ITS ALL MINE !!
Angkuh, bongkak, ego, sombong dan pelbagai lagi tafsiran yang semaksud dengannya. Nik Aziz agak celaru dan menggeletar bila makin lama makin terbuka rahsia bagaimana beliau dan wakil rakyat Pas yang lain 'mengagihkan' tanah milik rakyat hanya bersandarkan nama projek yang kononnya projek membantu rakyat.
Projek Ladang Rakyat dan pelbagai label projek lagi hanyalah lakonan Pas Kelantan selama ini. Akhirnya, terbaru, pecah tembelang bila pemimpin Dap yang bukannya rakyat Kelantan mendapat tanah yang begitu luas, lebih 10,000 ekar malah dikaitkan isu tanah tersebut dengan Jawatan Menteri Besar Perak. Rasuah jawatan yang begitu memalukan Pas.
Seperti biasa Nik Aziz akan latah dan terus keluarkan kenyataan kebudakan, beliau dengan lantang mencabar SPRM supaya menyiasat beliau dengan menempelak bahawa beliau bersedia membuka pejabat Menteri Besar 25 jam. Itulah perangai Nik Aziz, mudah gugup dan gementar bila berita kejahatan beliau mula tersebar.
Kononnya dengan bertegas sebegitu rakyat akan percaya bahawa beliau tidak bersalah ? Apakah SPRM betul-betul serius ingin menyiasat atau SPRM sendiri yang bersekongkol dengan Nik Aziz ?
Khabarnya orang kuat SPRM Kelantan adalah anak murid Nik Aziz ?
MI bakal dedahkan siapakah orang kuat SPRM itu dalam masa terdekat !
Semalam Nik Aziz menegaskan bahawa kerajaan negeri membuka pejabatnya 25 jam sehari untuk disiasat termasuk kes 4,400 hektar tanah yang dimiliki oleh syarikat pemimpin Perak.
Menurutnya, kerajaan negeri tiada masaalah langsung berhubung perkara itu kerana Kelantan sebuah negeri yang sentiasa bersifat terbuka.
Menurutnya, berhubung kes yang didakwa pemberian tanah keapda syarikat yang dimiliki dua pemimpin DAP Perak itu, beliau memberitahu pegawainya telah menyerahkan fail berkaitan urusan pajakan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya beri peluang kepada orang buat apa saja (menyiasat) termasuk melalui suruhanjaya diraja ke, dan saya selalu sebut pejabat saya ni dibuka 25 jam sehari bukan 24 jam,”ujarnya.
No comments:
Post a Comment