Saya begitu terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap
paparan beberapa portal yang menyentuh kenyataan Mat Sabu, Timbalan Presiden
PAS mengenai kalimah Allah hari ini. Portal-portal berkenaan telah memetik
kenyataan Mat Sabu bahawa PAS menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam
menggunakan kalimah Allah. Pandangan Mat Sabu tersebut dilihat sebagai
pandangan rasmi Parti itu terhadap isu kalimah Allah. Pandangan PAS ini
sekaligus merestui permintaan Lim Guan Eng dalam ucapan Sambutan Krismasnya
baru-baru ini.
Seperti yang diketahui, hanya beberapa hari yang lalu
pimpinan tertinggi PAS iaitu Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali, Ketua
Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dr
Rani Osman telah menjelaskan bahawa kalimah Allah hanya layak diguna oleh orang
Islam sahaja. Bagi agama yang bukan Islam mereka seharusnya menggunakan “God”
yang membawa makna tuhan. Pemakaian “god” untuk tuhan memang telah digunakan
sejak awal tanpa menimbulkan apa-apa masalah...selanjutnya diSINI

No comments:
Post a Comment