DIRTY...DIRTY...DIRTY.... Itulah hakikat yang sebenar apabila parti DAP yang selalu mencanangkan ketelusan akhirnya gagal membuktikan bahawa mereka adalah sebuah parti yang telus.
Sepertimana video diatas ini kita dapat lihat pengerusi DAP Cawangan K.Yogasimany mempertikaikan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat CEC yang diadakan tempoh hari oleh DAP akibar dari permainan kotor sewaktu pemilihan.
Jika dalam parti DAP sendiri permainan kotor dalam pengundian pun mereka lakukan bagaimana dengan Malaysia jika ditakdirkan Pakatan PAS,DAP dan PKR mentadbir Putrajaya? Bersih?
Harus kita ingat PKR sendiri berkecamuk pemilihan mereka sehingga bergaduh dan berbaling kerusi sewaktu pemilihan yang lalu. DAP juga terbukti tidak bersih yang jelas mempamerkan watak mereka pakatan yang sebenar iaitu KORUP dan tidak bersih.
PAS pula tidak relevan untuk menerajui negara memandangkan pimpinan PAS terdiri dari mereka yang tidak Profesional untuk membawa nama Malaysia ke persada dunia. Apakah kita hendak menjadi baha jenaka jika Hadi Awang menjadi Perdana Menteri?
Rakyat Malaysia perlu bijak dan pada Pilihanraya ke 13 nanti pastikan undi anda adalah Barisan Nasional yang terbukti mampan berbanding parti pakatan PAS,DAP dan PKR yang sehingga sekarang gagal membuktikan mereka mampu mentadbir negara dengan baik.
No comments:
Post a Comment