Berjuta Rakyat Thailand Saksi Anwar Ibrahim Diurut 'Live'
Dalam TV!
Ramai yang tidak tahu, sewaktu kempen pilihanraya kecil
Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang lalu , Anwar sempat 'cilok' ke Bangkok
untuk menjadi tetamu rancangan televisyen di Channel 9 negara itu.
Tapi yang penulis tak tahan tu, dalam program bual bicara
dengan Channel 9 itu, Anwar siap menerima pelawaan host program tersebut untuk
diurut oleh seorang jejaka. Oh tidak!!!!
Memang Anwar tidak berbogel, tetapi mengizinkan dirinya di
videokan dalam keadaan baring sambil tersenyum kerana 'syok' diurut memang
ternyata memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.
Apatah aksi tersebut boleh disaksikan berjuta rakyat negara
Gajah Putih berkenaan! Lebih memalukan, Anwar siap boleh tersengih-sengih depan
kamera sambil memuji-muji jejaka si tukang urut tersebut kerana berjaya
melakukan 'tugasnya' dengan begitu cemerlang, pergh!!!!
Dek kerana terlalu seronok diurut, Anwar terlupa yang dia
sebenarnya telah 'mengotori' dirinya yang selama ini dianggap pemimpin Islam,
pemimpin reformasi dan pemimpin masa depan rakyat Malaysia.
Ternyata banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya
sebagai pemimpin. Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi
keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang
homoseks yang menggerunkan rakyat.
Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah
menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap
dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab.
Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang
didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah
menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.
Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia
seorang homoseks. Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan
tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam
sebagai pemimpin mereka.
Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia
juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin
mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat. Melayu bukan masyarakat Barat yang
menghalalkan homoseksualiti.
Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang
akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang
homoseksual. Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya
mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?
Isterinya Kak Wan yang setia 1000% juga akan menghadapi
tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai
hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seolah-olah dia sebagai isteri dan
wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.
Penulis percaya tak lama lagi akan tersebarlah rakaman video
ini, namun seperti biasa, Anwar yang cukup hebat dalam bab 'menepis dan menangkis'
akan menggunakan segala kudrat dan keupayaannya untuk mengjustifikasi adegan
urut tersebut.
Tak mengapalah, dia mungkin SELAMA ini boleh menipu rakyat
tetapi percayalah rakyat tidak akan SELAMANYA ditipu oleh manusia bernama Anwar
Ibrahim ini.
Penulis berharap sangat janganlah Anwar menjadi Perdana
Menteri kita suatu hari nanti. Takut tak pasal-pasal industri rumah urut akan
terhalal dengan sendirinya di bumi bertuah ini, takutnyeeeeeeee -
Suara Politik
Belantan
No comments:
Post a Comment