Laman web dedahkan hubungan baik AS, Anwar
Kuala Lumpur: Organisasi pemantau pilihan raya didakwa
mendapat pembiayaan kerajaan asing untuk menghapuskan parti pemerintah di
negara ini.
Menurut Global Research dalam laman web
www.globalresearch.ca, organisasi Merdeka Center dibiayai oleh Amerika Syarikat
menerusi National Endowment for Democracy (NED) untuk menyokong beberapa
perkara tertentu berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Penekanan diberi kepada dakwaan penipuan sebelum PRU-13.
Ada pengundi yang mengundi awal memberitahu berita British Broadcasting
Cor-poration (BBC) bahawa dakwat kekal yang sepatutnya bertahan beberapa hari
mudah untuk dicuci.
Kes dakwat kekal
“Seorang pengundi dari Skudai mengatakan ia (dakwat kekal)
hanya hilang dengan menggunakan air dalam tempoh beberapa saat saja, manakala
seorang lagi pengundi yang dicalit dengan dakwat kekal yang mengundi jam 10
pagi membersihkannya pada jam 12 tengah hari.
“Jika dia mendaftar menggunakan nama lain dan kad pengenalan
di kawasan lain, dia boleh mengundi sekali lagi sebelum jam 5 petang,” kata
Global Research.
Kata laman web itu lagi, pembangkang juga menuduh kerajaan
membiayai penerbangan untuk pengundi, tetapi ia dinafikan oleh kerajaan.
“Merdeka Center juga menerima laporan yang tidak disahkan
bahawa warga asing diberi kad pengenalan dan dibenarkan untuk mengundi,”
katanya.
Laman web itu juga menjelaskan hubungan Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat tidak berakhir
menerusi Merdeka Center, tetapi diteruskan dengan gerakan pembangkang iaitu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).
Berikut adalah laporan wartawan Amerika, Tony Cartalcucci
dari media Canada, Global Research yang menganggap Anwar Ibrahim adalah AGEN,
BARUA dan PROXY AMERIKA di Malaysia.
Tony Cartalucci berkata Amerika berbelanja besar mahu
gulingkan BN dan menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri yang akan jadi suruhan
Amerika di Malaysia bagi memenuhi rancangan Amerika mahu mengepung dan
berperang dengan China di masa depan.
Beliau berkata Amerika lah yang membentuk dan mengekalkan
NGO palsu di Malaysia seperti Bersih dan Merdeka Center.
Tony Cartalucci berkata kerajaan Amerika, melalui KEMENTERIAN
LUAR AMERIKA (Jabatan Negara Amerika) telah salurkan berjuta dolar pada NGO
anti-kerajaan di Malaysia seperti Bersih dan Merdeka Center.
Katanya Kerajaan Amerika gunakan agensi Kementerian Luar
nya, NED (National Endowment for Democracy) untuk menyalur duit kepada
pembangkang diMalaysia dan menghasut pembangkang Malaysia berperang dengan
kerajaan BN di Malaysia dan menggulingkan kerajaan Malaysia.
Amerika gunakan taktik sama di RUSSIA, MESIR, LIBYA, SYRIA,
LEBANON dan VENEZUELA.
Beliau berkata Amerika Syarikat negara paling kecewa dengan
keputusan PRU13 Malaysia apabila PM Malaysia Najib Razak menang selesa dalam
PRU 13 baru2 ini.
Sedutan sebahagian laporan dari Tony Cartalucci:
Despite the US mobilizing the summation of its media power
and pouring millions of dollars into the opposition party, including the
creation and perpetuation of fake-NGOs such as Bersih and the Merdeka Center,
Malaysian Prime Minister Najib Razak sailed to a comfortable victory in this
year’s general elections. The cheap veneer has begun peeling away from
America’s “democracy promotion” racket, leaving its proxies exposed and
frantic, and America’s hegemonic ambitions across Asia in serious question.
Laporan Tony Cartalucci adalah dari sini: http://www.globalresearch.ca/malaysia-failure-of-u-s-to-subvert-the-elections-and-install-a-proxy-regime/5334439
Suara Politik
Belantan
Dicatat oleh Taminsari
No comments:
Post a Comment