Kekecohan yang ditimbulkan oleh PR/PKR dengan kehadiran pengundi "hantu" dari Bangladesh dan Myanmmar diprovoksikan oleh mereka, seolah-oleh perjalan pilihanraya PRU13 adalah paling kotor dan penuh penipuan oleh SPR yang kononnya didalangi kerajaan Barisan Nasional
Monday, 13 May 2013
Suara Bangla : Keadilan Takut Disaman, Mohon Maaf
Nampaknya ada juga rakyat Malaysia yang tak tahu nyanyi lagu kebangsaan, Negara Ku ..
Kekecohan yang ditimbulkan oleh PR/PKR dengan kehadiran pengundi "hantu" dari Bangladesh dan Myanmmar diprovoksikan oleh mereka, seolah-oleh perjalan pilihanraya PRU13 adalah paling kotor dan penuh penipuan oleh SPR yang kononnya didalangi kerajaan Barisan Nasional
Kekecohan yang ditimbulkan oleh PR/PKR dengan kehadiran pengundi "hantu" dari Bangladesh dan Myanmmar diprovoksikan oleh mereka, seolah-oleh perjalan pilihanraya PRU13 adalah paling kotor dan penuh penipuan oleh SPR yang kononnya didalangi kerajaan Barisan Nasional
Video Sumbang Ustazah Dap ?!! (Nikah Sahaja)
Nama ibunya Dato Zubaidah Ariff. Keluarga mereka dikatakan mendapat kekayaan ketika berada di dalam UMNO.
Semasa berlakon dalam promo DAP, beliau bertudung litup sehingga menutup dagu. Teramat alimnya. Nak lihat rupa sebenar agen DAP ini, lihatlah dua gambar di bawah. Rambut berwarna-warni.
Semasa berlakon dalam promo DAP, beliau bertudung litup sehingga menutup dagu. Teramat alimnya. Nak lihat rupa sebenar agen DAP ini, lihatlah dua gambar di bawah. Rambut berwarna-warni.
Jangan tertipu dengan mainan agen DAP ini. Gambar kedua dari bawah adalah sewaktu PRU13 yang lepas dan bukannya gambar lama. Beliau bergambar bersama Nurul Izzah sewaktu kempen di Bangsar. Rupa sudah seperti nyonya tua.
Richard Branson Tunai Pertaruhan Jadi Pramugari AirAsia X
SEPANG - Penerbangan AirAsia X ke Kuala Lumpur dari Perth, Australia mendarat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini dengan hartawan penerbangan Sir Richard Branson memakai mekap dan kasut tumit tinggi, bertugas sebagai pramugari dalam penerbangan itu,
Memakai pakaian seragam berwarna merah pramugari syarikat penerbangan itu, pengerusi Virgin Group itu, bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan penumpang penerbangan A330 itu tiba di LCCT pada 12.30 tengah hari dan disambut lebih 50 orang yang 'terhibur' dengan penampilan Branson.
Beliau berlepas dari Perth awal hari ini dengan penerbangan amal bagi mengumpul dana itu bagi menunaikan janjinya setelah kalah dalam pertaruhan dengan Fernandes pada Grand Prix lebih dua tahun lepas.
Pertaruhan itu berjaya membantu Branson yang memakai skirt merah seksi itu untuk mengumpul sumbangan kira-kira AU$300,000 untuk disalurkan kepada Starlight Children's Foundation di Australia.
Pertaruhan antara Branson dan Fernandes berlaku lebih dua tahun lepas berhubung mana satu pasukan Formula Racing pilihan mereka menamatkan saingan pada kedudukan lebih tinggi pada Grand Prix Formula One 2010 di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu.
Team Lotus pilihan Fernandes menamatkan saingan di tempat ke-10 manakala pasukan pilihan Branson, Marussia Virgin Racing di tempat ke-12 pada ranking final.
Semasa ditemui pemberita, Fernandes berkata penerbangan itu merupakan satu daripada penerbangan "menarik dan menyeronokkan" yang dialami beliau dan penumpang, dan menurutnya sungguh mengagumkan bagaimana pertaruhan seumpama itu boleh menjadi acara media dan berjaya mengumpul dana untuk golongan memerlukan.
Branson dalam ucapan ringkasnya berkata beliau gembira akhirnya dapat menunaikan janjinya itu dan membantu dalam aktiviti amal.
"Saya gembira dengan kesudian Tony (Fernandes), yang saya kalah dalam pertaruhan dengannya, bersedia membantu saya dalam penerbangan ini. Saya percaya kami melayani penumpang dengan baik dan mereka terhibur. Ia sungguh menyeronokkan," katanya.
Ditanya sama ada akan ada lagi pertaruhan antara mereka, Fernandes berkata beliau dan Branson mahu berehat seketika dan menumpukan pada perancangan masa depan.
