Koenigsegg CCXR ini dikatakan milik Sultan Kelantan (mungkin juga milik kerabat di raja Kelantan yang lain)... Harganya US $4,850,000.00 (Empat Juta Lapan Ratus Lima Puluh Ribu US Dollar)... Lebih mahal dari pada nombor plat yang dibida oleh Sultan Johor.
Sebelum ini WWW 1. Plat kenderaan yang dapat di bida oleh Tengku Mahkota Johor telah menjadi isu hangat yang sedang digembar-gemburkan oleh puak pembangkang. Katanya Sultan Johor ni guna duit rakyat untuk beli nombor plat ni yang berharga RM520,000. Nizar mempersoalkan tentang itu di dalam twitternya dan mengaitkan tentang penggunaan duit rakyat Johor. Satu dunia diaraknya twiteer itu.
Tetapi adakah Nizar dan pencacai PAS bising dan marah pada Sultan Kelantan seperti mana mereka maki Sultan Johor sebelum ini?
Inilah antara komen Pecacai Pakatan Rakyat :
Setsuna F Zikri: bukan nak menunjuk tapi Tuanku dah banyak tolong rakyat .. tidak salah dia beli kereta ni sebab atas kemampuan masing-masing. Zaman Rasullullah SAW dulu kenderaan paling mahal ialah 'unta merah' a.k.a sama kereta Ferrari zaman tu dan menjadi haiwan tunggangan Saidina Ali ra, beliau banyak berjuang bersama Baginda Rasullullah tapi tak dok org ungkit pasal apa dia ada.
Setsuna F Zikri: bukan nak menunjuk tapi Tuanku dah banyak tolong rakyat .. tidak salah dia beli kereta ni sebab atas kemampuan masing-masing. Zaman Rasullullah SAW dulu kenderaan paling mahal ialah 'unta merah' a.k.a sama kereta Ferrari zaman tu dan menjadi haiwan tunggangan Saidina Ali ra, beliau banyak berjuang bersama Baginda Rasullullah tapi tak dok org ungkit pasal apa dia ada.
Rey Muin: Jgn penting kan dri snri je bro,,xkn raja nk naik kera myvi kot,,,,kita kne bersuykur kerana ade raja cm ni.....
Asimo Faiz :rakyat biasa bules pakai plat gtu ko? dop heran,sultan kelantan memey jiwa motorsport deh adik kakak,g mano2 pun drive sendiri,schumacher pun dop leh kejar...tuanku punya anak branak memey kaki keta...kalu dop silap,memey dio ada bisnes kereto mewah..biarla,tuanku pun berhak ada hobi sendiri.
Inilah sikap double standard pencacai PAS... Bila Sultan Kelantan atau kerabat di raja Kelantan memiliki kereta mewah, dipuji melambung... Bila Sultan-Sultan lain bermewah-mewahan dikatanya pembaziran duit rakyat... Adakah ini bukan satu PEMBAZIRAN??
Tujuan menyiarkan perkara ini adalah untuk mendedahkan sikap double standard pencacai PAS. Yang mana bila Sultan yang pro PR mereka akan puji melangit... Jika Sultan yang tak pro PR mereka akan maki habis-habisan.
Sungai Rapat Online tidak pertikai pun mana-mana Sultan nak pakai kenderaan begini kerana untuk menjaga status mereka. Disini terserlah sikap hipokrit sebenar pemimpin Pas dan penyokong mereka.
No comments:
Post a Comment