Wednesday, 1 May 2013

Dakwat Kekal: Jam Tangan Yang Kantoikan Fitnah Mereka




Saya nak ajak anda berfikir cara mudah sahaja untuk anda nilai sistem pilihan raya di Malaysia betul atau tidak ?

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul, 5 negeri tidak akan jatuh ke pembangkang pada PRU 2008.

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul , BN tidak akan hilang 2/3 di Dewan Rakyat. 

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul, bolehkah Pas bertahan di Kelantan 23 tahun ? Tahun 2004 Pas perintah Kelantan dengan kelebihan 1 kerusi sahaja. Dan satu kerusi itu (Dun Kemuning) Pas menang dengan hanya majoriti 2 undi sahaja. Jika SPR menipu dan menyebelahi BN , tak kan SPR tak boleh tipu 3 undi sahaja lagi untuk membolehkan BN memerintah Kelantan ? Tapi itu tak berlaku kan ? Pas masih sihat walafiat di Kelantan walaupun memerintah dengan kelebihan 2 undi. 

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul, dah lama BN tawan kerusi Permatang Pauh.

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul kenapa sekarang ini setiap hari Anwar dan kuncu-kuncunya mengatakan mereka akan menang dalam PRU ini ? 

Apa yang mereka laungkan selama ini adalah pembohongan semata-mata untuk menimbulkan rasa marah orang ramai terhadap SPR dan BN.

Merekalah sebelum ini yang meroyan-royan menuntut penggunaan dakwat kekal. SPR pula mencadangkan penggunaan sistem biometrik. Mereka kata biometrik tak boleh dipercayai. Jawatankuasa Pilihan Khas Penambaikan Proses Pilih Raya yang turut dianggotai oleh ahli-ahli parti pembangkang bersetuju untuk pengunaan dakwat kekal. 

Perkara itu dibentang di Dewan Rakyat, dibahas dan kemudiannya diluluskan sehingga menjadi satu undang-undang dan perlu dikuatkuasa dalam PRU ini. 

Semalam dakwat kekal telah digunakan buat pertama kalinya untuk pengundi-pengundi awal. Mereka putar cerita bahawa dakwat itu boleh tanggal. Jika digosok, ditenyeh dan sebagainya tidak dinafikan dakwat itu boleh tanggal. Tetapi ianya tidak akan hilang 100 %. Kesan-kesan dakwat masih boleh kelihatan di jari pengundi dan cukup untuk membuktikan orang itu telah mengundi.

Ada gambar-gambar jari yang mereka sebarkan semalam menunjukkan langsung tidak ada kesan dakwat kekal di jari pengundi. Itu adalah pembohongan yang direka cipta oleh mereka semata-mata. 

Allah maha kaya, Allah maha besar dan Allah akan menyebelahi pihak yang benar. Mereka boleh merancang, mereka boleh menipu, mereka boleh memfitnah, tapi Allah jua yang menentukan.

Kerja jahat mereka kantoi. Yang mengantoikan mereka adalah jam tangan yang dipakai oleh salah seorang pemfitnah. 
Pusat pengundian awal dibuka jam 8 pagi. Mereka rakam gambar jari yang bersih daripada sebarang calitan jam 7.55 pagi. Lihat jam tangan yang dibulatkan. Gambar-gambar yang mereka sebarkan sebenarnya dirakam sebelum jari pegundi dicalit.

Lihatlah wahai rakyat Malaysia....

Lihatlah bagaimana jahatnya mereka merencanakan fitnah untuk menipu anda semua....

Jangan fikir panjang, jangan termenung panjang. Tekadkan diri anda bermula dari saat ini untuk mengajar mereka habisan-habisan atas kertas undi anda Ahad ini.

No comments:

Post a Comment