"Beliau mahu saya pergi ke angkasa dengan beliau dan mungkin saya akan pergi dan mungkin apabila kami berada di bulan, ada sesuatu untuk kami bertaruh," katanya.
- Bernama
Memakai pakaian seragam berwarna merah pramugari syarikat penerbangan itu, pengerusi Virgin Group itu, bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan penumpang penerbangan A330 itu tiba di LCCT pada 12.30 tengah hari dan disambut lebih 50 orang yang 'terhibur' dengan penampilan Branson.
Beliau berlepas dari Perth awal hari ini dengan penerbangan amal bagi mengumpul dana itu bagi menunaikan janjinya setelah kalah dalam pertaruhan dengan Fernandes pada Grand Prix lebih dua tahun lepas.
Pertaruhan itu berjaya membantu Branson yang memakai skirt merah seksi itu untuk mengumpul sumbangan kira-kira AU$300,000 untuk disalurkan kepada Starlight Children's Foundation di Australia.
Pertaruhan antara Branson dan Fernandes berlaku lebih dua tahun lepas berhubung mana satu pasukan Formula Racing pilihan mereka menamatkan saingan pada kedudukan lebih tinggi pada Grand Prix Formula One 2010 di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu.
Team Lotus pilihan Fernandes menamatkan saingan di tempat ke-10 manakala pasukan pilihan Branson, Marussia Virgin Racing di tempat ke-12 pada ranking final.
Semasa ditemui pemberita, Fernandes berkata penerbangan itu merupakan satu daripada penerbangan "menarik dan menyeronokkan" yang dialami beliau dan penumpang, dan menurutnya sungguh mengagumkan bagaimana pertaruhan seumpama itu boleh menjadi acara media dan berjaya mengumpul dana untuk golongan memerlukan.
Branson dalam ucapan ringkasnya berkata beliau gembira akhirnya dapat menunaikan janjinya itu dan membantu dalam aktiviti amal.
"Saya gembira dengan kesudian Tony (Fernandes), yang saya kalah dalam pertaruhan dengannya, bersedia membantu saya dalam penerbangan ini. Saya percaya kami melayani penumpang dengan baik dan mereka terhibur. Ia sungguh menyeronokkan," katanya.
Ditanya sama ada akan ada lagi pertaruhan antara mereka, Fernandes berkata beliau dan Branson mahu berehat seketika dan menumpukan pada perancangan masa depan.
"Beliau mahu saya pergi ke angkasa dengan beliau dan mungkin saya akan pergi dan mungkin apabila kami berada di bulan, ada sesuatu untuk kami bertaruh," katanya.
- Bernama
#PRU13 PANASS!! Rakyat Kelantan Minta BN Jangan Tunaikan Janji !!
Rakyat di kawasan Parlimen Gua Musang, mahu Kerajaan
Persekutuan membatalkan hasrat menunaikan tujuh janji dalam manifesto BN untuk
rakyat Kelantan.
Ini kerana secara keseluruhan rakyat negeri itu menolak BN
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lalu, dengan mengekalkan Pas di
Kelantan.
Sebaliknya, mereka mahu kerajaan menunaikan janji itu di
kawasan Parlimen dan Dun yang dimenangi BN sahaja.
Penduduk, Che Ahmad Said, 51, berkata, kawasan BN yang kalah
itu menunjukkan pengundinya menolak projek pembangunan, yang dijanjikan
kerajaan jika BN dapat memerintah Kelantan.
Beliau berkata, mereka langsung tidak memikirkan keperluan
kemudahan asas di kawasannya, dan masih mahu hidup mundur di bawah pemerintahan
kerajaan Pas.
"Oleh itu, Kerajaan Persekutuan hendaklah membatalkan
hasrat melaksanakan tujuh janji BN termasuk pembinaan Jalan Kota Bharu - Kuala
Krai dan beberapa projek lagi.
"Tak ada gunanya kerajaan melaksanakan kemudahan itu
jika rakyat di kawasan terbabit menolaknya, dengan tidak memberi kemenangan
kepada BN pada PRU13 lalu," katanya.
Hamzah Dol, 76, pula berkata, pengundi di kawasan lain perlu
mencontohi Gua Musang, yang masih kekal memberi kemenangan kepada BN pada PRU13
lalu kerana mahukan kemajuan dikawasan berkenaan.
"Pembangunan yang lebih pesat di kawasan Parlimen itu
sejak berpuluh tahun lalu, memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus
menikmati pembaharuan,"katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, bukan sahaja kemudahan jalan, juga kemudahan
lain yang boleh meningkatkan taraf ekonomi rakyat yang masih dahagakan
kemajuannya.
"Tambahan pula Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai banyak
pengalaman dalam pentadbiran, sekali gus akan membangunkan lagi kawasan
berkenaan," katanya. - Sinar.
Sunday, 12 May 2013
Nik Nazmi Sahkan Hudud Hanya Mainan Politik PR
Ini ada seorang pemimpin muda dalam PKR yang secara terang terangan menolak hukum hudud.
