Hari ini aku telah menunaikan kewajipan maha besar sebagai seorang warganegara dalam sebuah negara demokrasi untuk memilih kerajaan yang sah dan berwibawa.
Aku sebagai anggota keselamatan sangat teruja dan berbangga dapat mengundi awal pada 30/4/2013. Aku bangun seawal pagi untuk solat subuh dan bersiap siap untuk ke pejabat. Aku lihat diri di cermin sambil tersenyum puas betapa segaknya aku.
Sampai di pejabat terus ke pusat mengundi dengan harapan biarlah aku orang yang pertama dapat mengundi...rupa rupanya sudah ramai yang beratur terlebih dahulu. Di wajah mereka tergambar semangat yang amat tinggi dan begitu segak sekali dengan uniform BIRU.
Proses mendaftar diri dan di calit pewarna unggu gelap sedikit kemerahan di jari telunjuk kiri berjalan lancar sehingga diberi dua helai kertas undi, satu untuk Parlimen dan satu lagi untuk DUN. Aku sudah bertekad parti mana yang akan dipangkah.
Sebaik sahaja aku hendak menunaikan tanggungjawab...tiba tiba sahaja hati ini begitu sebak dan tanpa disedari air mata menitis di pipi....ketika itu aku terbayang rakan rakan ku yang telah terkorban demi mempettahanksn negars tercinta ini...lebih lebih lagi yang terkorban di LAHAD DATvU. Mereka telah terlepas peluang untuk mengundi memilih kerajaan...betapa walaupun anggota keselamatan dihina sehinanya aku tetap reda mempertahankan negara. Hati ku semakin sebak mengenangkan bangsa ku di hina di tanah air sendiri...agamaku dicaci oleh si kafir dan umat Islam sendiri yang mendakwa mereka lebih Islam dari orang lain...Ya ALLAH ya Tuhan ku... kalimah suci Mu yang maha agung dijual beli dan dihina sehinanya....tidak takutkah mereka azab pedihmu di akhirat nanti....demi kuasa dan kerakusan harta mereka sanggup menghina tuhan mereka sendiri. Nauzubillahiminzalik..
Tanpa ragu ragu...dengan kalimah suci Bismillahirrahmanirrahim...aku
No comments:
Post a Comment