Mungkin analisis yang paling tepat mengenai tsunami Cina
semalam diberikan oleh Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek.
Beliau berkata pengundi Cina memikirkan mereka cukup
kekuatan dari segi jumlah undi untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Justeru, undi Cina, tidak kira di kubu kuat BN atau
sebaliknya menyaksikan DAP menjadi parti pembangkang utama di Parlimen dengan
38 kerusi.
Namun impian untuk ke Putrajaya tidak kesampaian, malah ada yang sinis mengatakan kereta Pakatan
Rakyat yang dipandu DAP tersungkur di kilometer 89 lebuh raya kerajaan
persekutuan.
Pertembungan blok kuasa politik Melayu
Sebaliknya apa yang dicipta bersama oleh pengundi Cina dan
DAP adalah pertembungan blok kuasa politik Melayu di bawah Umno berhadapan
dengan pengundi Cina yang mahu DAP memimpin negara ini.
Pengundi Cina begitu yakin DAP mampu mengangkat mereka ke
mercu kuasa, justeru isu-isu seperti hudud, fanatik agama oleh
pemimpin-pemimpin PAS tidak memberi kesan kepada mereka.
Kepada pengundi Cina, Anwar Ibrahim boleh menjadi perdana
menteri selagi beliau mengambil arahan daripada DAP.
Itulah perkiraan pengundi Cina namun sifir itu terbukti
salah. Mereka mengundi DAP namun DAP tidak mampu merealisasikan harapan mereka
kerana PKR dan PAS gagal memintas Umno.
Pengundi Cina tidak lagi sokong BN
Soi Lek kesal pengundi Cina termakan dengan bohong DAP
bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menentukan siapa bakal menubuhkan kerajaan
persekutuan.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) semalam
menunjukkan pengundi Cina tidak mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan
Barisan Nasional (BN).
Ia mula dipancarkan pada PRU 2008 dan hanya diterjemahkan
semalam apabila DAP menyapu 38 kerusi Parlimen dan 95 kerusi DUN sekali gus
mengekalkan majoriti dua pertiga di Pulau Pinang.
Kemenangan besar itu membenam MCA dan Gerakan, iaitu dua
rakan sekutu utama Umno.
MCA sudah pun menyatakan ia tidak akan menerima sebarang
tawaran untuk menganggotai jemaah kabinet manakala penyertaan Gerakan juga
dijangka amat minimum.
Dengan menolak MCA dan Gerakan demi memberi sokongan bulat
kepada DAP, tentunya akan ada suara-suara lantang meminta Umno, khususnya
Najib, “mengajar” pengundi Cina ini kalilah. - ANTARA POS -
**** MEMANG
KERAJAAN KENA AJAR BANGSA MATA SEPET INI ...JANGAN DOK BAGI MUKA
LANGSUNG LEPAS NI ...
No comments:
Post a Comment