Adakah PAS berani untuk mengatakan bahawa beliau kini kafir atau buat buat tak nampak apa yang diperkatakan oleh Nik nazmi?
PAS mungkin tidak berani mengatakan begitu kerana Nik Nazmi adalah anak muda kesayangan PKR dan jika PAS mengatakan begitu, sudah pasti PAS akan ditempelak dengan hebat.
PAS selama ini begitu taksub dengan hukuman hudud dan ianya selalu di keluarkan apabila tiba musim pilihanraya.
Tapi jelas dapat kita lihat apabila tamat sahaja pilihanraya umum, maka hudud versi PAS akan lenyap dan ianya akan timbul semula pada pilihanraya akan datang.
Hudud versi PAS sentiasa menjadi persepsi apabila tiba musim pilihanraya dan ini juga menjadi senjata kepada pakatan pembangkang dalam usaha untuk memburuk burukkan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.
Namun apabila Nik Nazmi mengatakan sebegini, apakah tindakan PAS? Adakah mereka akan terus berdiam diri atau cuba untuk menjadikan ianya sebagai satu isu dimana PKR tidak menerima hudud?
PAS tidak boleh double standard dalam hal hal sebegini sekiranya mereka benar benar berjuang untuk mewujudkan undang undang Islam tersebut di Malaysia.
- SUMBER
TINDAKAN MB MAT SAID BENAR-BENAR TEPAT!!! PM PATUT TIRU MACAM MB MAT SAID!!!
Kalau semalam, MB Terengganu, Mat Said telah memutuskan untuk tidak membina rumah-rumah mampu milik di kawasan yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS, hari ini pula, para pecacai dan pemimpin PAS Terengganu bertambah meroyan apabila Mat Said memutuskan bahawa tiada seorang pun pegawai penyelaras BN akan dilantik di kawasan-kawasan yang BN kalah.
Tindakan tersebut merupakan tindakan yang paling tepat dan wajar!
Selangor menyaksikan penyelaras-penyelaras DUN dan Parlimen di kawasan-kawasan BN kalah, bukan sahaja tidak bekerja tetapi juga menyebabkan BN kalah lebih teruk berbanding tahun 2008. Lebih teruk lagi, kalau diperhatikan di Kelantan, ramai yang mengatakan, mereka sengaja mahu kalah kerana mahukan peruntukan untuk penyelaras dari UMNO dan BN Pusat.
Banyak sangat peruntukan turun untuk pegawai penyelaras. Memang betullah, duit yang diturunkan itu untuk buat kerja sekaligus menarik pengaruh dan sokongan untuk Barisan Nasional. Namun, itu sekadar teori. Hakikatnya, ia tidak berfungsi langsung. Bahkan kerana peruntukan untuk penyelaras-penyelaras itu jugalah yang membuatkan UMNO dan Barisan Nasional kawasan semakin berterabur dan bergaduh besar.
Sebabnya, masing-masing tidak puas hati apabila peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti kepartian, tidak sampai ke sasaran. Sebaliknya penyelaras-penyelaras pula yang lebih sibuk berada di Kuala Lumpur dan berbelanja besar untuk diri sendiri!
Nampaknya keputusan Mat Said membuatkan pemimpin-pemimpin PAS Terengganu tidak berpuas hati. Punca tidak puas hati mereka, bukannya susah sangat hendak diterjemahkan.
Mereka tidak berpuas hati kerana rakyat yang bermasalah di kawasan masing-masing akan mendapatkan wakil-wakil rakyat yang dipilih dari Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan masalah mereka. Selama ini, wakil-wakil rakyat Pakatan boleh bersenang lenang, berceramah dan berkempen sampai ke luar kawasan. Manakala masalah-masalah rakyat pula diserahkan kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk diselesaikan.
Apabila MB Mat Said mengambil keputusan sebegitu rupa, nampaknya wakil-wakil rakyat dan para pemimpin PAS Terengganu terutamanya, tidak mampu lagi berselindung dan menutup tembelang mereka dengan cakap pandai. Bahkan baru kali inilah mereka akan menggunakan otak untuk mula bekerja dan menyelesaikan masalah rakyat yang mereka tidak pernah peduli selama ini.
Cakap pandai sangat... bila Mat Said kata tak ada lagi pegawai penyelaras Barisan Nasional di kawasan yang dimenangi oleh PAS, kelam-kabut pula syaitan-syaitan yang berkepiah putih itu.
Bukan susah pun kenapa mereka jadi macam tu... sudah tentulah sebab mereka akan terlalu sibuk selepas ini. Itu pun kalau mereka nak buat kerja ler... kalau tidak, mereka boleh menyatakan bahawa kempen dan ceramah politik itu sama nilainya dengan tahap kerja menyelesaikan masalah rakyat sepertimana yang sering didendangkan oleh para pemimpin PAS Kelantan dan dihadam serta diterima pula oleh rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan!!!
