Wednesday, 1 May 2013

PKR SABAK BERNAM RASUAH PENDUDUK KAMPUNG RM120 UNTUK UNDI PAKATAN!! ???


JANJI pakatan memang bukan untuk ditunaikan. Mereka hanya pandai berjanji sedangkan yang melaksanakan adalah kerajaan Barisan Nasional. Apabila tidak dapat menunaikan janji maka disalahkannya Barisan Nasional kerana tidak membantu rakyat. Itulah perangai bangsat puak pakatan ni.

Inilah yang terjadi baru-baru ini di Sabak Bernam dimana calon parlimennya adalah Aziz Bari dari PKR. Penduduk kampung Sungai Tengar Utara telah dijanjikan dengan pemberian hak pemilikan tanah yang sedang mereka usahakan sebelum pembubaran parlimen lagi. Perkara ini telah diuruskan oleh PKR Sabak Bernam melalui Aziz Bari yang kononnya mahu memberi harapan baru kepada penduduk Sabak Bernam.

Para penduduk Sungai Tengar Utara, Sungai Air Tawar diminta untuk membayar RM380 untuk kerja-kerja mengukur tanah kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam. Seramai 300 orang penduduk kampung telah membayar RM380 dengan harapan perkara ini akan selesai kerana sudah lebih 2 tahun sejak pakatan memerintah mereka masih belum mengetahui status tanah yang sedang mereka usahakan dengan tanaman-tanaman kontan seperti sayur.

Tapi malangnya, selepas hari penamaan calon 20 April yang lalu, satu majlis telah dibuat oleh PKR Sabak Bernam dan memanggil semua 300 orang penduduk kampung untuk memulangkan semula duit upah ukur tanah RM380 beserta duit 'tutup mulut' RM120 kepada semua pemohon. Dengan bangganya Aziz Bari mengatakan kepada pemohon yang hadir bahawa kes ini telah selesai dan tidak perlu dibesar-besarkan.



Dengan merasuah penduduk Kampung Sungai Tengar Utara, Aziz Bari beranggapan yang dirinya akan selamat namun ternyata meleset apabila penduduk kampung akan menentang PKR habis-habisan. Dan yang lebih musykil apabila tanah yang dipohon oleh mereka sejak sekian lama dan telah pun diusahakan dikatakan perlu dipulangkan kembali kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Mana janji Aziz Bari yang dikatakan pakar undang-undang telah berjanji mahu membawa kes ini ke mahkamah berdasarkan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan hak tanah ini milik sama rata. Sampai sekarang Aziz Bari tidak langsung memberi sebarang jawapan. Dengan hanya memberi RM120 sebagai duit 'tutup mulut' Aziz Bari beranggapan perkara ini telah pun selesai.

Ternyata pemimpin pakatan hanya pandai berjanji, tetapi tidak pernah ditepati.

Hari ini, lebih kurang 38 orang ahli serta penyokong pakatan Sabak Bernam telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pemangku Ketua Bahagian Sabak Bernam, Dato' Warno Dogol  bagi UMNO cawangan Simpang 4 BNO dan berikrar akan memberikan sokongan dan undi mereka kepada calon-calon dari Barisan Nasional.




No comments:

Post a Comment