Ini kerja orang politik..! lepas bertungkus lumus melobi
menjadi calon sama ada winable @ wincable candidate...kini kerja mereka terarah
kepada pengisian jawatan didalam kerajaan.
Setelah semua negeri selesai kecuali Selangor yang masih
berpencak, pihak BN hanya menunggu Mad
Hassan mengangkat sumpah sebagai MB Negeri Sembilan esok serta Khaled Nordin
dan barisan EXCO di Johor mengambil giliran pada Selasa depan kini semua mata tertumpu
kepada Najib yang bakal mengumumkan barisan Jemaah Menteri Kabinetnya yang
dijangka diumumkan minggu depan.
Di Kuala Lumpur berbuih buih mulut para pengulas politik
membayangkan itu dan ini. Tak menang tangan makcik cleaner membersihkan lantai
yang licin disebabkan banyaknya air liur yang menyembur nyembur berhujah bagi
memuktamadkan hujah masing masing.
Seperti mana budaya semasa melobi menjadi calon tempohari,
mereka yang mempunyai jalan wincable juga tidak langsung berganjak sama ada
diri mahupun wakil mereka dari ibu kota.
Usaha memegang lutut, menampak muka, berkeliaran di bangunan
UMNO, di PWTC, di Riverside, di Seri Pacific, di Putrajaya malah ada yang
bertunggu tagan di rumah pucuk pimpinan pun tak surut surut.
Ada yang menyebut Anuar Musa kembali, KJ diberikan tempat,
Razali dan Latif naik pangkat, Tok Pa kekal, Nazri tetap menjadi 'chief' di
Parlimen, Fadillah dan Rohani dari PBB turut bergelar YB Menteri malah ada yang
mengatakan bahawa Bung Mokhtar bakal bergelar YB Timbalan Menteri.
Namun itu semua masih cakap cakap..! masih rumour! masih
bayangan..! hakikatnya Najib yang tahu, Najib yang memilih pasukan idamannya.
Namun ada juga berita yang mengatakan ada Senator yang bakal
dilantik dan diberikan tempat sebagai Menteri.
Sebagai contoh... Keakraban hubungan Najib dan Farid Redzuan
yang turut bersama sama memberikan idea dalam menentukan calon wincable
candidate tempohari juga menyaksikan nama beliau ditempatkan sebagai bakal
Menteri yang menerajui Kementerian Penerangan.
Kalau Farid yang tak reti membezakan iklan hari raya dengan
iklan krismas yang terpaksa ditarik balik oleh tv3 diberikan tempat..alamat
yang gelap tak terang terang malah yang terang takut jadi malap..! Menteri
bukan setakat menjadi CEO syarikat...
Itu sebab sekor lagi Senator yang berjawatan Menteri macam
Idris Jalang yang begitu bernafsu dengan idea PEMANDU nya hampir sahaja
menyebabkan Najib masuk longkang dalam PRU 13 yang lalu.
Sejauh mana KPI dan strategi lautan biru terang atau biru
gelap deris jalang ni telah berjaya mewujudkan pengundian berskala besar
mengikut polarisasi kaum? tapi tentu keputusan ini suatu rahmat bagi nya kerana
masih ada yang boleh dipersalah dan di kambing hitamkan..! tak gitu? Tentu
sukun pun setuju kan?
Barisan ahli Kabinet dan kewujudan kembali Kementerian
Pembangunan Usahawan yang menjadi tulang belakang dalam menjaga kepentingan
orang Melayu dan Bumiputera amat diharapkan oleh pengundi tegar BN dalam PRU
kali ini.
Najib mesti menimbang sebaik mungkin, Najib perlu berani
bertegas didepan cina dan perlu lebih memahami rintihan dan kegusaran orang
Melayu dan Bumiputera.
Betul...masa kerajaan tahu semua telah berakhir tapi masa
pemimpin sentiasa benar juga mesti dilihat kewajarannya.
Jangan ditanya kepada penepuk ponggong dan penjilat kerana
usai menepok dan menjilat selesai la urusan mereka berbanding tangan tangan dan
lidah yang setia, taat, gigih dan tidak pernah jemu dalam mempertahan dan
menjulang Barisan Nasional kekal
berkuasa di Putrajaya.
Lu Fikir La Sendiri!!!
No comments:
Post a Comment