Apa lagi puak-pauk PAS ooiii... ni ler masanya untuk tunjuk yang korang boleh buat kerja dan lebih pandai daripada orang UMNO sepertimana yang korang selalu duk gebangkan!!!
SUMBER
Gagal Peroleh Majoriti Kerusi... Ketua AMK Selangor Salahkan PAS!
Asyik PKR je yang serang PAS.. Bila pula PAS nak serang PKR
ni?? Mana maruah puak PAS? senang-senang je boleh kena lepang, sepak terajang!
Malulah bila tengok Parti yang dinamakan Parti Islam dibuli
macam ni! Mana maruah korang beb! Sampai bila PAS nak jadi kuda tungangan
PKR-DAP, sampai bila??
AntaraPos - Kegagalan PKR memperolehi kerusi majoriti pada
Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) Ahad lalu dikatakan berpunca daripada sikap
rakan kompenan Pakatan Rakyatnya sendiri, dakwa Azmizam Zaman Huri.
Ketua AMK Selangor itu berkata, ini kerana ekoran kedegilan
PAS yang tetap mahu meletakkan calonnya di kerusi DUN Kota Damansara.
Malah, menurut Azmizam PKR pastikan akan menang mudah di
kawasan itu jika PAS tidak berbuat demikian sekali gus membolehkan PKR memperoleh
jumlah kerusi yang sama.
Keputusan PRU13 Ahad lalu menyaksikan PAS dan DAP
masing-masing memperoleh 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR 14 kerusi,
manakala Barisan Nasional (BN) 12 kerusi dan jika dilihat secara individu,
tidak ada satupun parti politik memperolehi kerusi majoriti untuk memerintah.
Dengan ketiadaan majoriti itu, PAS, PKR dan DAP perlu
membentuk sebuah kerajaan campuran di Selangor
“PKR seharusnya memenangi jumlah kerusi yang sama atau lebih
jika merujuk kepada kerusi DUN Kota Damansara dan DUN Semenyih yang menunjukkan
calon PKR tewas akibat pertembungan tiga penjuru yang salah satunya ditandingi
PAS iaitu di Kota Damansara,” katanya dalam satu kenyataan.
Azmizam juga turut menegaskan bahawa kerusi Menteri Besar
Selangor yang sehingga kini menjadi teka-teki tidak boleh bergantung kepada
bilangan kerusi DUN sahaja seperti yang didakwa PAS sebelum ini.
Beliau turut menempelak PAS Selangor agar tidak mempertikaikan
kerusi Menteri Besar Selangor sekaligus memberi ruang untuk parti itu memilih
calonnya.
Dalam pada itu, beliau juga turut mempersoalkan tindakan DAP
memberi laluan kepada wakil PAS menjadi Menteri Besar di Perak pada 2008
meskipun DAP memenangi lebih banyak kerusi DUN atas semangat pakatan
pembangkang.
Kuasa Melayu & Kuasa Bumiputera Bakal Halang Agenda Proksi Kuasa Asing !!
PRU13 menyaksikan siapa setia..siapa kawan dan siapa musuh dalam selimut Barisan Nasional.
Bayangkan hanya 3% sahaja Undi yang dapat dari Bangsa Cina..kemana ahli MCA ? Apakah kerana Ahli MCA juga bersubahat dengan Dap dan juga membuat perjanjian Iblis dengan pakatan haram jadah ?
"Ini Hari Lah.." adalah sms terakhir yang d hantar pada pagi..seawal 645am khas untuk semua Cina termasuk ahli MCA ? terlebih dahulu puok ni guna slogan "inikalilah".. dan d pagi 5 Mei muncul kata-kata semangat bahawa Malaysia bakal mereka tawan pada tarikh tersebut..akhirnya keputusan Allah mengatasi keputusan makhluk yang punyai agenda jahat..agenda jual Malaysia pada kuasa asing ? Baca d SINI
Kalau kita lihat nisbah jumlah kaum mengikut peratusan..perati elok-elok..Pulau Pinang contohnya..kita tak yah mimpi sampai bila-bila..dan mereka juga akan kata kalau Melayu kekal bersatu dengan Bumiputera dan India kekal setia maka..usah mimpilah nak kuasai MAlaysia dan jual Malaysia pada negara Asing !! tuuuiHH !! baca d SINI
Usaha Jatuhkan Kerajaan : Anwar Ibrahim adalah AGEN, BARUA dan PROXY AMERIKA di Malaysia.
Laman web dedahkan hubungan baik AS, Anwar
Kuala Lumpur: Organisasi pemantau pilihan raya didakwa
mendapat pembiayaan kerajaan asing untuk menghapuskan parti pemerintah di
negara ini.
Menurut Global Research dalam laman web
www.globalresearch.ca, organisasi Merdeka Center dibiayai oleh Amerika Syarikat
menerusi National Endowment for Democracy (NED) untuk menyokong beberapa
perkara tertentu berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Penekanan diberi kepada dakwaan penipuan sebelum PRU-13.
