Saya tertarik untuk mengulas dolak-dalih seorang pemimpin “Syi’ah” di dalam PAS yang tidak mengaku dirinya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu bagi edisi di Semenanjung Malaysia.
Mat Sabu dalam kenyataannya yang terbaru, bermati-matian menafikan dia berpendirian begitu dan meletakkan tanggungjawab kebenaran penggunaan kalimah “Allah” itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Mat Sabu kononnya “merendah diri” dengan mengatakan bahawa dia tidak memiliki ilmu agama yang tinggi berbanding Abdul Hadi dan Nik Aziz, serta hanya menurut keputusan PAS yang dibuat oleh kedua pucuk pimpinan partinya itu.
Licik sungguh Mat Sabu “divert”kan kesilapan kenyataan itu kepada pihak lain. Tak pasal-pasal saja Abdul Hadi dan Nik Aziz terima padah atas kenyataan Mat Sabu yang menyokong kehendak Guan Eng untuk mencemar kalimah “Allah” itu, bukan?
Pada saya, sekiranya Mat Sabu yang ditanya wartawan atau media, dan dia dengan senang hati menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, maka dia perlu bertanggungjawab di atas segala jawapan yang dia berikan.
Sama ada jawapannya itu dipetik dari keputusan Abdul Hadi atau Nik Aziz, itu tidak timbul. Dan sekiranya dia berpandukan kepada keputusan Abdul Hadi atau Nik Aziz, dia sepatutnya memberi “credit” kepada kedua pucuk pimpinan PAS tersebut.
Misalnya, Mat Sabu perlu menyebut kepada media bahawa “Presiden dan Mursyidul Am PAS telah menyimpulkan bahawa PAS menyokong kehendak Guan Eng itu dan saya hanya menurut saja keputusan mereka”.
Itulah kenyataan pertama yang perlu diberikan oleh Mat Sabu kepada media jika ditanya. Takkanlah itupun Mat Sabu tak tahu? Beretikalah sedikit bila menggunakan kenyataan orang lain!
Sebaliknya, Mat Sabu sedikit pun tidak memberikan “credit” atau menyebut nama Presiden dan Mursyidul Amnya ketika menjawab soalan media, maka sudah tentulah kenyataan tersebut dianggap sebagai pendiriannya secara peribadi, bukan?
Jadi, usahlah berdolak-dalih lagi. Terlajak perahu mungkin boleh diundurkan, tapi bila terlajak memberi kenyataan kepada media, maka Mat Sabu perlu bersedia memikul tanggungjawab atas kenyataannya!
Kenapa Mat Sabu takut sangat untuk tidak mengakui pendiriannya menyokong penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu?
Bukankah Presiden dan Mursyidul Am PAS yang memiliki ilmu agama yang jauh labih tinggi darinya itu sudah berfatwa menyokong kehendak DAP? Apa lagi yang Mat Sabu hendak takutkan?
Apakah keputusan Abdul Hadi dan Nik Aziz itu salah? Apakah Mat Sabu tidak bersetuju dengan keputusan kedua “tok guru agama PAS” itu? Salah dimanakah keputusan tersebut sehingga Mat Sabu berdolak-dalih untuk mengaku itu kenyataan bersama darinya?
Kalau benar tidak bersetuju dengan kenyataan Abdul Hadi dan Nik Aziz, saya cabar Mat Sabu untuk menyanggah “ijtihad” kedua pucuk pimpinan PAS itu sebagaimana yang dilakukan oleh Ketua Dewan Ulama dan Timbalan Mursyidul Am PAS!
Ustaz Harun Taib dan Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz serta hampir seluruh golongan ulama di dalam PAS tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Abdul Hadi, Nik Aziz serta kehendak Guan Eng itu. Kenapa tidak Mat Sabu?
Bila seorang Bishop puji Mat Sabu yang bertindak menyokong cubaan mencemarkan kalimah “Allah” itu disiarkan media, maka Timbalan Presiden PAS itu sudah “goyang”, “kecut telur” dan keliru dengan kenyataan sendiri?
Baru “diacah” seorang Bishop saja Mat Sabu sudah menggelabah? Macam mana nak jadi Menteri Kabinet kalau itupun Mat Sabu sudah “goyah” pendirian? Pergi balik sembunyi bawah kain “Normah”lah kalau begitu…
Sumber: Perak Today
No comments:
Post a Comment