Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan
polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah
disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis
Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya.
Nampaknya, 'bola' kini di kaki Majlis Syura pula untuk
bertindak balas. Itupun jika berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk
mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan
Plural.
Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua
permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa
kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu
sendiri. Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar
kepada umat Islam.
Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya
mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua
permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya.
Pendirian yang diambil oleh Pakatan Rakyat seperti yang
diumumkan oleh Azmin boleh ditafsirkan seperti berikut:
1. Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak ada nilai di dalam
Pakatan Rakyat
2. Sah bahawa PKR membawa fahaman plural
3. Puak Kristian dengan sengaja mencabar Islam
4. Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah DAP
Alasan PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk
ahli-ahli PAS dilihat sebagai ejekan kepada semua umat Islam kerana ia adalah
tidak relevan sama sekali.
Ini kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah dalam Bible
bukan ahli PAS tetapi puak Kristian yang dijuarai oleh DAP. Justeru, apa ke
jadahnya jika halangan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura itu ditujukan kepada
ahli PAS?
Nampaknya, apa yang kita khuatiri selama ini telah pun
menjadi nyata iaitu keghairahan PAS berpolitik dan kerakusan mereka mengejar
Putrajaya akhirnya membawa kepada tragedi ini. Apabila PAS mendabik dada
sebagai Islam maka tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam. Oleh itu
apabila PAS mengambil sikap flip-flop, sentiasa mengalah dan sering U-turn,
maka PAS sebenarnya menunjukkan kelemahan mereka, tetapi dilihat sebagai
kelemahan Islam.
Akibatnya, Islam dilihat sebagai lemah sehingga musuh Islam
tidak memandang sebelah mata pun kepada PAS dan seluruh umat Islam.
Dari apa yang berlaku ini, tidakkah kita melihat bahawa
orang yang disanjung sebagai Ulama besar, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru, yang
kononnya berada di dalam darjat yang tersendiri di sisi Allah SWT., yang
maksum, alim lagi keramat, sebenarnya langsung tidak punya harga, tidak ada
nilai walau satu sen pun, di mata orang-orang kafir. Tiada rasa gerun atau
hormat orang lain terhadap mereka sepertimana yang dijanjikan Allah SWT kepada
kekasih-kekasihnya, iaitu para Ulama sebenar. Sebaliknya orang-orang kafir
menggelengkan kepala melihat kebodohan mereka.
Maka, masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini semua
telah berbuat kesilapan besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka juga
telah membuat kesilapan besar? Telah dikatakan bahawa akan datang di akhir
zaman Ulama-ulama jahat – tidakkah kita percaya pada ayat AlQuran ini?
Masih belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan membangun
semula kekuatan. Namun, ini hanya boleh dilakukan dengan bersatu. Walaupun kita
masih dinaungi kerajaan Islam, namun sedarlah bahawa kekuatan kerajaan Islam
itu juga bergantung kepada umat Islam yang bersatu dibelakangnya. Sukar bagi
sebuah kerajaan Islam untuk mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara
bersepadu.
Hentikanlah menipu diri sendiri mengenai hudud atau Negara
Islam sebagai alasan menolak kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan minda
kita dimanipulasi oleh Ulama-ulama jahat itu tadi.
Insaflah bahawa akibat terlalu mengejar bintang di langit,
bumi dipijak menjadi padang jarak padang tekukur. Sedangkan yang berkelip
bukannya bintang rupanya kelip-kelip yang berterbangan. Sebelum kita
membetulkan undang-undang negara, betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu.
Jika tidak, inilah akibatnya, di mana iman sendiri
bercelaru, sehingga lebih percaya kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah SWT.
sendiri. Percaya yang sesama Islam itu kafir, walaupun Allah SWT. menegaskan
bahawa kita semua bersaudara. Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi
akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112
baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari
imam.
Semoga Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan
perpecahan yang berterusan. Amin.
Suara Politik
Belantan
No comments:
Post a Comment