Ada pengundi yang mengundi awal memberitahu berita British Broadcasting
Cor-poration (BBC) bahawa dakwat kekal yang sepatutnya bertahan beberapa hari
mudah untuk dicuci.
Kes dakwat kekal
“Seorang pengundi dari Skudai mengatakan ia (dakwat kekal)
hanya hilang dengan menggunakan air dalam tempoh beberapa saat saja, manakala
seorang lagi pengundi yang dicalit dengan dakwat kekal yang mengundi jam 10
pagi membersihkannya pada jam 12 tengah hari.
“Jika dia mendaftar menggunakan nama lain dan kad pengenalan
di kawasan lain, dia boleh mengundi sekali lagi sebelum jam 5 petang,” kata
Global Research.
Kata laman web itu lagi, pembangkang juga menuduh kerajaan
membiayai penerbangan untuk pengundi, tetapi ia dinafikan oleh kerajaan.
“Merdeka Center juga menerima laporan yang tidak disahkan
bahawa warga asing diberi kad pengenalan dan dibenarkan untuk mengundi,”
katanya.
Laman web itu juga menjelaskan hubungan Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat tidak berakhir
menerusi Merdeka Center, tetapi diteruskan dengan gerakan pembangkang iaitu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).
Berikut adalah laporan wartawan Amerika, Tony Cartalcucci
dari media Canada, Global Research yang menganggap Anwar Ibrahim adalah AGEN,
BARUA dan PROXY AMERIKA di Malaysia.
Tony Cartalucci berkata Amerika berbelanja besar mahu
gulingkan BN dan menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri yang akan jadi suruhan
Amerika di Malaysia bagi memenuhi rancangan Amerika mahu mengepung dan
berperang dengan China di masa depan.
Beliau berkata Amerika lah yang membentuk dan mengekalkan
NGO palsu di Malaysia seperti Bersih dan Merdeka Center.
Tony Cartalucci berkata kerajaan Amerika, melalui KEMENTERIAN
LUAR AMERIKA (Jabatan Negara Amerika) telah salurkan berjuta dolar pada NGO
anti-kerajaan di Malaysia seperti Bersih dan Merdeka Center.
Katanya Kerajaan Amerika gunakan agensi Kementerian Luar
nya, NED (National Endowment for Democracy) untuk menyalur duit kepada
pembangkang diMalaysia dan menghasut pembangkang Malaysia berperang dengan
kerajaan BN di Malaysia dan menggulingkan kerajaan Malaysia.
Amerika gunakan taktik sama di RUSSIA, MESIR, LIBYA, SYRIA,
LEBANON dan VENEZUELA.
Beliau berkata Amerika Syarikat negara paling kecewa dengan
keputusan PRU13 Malaysia apabila PM Malaysia Najib Razak menang selesa dalam
PRU 13 baru2 ini.
Sedutan sebahagian laporan dari Tony Cartalucci:
Despite the US mobilizing the summation of its media power
and pouring millions of dollars into the opposition party, including the
creation and perpetuation of fake-NGOs such as Bersih and the Merdeka Center,
Malaysian Prime Minister Najib Razak sailed to a comfortable victory in this
year’s general elections. The cheap veneer has begun peeling away from
America’s “democracy promotion” racket, leaving its proxies exposed and
frantic, and America’s hegemonic ambitions across Asia in serious question.
Laporan Tony Cartalucci adalah dari sini: http://www.globalresearch.ca/malaysia-failure-of-u-s-to-subvert-the-elections-and-install-a-proxy-regime/5334439
Suara Politik
Belantan
Dicatat oleh Taminsari
Saturday, 11 May 2013
KECOH BILA DS NAJIB TIBA DI HOSPITAL PULAU PINANG
Ini adakah situasi apabila ketibaan PM DS Najib Razak
bersama DS Rosmah Mansor di hospital besar Pulau Pinang. Semalam heboh
mengatakan bahawa macai macai bangsat DAP akan membuat onar dan bakal membuat
huru hara. Tapi hari ini tiada apa yang berlaku. Ada jugak macai yang memakai
baju inikalilah akan tetapi berada di kedudukan agak jauh. Bukan ramai pun
depa. MKP serta rakan rakan yang hadir cuma bersedia mempertahan PM dari
dimalukan olah bangsat nie semua.
Dari permerhatian MKP, DS Najib sanggup datang melawat
mantan menteri besar Kedah walaupun berbeza fahaman politik. Pekara yang sama
jugak apabila tuan guru nik aziz terlantar di hospital.
