
SUDAH lebih sepuluh tahun saya mengumpul pengalaman dalam
menguruskan jemaah haji dan umrah, pelbagai kerenah yang saya temui. Tak
kiralah sama ada sebelum berangkat ke Tanah Suci ataupun sewaktu berada di
sana. Apa yang boleh saya katakan, mereka yang berjaya sampai ke Mekah untuk
menunaikan ibadah adalah golongan yang dipilih Allah. Jika Allah tidak
menjemput, jemaah itu tidak akan berjaya sampai ke Tanah Suci.
Wang bukan segala-galanya. Saya sering melihat kes di mana
jika orang itu banyak duit sekali pun, tetapi ada saja halangannya sejak di
tanah air sehingga menyebabkan dia gagal menjadi tetamu Allah di Mekah. Ada
kalanya, kerana fikir dia kaya dan banyak wang, maka itu menjadi lesen untuk
meminta apa saja bertaraf first class bagaikan melancong ke luar negara
lagaknya. Pernah saya bawa seorang jemaah wanita, boleh dikatakan dari golongan
elit. Sebelum pergi lagi dah minta macam-macam. Lepas tu, langsung tak mahu
bercampur dengan jemaah lain. Kononnya orang lain tak setaraf dengannya.
Sikapnya sungguh sombong dan suka memerintah orang.
Semasa di Madinah, dia sudah mula tunjuk rasa tak puas hati.
Kononnya makanan tak sedap, persekitaran tak selesa dan macam-macam lagi. Saya
sendiri tidak faham tujuannya datang ke Tanah Suci untuk beribadah atau
melancong. Sudahlah begitu, dia suka melaga-lagakan orang dengan fitnah hingga
ada jemaah yang bermasam muka angkaranya. Bila sampai di Mekah, kami bawa ke
road house penginapan. Walaupun road house itu tidak secantik mana namun ia
selesa dan segala kemudahan disediakan. Semua jemaah suka dan amat bersyukur
kerana dapat penginapan yang pale dekat dengan kawasan Masjidilharam. Ini
memudahkan mereka berulang-alik mengerjakan ibadah.
Macam Kandang Babi
TAPI berlainan pula dengan wanita elit itu. Mula-mula dia
membebel kerana tak puas hati dengan road house itu. Katanya road house itu
buruk. Lama-kelamaan amarahnya mula berpanjangan. Daripada membebel, akhirnya
dia terjerit-jerit marah dan memaki hamun di depan jemaah lain hanya kerana
tidak mahu menginap di road house tersebut. "Hotel ni macam kandang babi?
Aku tak mahu tinggal kat tempat kotor macam ni!" jerit wanita itu. Habis
pintu road house ditendangnya. Saya hanya geleng kepala. Jemaah lain turut malu
dengan sikapnya hamun dalam ihramnya itu.
Kami memujuk, tapi dia terus memarahi dan memaki hamun kami
semua. Hampir setengah hari habis masa kami memujuknya. Tidak mahu jemaah lain
terganggu kerana kerenahnya itu, akhirnya kami tempatkan dia di sebuah road
house mewah yang jauh dari Kaabah. Kalau diikutkan, tak layak joke dia duduk di
road house itu. Bayangkanlah, bayar pakej untuk kelas pertengahan, tapi minta
layanan bagaikan dia membayar pakej kelas pertama. Tapi kerana malas mendengar
suaranya yang tak habis membebel dan mengganggu Jemaah lain, kami turutkan saja
kemahuannya.
Lepas itu, mutawif minta wanita tersebut membayar dam kerana
sudah banyak melanggar syarat dalam ihram. Lebih kurang RM400 dendanya. Tak
sampai fifteen minit lepas dia bayar, dia boleh marah semula mutawif dan
berkeras minta dipulangkan semula duit damnya itu.
Dia sanggup tinggal seorang diri di road house berlainan
yang jauh daripada jemaah lain. Saya dapat, tahu selepas itu dia langsung tidak
dapat mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Sebabnya tiba-tiba haidnya datang tak
menentu. Kejap ada, kejap tiada. Sehari suci, esoknya 'kotor' semula. Semasa
dalam ihram, haidnya datang lagi. Akhirnya, sepanjang 10 hari di Mekah, memang
dia lebih banyak duduk di road house saja, langsung tak dapat buat ibadah.
Betapa ruginya orang seperti ini.
Gagal Pijak Masjidilharam
SELAIN itu, saya teringat juga satu kes seorang lelaki
berusia 60-an yang mengerjakan umrah ditemani anak lelakinya. Semasa di
Madinah, semuanya berjalan dengan baik. Tapi, sampai di Mekah lain pula
jadinya. Lelaki itu tak boleh memasuki kawasan Masjidilharam. Tiap kali dia
jejakkan kaki ke dalam kawasan itu, dia akan menjerit-jerit kepanasan. Badannya
rasa nak terbakar sampai nak dicabutnya kain ihram kerana tak tahan berasa
panas. Begitulah setiap kali mahu memasuki kawasan Masjidilharam.
