Monday, 7 January 2013

[Pakatan TIPU Rakyat] Harga komoditi (Sawit & Getah): Kerajaan jawab dakwaan Anwar




KEMENTERIAN Perusahaan Perladangan dan Komoditi merujuk kepada kenyataan media Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu, yang menyentuh antara lain penurunan harga komoditi sawit dan getah pada tahun 2012 dan kesannya kepada pendapatan pengusaha tanaman terutamanya kepada pekebun kecil.

Di samping itu, kenyataan media tersebut juga mencadangkan beberapa langkah bagi membantu pengusaha tanaman sawit dan getah termasuk penubuhan Tabung Kebajikan Komoditi Negara dengan sumbangan sebanyak RM100 juta setahun untuk membantu keluarga pekebun kecil yang terjejas akibat penurunan harga kedua-dua komoditi ini.

Pada amnya, harga komoditi sawit adalah dipengaruhi oleh penawaran minyak sayuran lain dan permintaan di negara-negara pengimport utama seperti China, Kesatuan Eropah, Pakistan, Amerika Syarikat dan India. Pada tahun 2012, kelima-lima negara berkenaan telah menyumbang kepada 60 peratus daripada jumlah eksport sawit negara. ...selanjutnya diSINI

No comments:

Post a Comment