MKP tak nampak pulak pemimpin UMNO pulau pinang yang hadir
bersama DS Najib. Apa dah jadi? Jika dulu berkepit kesana sini akan tetapi kali
nie dah tak nampak muka.Takkan dah kalah terus menyepikan diri
CONFIRM ANWAR ADALAH AGEN ZIONIS YANG MAHU HANCURKAN MALAYSIA! INI BUKTINYA
Wahai Melayu Yahudi yang sokong Anwar bagai nak gila, cuba kamu terangkan pada kita semua, apa benda ni? Ini orang Amerika yang lapor tau? Sedarlah wahai bangsaku! Sudah-sudahlah kamu diperlembukan oleh manusia durjana bernama Anwar ni!
Kalau nak baca kat link artikel ini, KLIK SINI
Kita tengok PAS pun dah kata terima saja keputusan PRU 13 ni, begitu jugak gang-gang Azmin, malah adun DAP juga telah mengesahkan tidak berlaku penipuan. Tapi kenapa Anwar gelabah semacam? Dia dah berjanji dengan Zionis yang dia akan menang, bila tak menang dia cuba jugak nak menang dengan menganjurkan demonstrasi!
Dulu ramai rakan dalam Pakatan support dia, kini cuma DAP saja yang beria-ia dengan anwar. DAP pun dah takut sebab Cina semua dah harap DAP menang, mereka dah sokong abis sampai 97%. Alih-alih kalah, Anwar kena jawab dengan Amerika manakala DAP kena jawab ngan pengundi Cina.
Nak tutup cerita kasi bikin havoc la, tapi kenapa melayu yang bersengkokol dengan Anwar tak boleh nampak? Why?
Kalau nak baca kat link artikel ini, KLIK SINI
Kita tengok PAS pun dah kata terima saja keputusan PRU 13 ni, begitu jugak gang-gang Azmin, malah adun DAP juga telah mengesahkan tidak berlaku penipuan. Tapi kenapa Anwar gelabah semacam? Dia dah berjanji dengan Zionis yang dia akan menang, bila tak menang dia cuba jugak nak menang dengan menganjurkan demonstrasi!
Dulu ramai rakan dalam Pakatan support dia, kini cuma DAP saja yang beria-ia dengan anwar. DAP pun dah takut sebab Cina semua dah harap DAP menang, mereka dah sokong abis sampai 97%. Alih-alih kalah, Anwar kena jawab dengan Amerika manakala DAP kena jawab ngan pengundi Cina.
Nak tutup cerita kasi bikin havoc la, tapi kenapa melayu yang bersengkokol dengan Anwar tak boleh nampak? Why?
Posted by House PK
Gambar Terkini Ustaz Azizan .. Bersama Kita Mendoa dan MengAminkannya ...
Gambar terkini Ustaz Azizan Razak
" ya Allah , sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang , dengan rahmat-Mu , maka berilah kesabaran dan ketabahan kepada Ustaz Azizan Razak untuk melalui saat-saat sukar ini , permudahkanlah kepadanya untuk menjalankan kehidupannya selepas ini , jadikanlah setiap kesakitannya sebagai pahala, penghapus dosa serta meningkatkan darjatnya di syurga , berilah kesihatan yang baik bagi memudahkannya meneruskan dakwah Islamiah di tanah air kami tercinta ini "
Berapa orang Islam yang sedang ONLINE sekarang ini ?? Jom sama-sama " AMIIN " kan doa ini . Kita semua tanpa mengira parti marilah sama-sama AMIIN kan . Inshaa Allah .
" AMIIIn "
" ya Allah , sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang , dengan rahmat-Mu , maka berilah kesabaran dan ketabahan kepada Ustaz Azizan Razak untuk melalui saat-saat sukar ini , permudahkanlah kepadanya untuk menjalankan kehidupannya selepas ini , jadikanlah setiap kesakitannya sebagai pahala, penghapus dosa serta meningkatkan darjatnya di syurga , berilah kesihatan yang baik bagi memudahkannya meneruskan dakwah Islamiah di tanah air kami tercinta ini "
Berapa orang Islam yang sedang ONLINE sekarang ini ?? Jom sama-sama " AMIIN " kan doa ini . Kita semua tanpa mengira parti marilah sama-sama AMIIN kan . Inshaa Allah .
" AMIIIn "
Mangkuk Ni Bakal Menteri Penerangan?
Ini kerja orang politik..! lepas bertungkus lumus melobi
menjadi calon sama ada winable @ wincable candidate...kini kerja mereka terarah
kepada pengisian jawatan didalam kerajaan.
Setelah semua negeri selesai kecuali Selangor yang masih
berpencak, pihak BN hanya menunggu Mad
Hassan mengangkat sumpah sebagai MB Negeri Sembilan esok serta Khaled Nordin
dan barisan EXCO di Johor mengambil giliran pada Selasa depan kini semua mata tertumpu
kepada Najib yang bakal mengumumkan barisan Jemaah Menteri Kabinetnya yang
dijangka diumumkan minggu depan.
Di Kuala Lumpur berbuih buih mulut para pengulas politik
membayangkan itu dan ini. Tak menang tangan makcik cleaner membersihkan lantai
yang licin disebabkan banyaknya air liur yang menyembur nyembur berhujah bagi
memuktamadkan hujah masing masing.
