Friday 11 January 2013

Kecoh Di Kampung Baru Penganjur HKR112 Larikan Duit



Mana duit kami !
Mana janji !
Penipu !
Pembohong !

Kecoh sebentar tadi dalam sebuah restoran "tom yam" Kampung Baru oleh sekumpulan anak muda yang rambut jambul ayam.

MI ada ketika kejadian berlaku, menurut seorang pemuda yang ada dalam restoran tersebut, mereka terasa diri ditipu kerana janji nak bagi duit upah untuk dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus rupanya hanya pembohongan kerana wakil penganjur demostrasi telah lesap bersama sejumlah wang yang sepatutnya di agihkan kepada mereka.

'kami datang dari Kelantan' itulah keluhan seorang peserta yang sudah hilang mood untuk bersama rakan yang lain. Mereka menjelaskan bahawa mereka dijanjikan sebanyak RM300 seorang tidak termasuk penginapan sebaik saja mereka tiba di lokasi ceramah Azhar Idrus. Mereka juga dijanjikan makan malam sebelum program bermula. Kini semuanya sudah lesap.

MI cuba rakamkan gambar mereka tetapi dihalang oleh beberapa orang petugas kononnya wakil pihak penganjur dan tidak mahu perkara ini dibesarkan oleh media.

Sehingga berita ini ditulis, kumpulan remaja yang kononnya datang dari Kelantan itu masih belum makan dan minum setelah seharian dalam perjalanan yang jauh. Keletihan terpancar diraut wajah mereka. Yang menyedihkan mereka tidak tahu siapa sebenarnya yang patut selesaikan masalah mereka ini.

-gambar hiasan


sumber : malaysia instinct

1 comment:

  1. Pergi lah Pejabat PAS kat Chow Kit tu. Takkan pasal Ustaz Azhar Idrus konrang nak mintak duit dengan DAP kot. PKR pun tak campur kecuali bab balun depan belakang.

    ReplyDelete