
Akhbar Harakah baru-baru ini kantoi menipu sekali lagi
apabila menggembar-gemburkan berita mengenai kejadian bunuh diri sekeluarga
tiga beranak dari kaum Cina di Pengerang Johor sebagai berpunca dari Projek
Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang bernilai
RM60billion.Jika pembangkang menggunakan penyamaran berbentuk Himpunan Hijau
untuk menentang Lynas,maka RAPID pula memakai topeng Gabungan NGO Pengerang
(GNP).
Merujuk kepada tragedi tersebut,Harakah melaporkan bahawa Bendahari GNP,
Chua Peng Sin berkata, “GNP sangat sedih dengan tragedi yang melanda keluarga
miskin itu yang gagal mengawal tekanan hidup, disebabkan pengambilan tanah oleh
pemaju dan akhirnya membunuh diri”.Ini adalah tuduhan yang serius seolah-olah
menyatakan yang keluarga ini dibunuh oleh kerajaan.
Alasan yang dinyatakan ialah
jumlah pampasan sebanyak RM20,000 sebagai tidak setimpal dengan kos untuk
membina rumah atau hidup baru.Laporan Harakah tersebut adalah jelas berniat
jahat dan tidak bertanggungjawab apabila didapati amat bertentangan dengan
laporan polis serta laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina dari sumber terdekat
keluarga mangsa yang melaporkan sebaliknya...selanjutnya diSINI
No comments:
Post a Comment