Friday, 3 May 2013

PANAS : BN dah mengigil...... Pas Menang 54 Kerusi Parlimen Dalam PRU13 nie ...ehem-ehem...


Hebat betul propaganda oleh Naib Presiden PAS, Husam Musa apabila dengan penuh yakin mengisytiharkan PAS akan mampu memenangi 54 daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandingi parti itu dalam PRU-13.

Menurutnya, jumlah itu termasuklah 23 kerusi parlimen yang dimenangi PAS pada PRU 12 2008 yang kononnya mampu dipertahankan dari jatuh ke tangan BN.

Mentang-mentanglah langkahnya panjang dari DUN Salor di Kelantan tiba-tiba buang tabiat bertanding kawasan parlimen yang jauh beratus kilometer nun di Putrajaya, bab bermimpi pun jauh sampai melampaui alam nyata.

Jika keyakinan luar biasa Husam itu betul maknanya buat pertama kalinya PAS berjaya memecahkan rekod angka 30 kerana selama ini angka paling tinggi yang pernah digapai oleh PAS ialah 27 kerusi Parlimen pada PRU 1999.

Manakala paling sikit yang dikuasainya ialah 1 kerusi Parlimen sahaja semasa PRU 1986 berbanding sejumlah 98 kawasan yang ditandinginya.

Hakikatnya apa yang diperkatakan oleh Husam itu hanyalah umpama angan-angan Mat Jenin yang bermimpi di siang hari dan tidak pernah mengambil kira kemampuan sendiri dan keadaan semasa.

Entah dari tepi longkang mana kaji selidik tersebut diambil kita tak tahulah.

Realiti semasa sebenarnya langsung tak menyamai mimpi Mat Jenin yang dibayangkan oleh Husam kerana suasana PRU-13 sama sekali jauh berbeza dengan PRU-12.

Paling tinggi jumlah keseluruhan kerusi Parlimen yang boleh PAS kuasai tak sampai pun 20 kerusi, malah tak mustahil angka sebenar jauh lebih rendah berbanding jangkaan tersebut.

Tapi itulah karakter sebenar Husam, dari dulu sampai sekarang memang jarang benar anak didik Mursyidul Am PAS itu bercakap sambil tunduk melihat bumi, sebaliknya memanjang saja mendongak ke langit semacam orang tak sedar diri.

No comments:

Post a Comment