Sangat mengejutkan bila cicit ulama terkenal Kelantan, Bob
Lokman menyamakan program “Janji Ditepati” yang diilhamkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai “Janji Iblis” yang perlu dijauhi umat Islam
dan rakyat. Tak tahulah dari mana cicit Tok Kenali itu dapat “wahyu”, tapi
nampaknya fatwa “ostat segera” yang gemar meniru moyangnya memegang ranting
kayu itu semakin menyimpang dari ajaran dan sunnah yang dianjurkan Rasulullah
SAW.
Saya yakin, kalaulah Tok Kenali masih hidup, berkemungkinan
besar Bob Lokman akan dibelasah menggunakan ranting atau tongkat ulama tersohor
itu. Setahu saya dan umat Islam di negara ini tahu mengenai sifat menepati
janji. Umat Islam sememangnya dituntut untuk menepati janji dan berdasarkan
hadis Rasulullah SAW, tidak menepati janji itu adalah sifat golongan munafik.
Jadi, adalah berlawanan sangat jika Bob Lokman mengatakan
“Janji Ditepati” itu sebagai “Janji Iblis”. Sebagaimana maklum, iblis memang
suka mereka-mereka yang mungkir janji, bukan? Dari itu, secara mantiknya adalah
jelas menunjukkan iblis membenci program “Janji Ditepati” kerana program
tersebut ternyata mengamalkan sunnah yang dituntut Rasulullah SAW dan ajaran
Islam sebenar!
Mengapa Bob Lokman takut dan benci sangat dengan program
“Janji Ditepati”? Apakah dia juga sama seperti iblis yang takut dan benci umat
Muhammad SAW mengamalkan ajaran Islam di negara ini? Saya faham Bob Lokman
menyokong pembangkang. Tapi kalau nak bangkang pun, bangkanglah sesuatu yang
wajar. Kalau perkara mulia dan sangat dituntut Islam pun dia nak bangkang,
apakah logiknya dia berbuat demikian?
Harapan saya supaya Bob Lokman menggunakan akal dan ilmu
sebelum bercakap. Mungkin Bob kurang ilmu, tapi saya yakin dia ada akal. Tapi
kalau akalnya hanya “sejengkal”, tak payahlah berceramah, buat malu PAS
saja…kan?
No comments:
Post a Comment