Lebih haru, bila kami tanya mana Kaabah, dia boleh tunjuk
arah belakang. Maknanya, Kaabah yang besar joke langsung dia tak nampak! Anak
lelakinya menangis melihat keadaan itu. Setelah puas bertanya, barulah lelaki
itu bercerita dia ada membela hantu raya. Tujuannya untuk membantunya melakukan
kerja dan menjaga rumah semasa ketiadaannya sewaktu zaman mudanya dulu. Kami
tanya di mana dia simpan benda pemujaan hantu raya itu. Setelah dia menyebutkan
lokasinya, anaknya menelefon keluarganya di tanah air dan minta dibuang benda
itu dengan bantuan pengamal perubatan tradisional.
Setelah hantu raya itu dibuang, barulah lelaki itu boleh
memijak kawasan Masjidilharam. Barulah dia boleh melihat Kaabah. Kerana itu
semasa memberi kursus pada jemaah yang mahu berangkat ke Tanah Suci, saya
selalu mengingatkan mereka jika ada sebarang amalan ilmu hitam atau yang
menyalahi syariat, lebih baik 'dibersihkan' dahulu dan bertaubat sebelum
berangkat ke Tanah Suci.
Betulkan tauhid kita sebelum berangkat ke sana. Jika tidak,
itulah yang terjadi seperti kes pakcik tadi. Selain itu, akhlak kita sesama
manusia juga harus dijaga. Sebaiknya kita minta ampun dan maaf pada mereka yang
pernah kita zalimi atau sakiti hatinya, apatah lagi jika kita ambil haknya.
Akibat Alih Batu Sempadan
PERNAH berlaku seorang jemaah lelaki yang saya bawa tak
boleh buat ibadah sepanjang berada di Mekah. Badannya sentiasa terasa panas dan
tidak keruan hingga dia langsung tak boleh beri tumpuan untuk beribadah. Dia
mengadu pada saya lalu saya bertanya jika dia ada buat apa-apa kesalahan
sebelum ini. Akhirnya dia teringat semasa di kampung dia suka mengambil tanah
hak orang. Dia dengan sengaja mengalihkan batu sempadan agar tanahnya lebih
luas dengan 'mencuri' hak orang lain. Selepas dinasihatkan, dia menelefon
jirannya di tanah air dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Selepas itu
barulah dia dapat melakukan ibadah dengan tenang di Mekah.
Sebenarnya, cerita-cerita yang saya bawakan tadi sepatutnya
menginsafkan kita. Apa saja ujian atau balasan yang kita lalui semasa berada di
Tanah Suci, terimalah dengan dada terbuka. Jangan takut, jangan gentar. Setiap
ujian dan balasan di sana adalah salah satu pengampunan dosa kita. Jika kita
tidak dapat menerimanya dengan redha, bermakna kita adalah manusia yang rugi.
Segala keajaiban yang ditunjukkan Allah di Tanah Suci itu bersifat pelbagai.
Seperti saya alami dua tahun lalu. Ketika saya berniat mahu bawa golongan yang
tidak berkemampuan ke Tanah Suci.
Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, orang tua, golongan
miskin dan pelajar madrasah di mana mereka ingin sangat ke Mekah tapi tidak
mampu dari segi kewangan. Kalau diikutkan proof akal, bajet untuk membawa
mereka memang tak cukup langsung. Tapi saya tawakal dan berserah pada Allah.
Sampai di Tanah Suci, rezeki saya tak putus-putus. Ramai orang menderma, segala
bajet seperti makan minum dan penginapan tiba-tiba dapat diskaun pale murah.
Kad ATM bila dicucuk sentiasa ada wang. Dalam poket juga
bila saya seluk, ada saja wang yang saya sendiri tertanya-tanya entah datang
dari mana. Itulah kuasa Allah. Semasa pergi tak cukup wang, sampai di sana wang
saya jadi berlebihan hingga boleh membeli-belah untuk golongan yang tidak
berkemampuan ini. Daripada situ saya bertekad seboleh-bolehnya saya mahu
membantu membawa golongan sebegini ke Tanah Suci. Oleh kerana itulah saya
wujudkan program 'Kembara Taubat Di Bumi Anbia' yang akan bermula pada Mei
tahun ini. Tujuannya untuk memberi peluang pada golongan yang tidak
berkemampuan untuk sama-sama menjadi tetamu Allah di sana. Saya percaya, benda
baik yang kita lakukan dengan ikhlas tanpa tujuan mengaut keuntungan pasti akan
dipermudahkan jalannya oleh Allah.
amekaw.com
-detikdaily-
No comments:
Post a Comment