12 Januari ini merupakan tarikh penting bagi Pakatan Rakyat
di mana mereka akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu kesinambungan
dan kemuncak usaha terdesak mereka untuk menghuru-harakan Malaysia menjelang
pilihanraya ke-13. Memandangkan beberapa himpunan tajaan mereka akhir-akhir ini
menunjukkan kemesorotan yang ketara dari jumlah peserta, maka himpunan ini
diharap mampu menyemarakkan kembali semangat penyokong mereka yang semakin
malap.
Namun, pada hari yang sama, kedengaran satu lagi perhimpunan
yang juga dianjurkan oleh pembangkang. Himpunan ini dinamakan Himpunan
Shamsidar, iaitu isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan watak utama dalam
Kes Liwat 1 Anwar Ibrahim. Beliau didakwa menjadi kekasih gelap Anwar, di mana
hubungan mereka juga disyaki telah menghasilkan seorang anak luar nikah. Apa
yang membuatkan kita mengucap panjang, ternganga terkejut dan
menggeleng-gelengkan kepala kehairanan ialah hubungan tersebut dikatakan
berlaku atas restu Azmin.
Semua kisah ini terakam kemas dalam dokuman perbicaraan
serta masih terus menjadi bahan perbincangan politik semasa. Selama itu juga,
tiada sebarang usaha bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak untuk membersihkan
nama Shamsidar. Namanya terus membusuk, sama busuk dengan nama Anwar dan juga
Azmin.
Kemuncaknya ialah kenyataan akhbar oleh Nallakaruppan iaitu
bekas sahabat Anwar merangkap bapa ayam kepada Shamsidar, yang bertajuk
“Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.
Setelah tidak tahan didesak dan dicabar agar membuktikan
tuduhan Nalla tidak benar, Anwar akhirnya memfailkan saman fitnah terhadap
Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang
menyiarkannya. Akibatnya, kes tersebut kini bakal dibicarakan dalam beberapa
hari sahaja lagi di mana Anwar akan terpaksa berhadapan beberapa saksi, yang
kebanyakannya merupakan mereka yang dinamakan sebagai pasangan seksualnya -
termasuklah Shamsidar. Terlambat menyedari yang beliau telah masuk perangkap, Anwar
cuba memohon agar nama-nama mereka ini digugurkan dari senarai saksi. Namun,
permohonan Anwar gagal.
Oleh itu, Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini dilihat
sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi. Ia
juga boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama Shamsidar.
Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak berani berhadapan
dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain.
Sedangkan, logiknya, jika beliau tidak bersalah, kenapa
perlu meminta nama-nama mereka digugurkan? Bukankah kemunculan mereka
sepatutnya menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang
beliau bukan biseksual seperti didakwa Nallakaruppan?
Walaubagaimanapun, pembangkang menuduh bahawa himpunan ini
hanyalah satu propaganda bodoh Barisan Nasional. Apatah lagi dengan pertindihan
tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berskala mega, maka
tentulah tidak logik mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia
tidak mungkin berjaya mendapat impak yang diharapkan.
Nampaknya, penyokong pembangkang telah terlepas pandang akan
strategi pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Bukankah BERSIH sebelum ini juga
menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu mencapai
sasaran jumlah peserta? Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang
sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas solat Jumaat?
Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan
Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua
himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai.
Justeru, tidak perlulah penyokong pembangkang mempersoalkan
sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu yang benar atau hanya propaganda.
Adalah lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu
Shamsidar menjadi saksi?
Kita pasti, penyokong pembangkang mampu meneka jawapannya
iaitu, kerana segala-gala yang dituduh terhadap Shamsidar dan Anwar, adalah
benar belaka.
Himpunan menyelamatkan Shamsidar ini sebenarnya adalah
himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara isteri orang dan suami orang lain.
Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling terkutuk,
lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej Islamik
dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam.
Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu propaganda
atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendir….
sumber
No comments:
Post a Comment