Monday, 7 January 2013

Kes Saman Utusan: Mahkamah Malaysia Bodoh Jika Anwar Menang

justice

Perbicaraan di kes saman RM 50 juta terhadap akhbar Utusan Malaysia oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diikuti oleh rakyat Malaysia dengan penuh minat dan tak kurang juga yang ‘curiga’. Datuk VT Singham, iaitu Hakim yang mengadili kes ini, telah menangguhkan sehingga 22 Januari 2013 bagi mengumumkan keputusan.
Jika selama ini pihak pembangkang menjadikan sistem kehakiman Malaysia sebagai sasaran kritik seolah-olah ia adalah pusat bagi segala masalah rakyat, kononnya, tetapi hakikatnya, sistem itu jugalah yang membebaskan Anwar Ibrahim. Dua kali Anwar Ibrahim bebas atas alasan teknikal bagi kes liwat. Ini bermakna, dua mangsa telah tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Malah sistem ini juga yang memperlihatkan beberapa pemimpin UMNO, ditangkap, didakwa, didapati bersalah dan dihukum. Dan sistem yang sama juga yang memperlihatkan bagaimana walaupun hakim bersetuju yang Anwar Ibrahim bersalah seperti yang didakwa, dengan segala bukti jelas menunjuk ke arahnya, manakala saksi dan peguam beliau pula gagal secara total untuk menyangkal tuduhan dan bukti, tetapi Anwar tetap bebas juga akhirnya. ... selanjutnya diSINI

No comments:

Post a Comment