.  Apakah yang dimaksudkan dengan berbeza pegangan tersebut?



9. Adakah Jannah baru sedar Khalid Ismath seorang Syiah tegar? Atau Khalid membohongi isterinya sejak dari awal?

10. SB juga pelik kerana dalam kenyataan terbaru yang dibuat Khalid Ismath pada pagi tadi ketika menjawab soalan yang diajukan di twitternya, beliau memberitahu bahawa Jannah tidak menuntut fasakh, berbeza dengan kenyataan asalnya sebelum ini. Rujuk screenshot di bawah.


11. Jadi apakah sebenarnya yang berlaku di antara mereka?  

12. Adakah Jannah mengambil keputusan menuntut fasakh (berdasarkan kenyataan awal Khalid Ismath) dengan menggunapakai alasan nombor  5? Ini kerana, jumhur ulamak ASWJ mengklafikasikan Syiah sebagai agama baru yang bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam, atau lebih tepat, ia bukan mazhab seperti yang dipegang oleh kelompok tersebut.

13. Apa-apa pun, marilah kita mendoakan semoga ada sinar buat Jannah yang telah dianiayai oleh Khalid Ismath itu.

1 comment:

  1. Nie ker mamat yang sanggup berketuakan atau tak kisah pemimpin LGBT .....

    ReplyDelete