Seperti mana budaya semasa melobi menjadi calon tempohari,
mereka yang mempunyai jalan wincable juga tidak langsung berganjak sama ada
diri mahupun wakil mereka dari ibu kota.
Usaha memegang lutut, menampak muka, berkeliaran di bangunan
UMNO, di PWTC, di Riverside, di Seri Pacific, di Putrajaya malah ada yang
bertunggu tagan di rumah pucuk pimpinan pun tak surut surut.
Ada yang menyebut Anuar Musa kembali, KJ diberikan tempat,
Razali dan Latif naik pangkat, Tok Pa kekal, Nazri tetap menjadi 'chief' di
Parlimen, Fadillah dan Rohani dari PBB turut bergelar YB Menteri malah ada yang
mengatakan bahawa Bung Mokhtar bakal bergelar YB Timbalan Menteri.
Namun itu semua masih cakap cakap..! masih rumour! masih
bayangan..! hakikatnya Najib yang tahu, Najib yang memilih pasukan idamannya.
Namun ada juga berita yang mengatakan ada Senator yang bakal
dilantik dan diberikan tempat sebagai Menteri.
Sebagai contoh... Keakraban hubungan Najib dan Farid Redzuan
yang turut bersama sama memberikan idea dalam menentukan calon wincable
candidate tempohari juga menyaksikan nama beliau ditempatkan sebagai bakal
Menteri yang menerajui Kementerian Penerangan.
Kalau Farid yang tak reti membezakan iklan hari raya dengan
iklan krismas yang terpaksa ditarik balik oleh tv3 diberikan tempat..alamat
yang gelap tak terang terang malah yang terang takut jadi malap..! Menteri
bukan setakat menjadi CEO syarikat...
Itu sebab sekor lagi Senator yang berjawatan Menteri macam
Idris Jalang yang begitu bernafsu dengan idea PEMANDU nya hampir sahaja
menyebabkan Najib masuk longkang dalam PRU 13 yang lalu.
Sejauh mana KPI dan strategi lautan biru terang atau biru
gelap deris jalang ni telah berjaya mewujudkan pengundian berskala besar
mengikut polarisasi kaum? tapi tentu keputusan ini suatu rahmat bagi nya kerana
masih ada yang boleh dipersalah dan di kambing hitamkan..! tak gitu? Tentu
sukun pun setuju kan?
Barisan ahli Kabinet dan kewujudan kembali Kementerian
Pembangunan Usahawan yang menjadi tulang belakang dalam menjaga kepentingan
orang Melayu dan Bumiputera amat diharapkan oleh pengundi tegar BN dalam PRU
kali ini.
Najib mesti menimbang sebaik mungkin, Najib perlu berani
bertegas didepan cina dan perlu lebih memahami rintihan dan kegusaran orang
Melayu dan Bumiputera.
Betul...masa kerajaan tahu semua telah berakhir tapi masa
pemimpin sentiasa benar juga mesti dilihat kewajarannya.
Jangan ditanya kepada penepuk ponggong dan penjilat kerana
usai menepok dan menjilat selesai la urusan mereka berbanding tangan tangan dan
lidah yang setia, taat, gigih dan tidak pernah jemu dalam mempertahan dan
menjulang Barisan Nasional kekal
berkuasa di Putrajaya.
Lu Fikir La Sendiri!!!
VIDEO HOT ANWAR YANG SEMUA ORANG TAK BOLEH LUPAKAN..!!
VIDEO HOT ANWAR YANG SEMUA ORANG TAK BOLEH LUPAKAN..!!
Korang tengok video ini dan GR rasa khusus buat pencacai pakatan haprak yang terlampau taksub dengan Bang Non nie.
Nak kata Bang Non ni dah nyanyok pun kira boleh jugakkan...macam orang tak ada agama pun ada jugak. Bercakap soal agama dalam masjid dan sebagainya cukup hebat, tapi qada dan qadar Allah SWT telah tetapkan tak boleh terima. Manusia jenis apekah ini??
GR tak nak cakap banyak, korang tengoklah sendiri...bukti dari mulut siapa yang Anwar kata akan UNDUR SECARA BAIK jika Pakatan kalah dalam PRU13.
GR kata: Rakyat Malaysia kena kencing kaw2 dengan Bang Non. Keh keh keh
Raja Nong Chik Mahu Saman Nurul Izzah
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Datuk
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bercadang untuk menyaman Naib Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kerana menyebar fitnah dalam kempen
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
"Kita dalam kajian untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap fitnah yang dilemparkan kepada saya dan keluarga
sepanjang kempen PRU-13 berlangsung.
"Saya kalah kerana pembunuhan karektor terhadap saya
dan keluarga yang disebarkan termasuk melalui media sosial," kata beliau.
