Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan
(AMK) Pusat, Shamsul Hidayat Mohd Shariff
mendakwa dana dari luar negara telah menukarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
daripada sebuah parti miskin kepada kaya.
Shamsul yang pernah menjadi anggota jawatankuasa perhimpunan
haram Bersih 1 pada 2007 berkata, beliau pernah bekerja di ibu pejabat PKR di
Brickfields dan PKR ketika itu sangat miskin sehingga ada gaji pekerja yang
tertangguh selama dua hingga tiga bulan.
"Sebaik sahaja
pucuk pimpinan PKR mahu mengadakan demonstrasi haram Bersih 1, tiba-tiba dana
dari luar negara masuk dan PKR bertukar wajah, bendera-bendera PKR juga
disumbangkan oleh pihak tertentu dari luar negara dan bendera itu bukan
ditempah di Malaysia," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Umno di
sini semalam.
Shamsul berkata,
beliau tidak hairan jika himpunan yang dirancang diadakan oleh pembangkang esok
akan membawa masuk dana untuk PKR bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.
Samsul berkata beliau
keluar daripada PKR selepas melihat parti itu telah lari daripada matlamat
perjuangannya.
Sebelum itu Samsul
menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada ibu pejabat parti itu yang disaksikan
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
Turut menyertai Umno
hari ini ialah dua bekas penyokong kuat Anwar, peguam Saiful Ambar Abdullah
Ambar dan pelajar universiti tempatan, Mohamad Asrul Md Jalani.
Saiful Ambar adalah
peguam kepada bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang juga
keluar daripada PKR kerana merasakan perjuangan PKR tersasar daripada matlamat
asalnya. - Bernama
No comments:
Post a Comment