Wednesday 16 January 2013

SYARIFAH ZOHRA DAN SHASHA MENDOZA, DUA IKON ANAK MUDA YANG AMAT DITAKUTI PECACAI PAKATAN RAKYAT!!!



Tup-tup sahaja, muncul dua nama 'kecil' yang kemudiannya bertukar 'besar' gara-gara ketakutan yang teramat sangat ditunjukkan oleh pecacai Anwar Ibrahim. Kedua-dua nama tersebut adalah Syarifah Zohra dan Sasha Mendoza yang mewakili anak muda, menyebelahi Kerajaan Barisan Nasional dalam menghadapi kebodohan dan kebongokan pecacai Pakatan.

Zohra terkenal kerana mengajar pemuja Parti Sosialis, K.Bawani tentang sesuatu yang bernilai. Bawani yang mungkin tidak sedar diri akhirnya tercirit-birit lari apabila disergah oleh Zohra.

Sama seperti penganut Sosialis lain seperti Hishamuddin Rais, Bawani beranggapan mereka lebih pandai daripada orang lain, lebih hebat pemikiran mereka, lebih manusia berbanding mana-mana orang yang tidak menyertai Sosialis dan melihat segala-galanya dari sudut anti-establishment.

Bawani cuba membangkitkan isu PENDIDIKAN PERCUMA, satu isu temberang Anwar Ibrahim yang digunakan untuk menggula-gulakan rakyat Malaysia, khususnya golongan muda yang kurang berfikir secara waras tetapi lebih bersentimen. Zohra mungkin sedikit keterlaluan apabila memperkatakan tentang binatang dalam penghujahannya.


Namun seperti yang dicatatkan oleh SAHABAT BLOGGER GAP, pertengkaran tersebut berlaku pada penghujung program. Manakala Zohra pula bukanlah panelis sebaliknya hanya moderator. Apa yang dilakukan oleh Bawani sebenarnya merupakan provokasi keterlaluan, memandangkan program bualbicara tersebut tidak langsung menyentuh tentang isu politik.

Seperti biasa, apabila membabitkan penyokong Pakatan Rakyat, maka kita akan menyaksikan golongan yang tidak faham peraturan, golongan yang berhukumkan undang-undang rimba dan golongan yang perasan, mereka lebih baik daripada orang lain.

Shasha Mendoza pula merupakan insan di TWITTER yang begitu berani membidas kebodohan para pengikut dan penjilat Anwar Ibrahim yang tidak berotak yang beria-ia sangat dengan Himpunan Sokong Shamsidar. Hujahnya mudah, ringkas dan padat.

"Kepada penyokong #HKR11, jika anda tidak suka Malaysia, anda boleh keluar daripada Malaysia. Sekurang-kurangnya hargailah apa yang dilakukan oleh kerajaan."

Sudah tentulah tweet seperti itu amat menyakitkan mata dan hati para penyokong Pakatan Rakyat, khususnya pemimpin teragung mereka, Anwar Ibrahim The Penipu Man.

Apakan tidak, setelah beratus juta dollar pemberian Zionis dihabiskan untuk mempromosikan konon-kononnya golongan muda membenci UMNO dan Barisan Nasional, tiba-tiba pula muncul satu nama di TWITTER yang sebelum ini didominasi oleh puak Pakatan, membidas Anwar Ibrahim dan cita-citanya secara terang dan nyata.

Itu baru seorang Shasha Mendoza. Baru satu letusan kecil. Kalau dibiarkan, ia akan menjadi letusan yang amat besar dan menenggelamkan terus kapal karam Anwar Ibrahim. Justeru, para pecacai Anwar Ibrahim berasakan perlu bagi mereka untuk merosakkan terus nama Shasha Mendoza.

Atau setidak-tidaknya, menakut-nakutkan Sasha Mendoza agar tidak lagi menghantar tweet sebegitu rupa bagi mengurangkan ketakutan Anwar Ibrahim yang golongan muda tidak menyokongnya.

Shasha Mendoza dan Syarifah Zohra sememangnya telah mengejutkan pecacai Pakatan Rakyat. Kalau sebelum ini mereka gah di Facebook kerana dominasi mereka, tetapi sekarang di Facebook juga, semakin ramai yang muncul, tampil dan berani berhadapan dengan puak-puak Pakatan Rakyat, meskipun dalam wall page yang dicipta untuk Pakatan Rakyat sendiri.

Tiada penambahan pengikut dan penyokong dari golongan muda buat Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat masakini, sebaliknya para pecacai Anwar Ibrahim terpaksa mencipta dunia fantasi mereka dengan mengumpulkan golongan anak muda kecewa terutama yang berprestasi pelajaran kurang memuaskan, sebelum melabelkan mereka sebagai 'rakyat' dan 'golongan muda mahukan perubahan'.

Berdasarkan kepada perkembangan dunia maya, lebih ramai Shasha Mendoza dan Syarifah Zohra sedang muncul dan menyerang Pakatan Rakyat dari segenap segi meskipun mereka bukanlah sepenuh masa berada di situ seperti para pecacai Pakatan Rakyat yang rata-rata mendapat elaun dan imbuhan untuk melakukan provokasi.


1 comment:

  1. malaysia perlukan lebih ramai lagi orang yg pro kerajaan seperti mereka. kerana sekarang hanya pembangkang saja yg kita lihat mempunyinya.

    ReplyDelete