Wednesday 9 January 2013

Anwar Tunjuk Belang- Sultan di Sanggah!! Dalam Isu Kalimah Allah


Oleh rmf
Bila Sultan Disanggah, Bertuahlah !  jika ada seorang rakyat dari bangsa Melayu yang berani menegur Raja kerana cintakan Raja nya.  Bertambah-tambah tuahlah Raja itu jika rakyat disekelilingnya ikhlas menegurnya apabila baginda membuat silap.
Raja yang disanjung adalah Raja yang boleh menerima teguran rakyat. Raja yang disayangi pula ialah raja yang tinggi budi pekerti dan sentiasa merendah diri,.serta tidak mudah melemparkankan kemurkaannya kepada rakyat, tanpa sebab-sebab yang manasabah.
Raja tidak semestinya arif dalam semua hal, begitu juga rakyat,.. tidak bodoh dalam semua perkara.   Peranan kedua-duanya adalah sama penting, justeru raja tidak perlu mendabik dada.
Berlainan pula dengan sikap Ketua Pembangkang , bila mana  saorang Sultan yang melakukan teguran terhadap isu penggunaan Kalimah Allah pada bukan Islam atau pada agama lain, Maka sultan pula disanggah kerana tidak  berpendirian  dengannya.
Apakah ini sikap saorang yang  sentiasa mewar warkan rukun negara kepada penyokongnya , pada masa yang sama  dia melakukan apa yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai ahli politik.
Terus saya teringat post saya yang lalu bahawa setiap yang berada dibawah Jesuit atau dibawah  gengaman  yahudi akan mealkukan apa sahaja untuk membawa agenda yahudi di Malaysia. Ini dibuktikan dengan menghapuskan kuasa kuasa Sultan yang terdapat didalam Ptotokol Of Zions yang sememangnya diamalkan oleh proksi yahudi.
Kita dapat melihat juga bagaimana sejarah Ketuanan Rakyat yang telah berlaku diIndonesia pada tahun 1946, dimana  hampir semua Sultan di Indonesia dibunuh  akibat daripada hasutan  komunis dan berhaluan kiri diatas nama Ketuanan Rakyat.
Ketuanan Rakyat kini menjadi sebahagian daripada  pegangan Pembangkang  di Malaysia sebagai landasan perjuangan mereka. Apakah kita  tidak pernah memikirkan kaitan kaitan persamaan yang terdapat  diantara sejaran  Ketuanan Rakyat Indonesia 1946 dan Ketuanan Rakyat  yang dibawa oleh Anwar Ibrahin serta sekutunya.
Interpersonal deception Selalu dimainkan oleh pihak pembangkang untuk menerbitkan susana yang bersifat kecelaruan, disampaing menggunakan taktikalThe Mind Games Of Zionist Media  yang cukup [popular digunakan oleh konspirator seperti Anwar Ibrahim.
Ini adalah sebahagian daripadanya,  mengwujudkan suasana tegang, tidak selamat dan mengwujudkan  sikap dan sifat persekitaran semasa. Hal ini dapat kita lihat bagaimana “Kematian” terancang yang tidak “mati” didalam bersih 2.
Provokasi terhadap anggota keselamatan untuk menunjukkan sifat dan sikap kekejaman, “Kematian” yang tidak menjadi hasil provokasi dan tentangan pihak berkuasa atau keselamatan.
Dengan jelas disini, setiap apa yang dirancang oleh Anwar beliau telah menggunakan sepenuhnya taktikal Israel didalam menjahanamkan Saddam Hussien dan meruntuhkan sebuah kerajaan.
Post Pic
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila baginda melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Pendirian tegas Sultan Sharafuddin Idris Shah itu dibuat menerusi kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini.
Di dalam sidang media hari ini, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menempelak titah Sultan apabila menuduh Mais sebagai hanya cenderung mengkritik Pakatan Rakyat dan bukannya pimpinan Umno.
“MAIS bergerak bebas..tiada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor. Bahkan beberapa kenyataan Mais itu tidak semestinya mewakili pandangan kerajaan negeri.
“Sebab itu larangan dan kritikan itu semua terhadap Pakatan..tidak pernah terhadap Umno. Termasuk pemimpin Umno dan keluarga yang mempunyai kepentingan menguasai syarikat arak pun tidak ditegur oleh Majlis Agama,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan hari ini.
Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang dilaporkan meminta kerajaan membenarkan kalimah Allah diguna dalam injil berbahasa Melayu, kata Setiausaha Mais Datuk Mohd Misri Idris.
Datuk Mohd Misri berkata mesyuarat khas Sultan Selangor bersama beberapa orang ahli MAIS, Mufti Selangor serta pegawai tertinggi Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Ahad lalu menetapkan bahawa kalimah berkenaan hanya boleh digunakan boleh umat Islam.
“(Kalimah Allah) tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010″, kata Mohd Misri, menjelaskan ketetapan Sultan Selangor itu.
Misri berkata Sultan Sharafuddin pernah mengeluarkan titah yang sama bersabit isu ini tiga tahun lalu namun telah dipandang ringan oleh sesetengah pihak apabila ia dibangkitkan sekali lagi.
Justeru baginda menitahkan MAIS dan JAIS mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba mempersendakan penggunaan kalimah Allah ini.
 08-01-2013 03:01 Ditulis Oleh Aidil Syukri Hamzah

No comments:

Post a Comment