Bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu pada tahun 1995 menjadi saksi di mana Mat Sabu yang pada waktu itu galak digelar Ayam Sabung PAS, ditangkap khalwat dengan isteri orang dan sewaktu ditangkap, dia hanya bertuala, manakala pasangannya pula tidak bertudung dengan cadar katil yang berkeremot. Alasan yang diberikan oleh Mat Sabu dan Normah Halim yang menjadi pasangan khalwatnya ialah, menghantar ubat.
Dan yang menariknya, hantar ubat sampai ke dalam bilik yang pintunya bertutup dan di atas katil dengan wanita berkenaan yang berstatus isteri orang, terdedah kepalanya!
Mujur jugalah perbicaraan tersebut diadakan di Kota Bharu, iaitu di Kelantan di mana Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besarnya. Perbicaraan berkenaan akhirnya 'dibuang kes' kerana saksi pendakwa TIDAK INGAT NOMBOR BILIK.
Namun sial yang dibawa oleh Mat Sabu dan pasangannya, menyebabkan bangunan yang menempatkan Hotel Perdana telah diruntuhkan dan mungkin juga untuk pembinaan bangunan baru, sekaligus menghilangkan 'bukti' lokasi tempat persundalan Timbalan Presiden PAS yang latar belakang akademiknya tidak diketahui selain kelulusan agama yang amat samar-samar, bahkan seringkali dikaitkan dengan ajaran Syiah Imamiyyah.
No comments:
Post a Comment