Friday 10 May 2013

WAYANG AZMIN, SALAHKAN UMNO LA PULAK !!



Azmin Ali meminta maaf kerana lewat memulakan sidang media kerana telah melakukan perjumpaan dengan kepimpinan PKR.

Dalam pertemuan tersebut beliau menyatakan bahawa bukan berkata Azmin mahukan jawatan Menteri Besar.

Beliau turut mendakwa bahawa khabar-khabar angin beliau akan keluar daripada parti dimulakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Ada juga khabar angin yang tersebar bahawa bilau tamakkan jawatan Menteri Besar Selangor. Jika benar dakwaan tersebut, beliau telah memegang jawatan itu sejak tahun 2008 lagi.

Selepas PRK Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim ada memberitahu beliau supaya bersedia untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim (sebagai MB) Tetapi saya katakan 'Tidak'.

Azmin Ali berkata rakyat Selangor telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat. Lebih banyak kerusi dimenangi dalam negeri ini kerana usaha kolektif.

Lantaran itu Selangor memerlukan seorang Menteri Besar yang berkaliber. Seorang MB yang akan membuka pintu kepada rakyatnya.

Rakyat Selangor menuntut kepimpinan yang responsif. Perlu ada satu proses untuk perlantikan MB Selangor.

Bukan melalui nepotisme. Seseorang yang dilantik sebagai MB Selangor mesti mempunyai keberanian untuk membuat keputusan secara bebas.

Apa yang nyata Azmin Ali berkata "merupakan satu pembohongan apabila mengatakan saya akan menyertai UMNO. Mereka yang menyebarkan khabar angin ini boleh terus bermimpi bahawa dia akan meletakkan semua jawatan dalam parti, Ahli Parlimen dan ADUN."

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, beliau berikrar akan meneruskan perjuangan.

Ketika ditanya wartawan siapakah YB daripada PKR yang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor, Azmin berkata tiada mana-mana YB dipanggil dan belum mengetahui siapakah yang akan tercalon. 

*sumber ASD

No comments:

Post a Comment