Raja Nong Chik berkata, tindakan undang-undang terhadap
Nurul Izzah yang memenangi kerusi P.121 pada PRU-13 itu bagi mempertahankan
maruah beliau dan keluarganya.
"Sepanjang kempen saya tidak menyentuh satu ayat pun
mengenai peribadi Nurul Izzah dan ayahnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Inilah
cara berkempen yang kurang sihat menyebabkan rakyat melakukan pemilihan
berdasarkan andaian yang tidak benar," kata Raja Nong Chik.
Dakwa Raja Nong Chik, antara fitnah yang disebarkan Nurul Izzah
termasuk kononnya beliau terlibat dengan pemilikan tanah di Bukit Kiara.
"Tiap-tiap kali berkempen, Nurul Izzah dan bapanya
turut menimbulkan isu anak saya mendapat projek, sedangkan ia berlaku sebelum
saya menjadi menteri. Ini pembunuhan karektor terhadap saya," jelasnya.
Raja Nong Chik berkata, beliau banyak menerima undi daripada
penduduk yang tinggal di Lembah Pantai yang mengetahui rekod kerjanya.
"Lebih kurang 31,000 pengundi luar yang balik mengundi
memilih pembangkang kerana mereka terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan
kepada saya dan keluarga," kata Raja Nong Chik.
Dalam sidang akhbar yang berlangsung di Pusat Khidmat
Masyarakat BN Lembah Pantai di sini hari ini, beliau juga menegaskan tidak
mengharapkan sebarang jawatan dalam kerajaan.
Walaupun kalah dalam PRU-13 lalu Raja Nong Chik berkata,
beliau akan meneruskan khidmat kepada masyarakat melalui UMNO dan BN.
DUA HIMPUNAN, BERBEZA MAKSUD!!!
Berikut dipaparkan dua keping gambar bagi dua perhimpunan berbeza yang dibuat pada hari yang sama baru - baru ini. Ada orang kata, tujuan himpunan tu sama.
Bagi sesiapa yang buat kesimpulan tersebut, nampak sangat la yang diorang tu buta atau sengaja membutakan mata mereka dari melihat perbezaannya.
Kalau nak kata diorang tu BODOH, nanti ada pulak yang marah. Tapi apa boleh buat. Dah diorang tu diperbodohkan oleh pemimpin masing - masing.
Himpunan yang satu ni dibuat di Marang Terengganu. Ianya merupakan Majlis Kesyukuran yang dianjurkan oleh PAS demi menyambut keputusan PRU yang diadakan baru - baru ini.
PAS jelas MENYAMBUT keputusan tersebut dengan hati yang tenang. Mereka redha walaupun masih GAGAL untuk merampas Putrajaya.
Peserta bagi himpunan anjuran PAS ini terdiri dari kalangan orang - orang PAS sendiri. Tidak ada penyokong atau pemimpin dari parti lain yang terlibat.
Tapi, himpunan dibawah ni diadakan bagi MENOLAK keputusan Pilihan Raya Umum yang telah diadakan baru - baru ni. Himpunan ni adalah anjuran DAPigs sepenuhnya.
Siapa kata himpunan di Kelana Jaya tu dianjurkan oleh Pakatan? Kalau dianjurkan oleh Pakatan, kenapa pemimpin PAS tak turut serta?
Macam yang SH katakan tadi. PAS secara jelas menerima keputusan yang telah dibuat oleh rakyat. Mereka menyambut ketentuan Allah S.W.T.
Sebaliknya, yang tak terima kemenangan tersebut hanya terdiri dari kalangan puak - puak DAPigs dan Si Ketua Penipu tu sahaja. Kenapa diorang tak terima keputusan tu?
Sebab diorang rasa bersalah dan mula rasa terdesak kerana menyebabkan golongan Cina menjadi minoriti didalam Kerajaan. Itu pasal diorang tolak keputusan tersebut.
Diorang lakukan tindakan tersebut untuk mengaburi mata rakyat dari melihat perkara sebenar. Diorang alihkan perhatian dengan menuduh SPR menipu.
Walhal, dah memang jelas sangat yang diorang tu dah kantoi terang - terangan. Diorang yang mainkan api perkauman dengan harapan dapat menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.
Sekarang, nak nak diperangkap sendiri dah terperangkap. Ibarat jerat makan tuan. Diorang dah tak mampu nak buat apa - apa. Jadi, terpaksa la diorang main wayang dan terus menipu rakyat!!! Kalau tak menipu, memang tak sah!!!
Friday, 10 May 2013
Daftar Pemilih PRU13 Terbersih Pernah DIsediakan SPR
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia tidak melaksanakan apa-apa penambahbaikan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagai satu pembohongan besar untuk mengelirukan rakyat serta fitnah semata-mata.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan bagi pilihan raya umum Ahad lepas, termasuk menyediakan Daftar Pemilih terbersih yang pernah disediakan SPR.
Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU13 diwartakan melalui proses pembersihan terperinci dan semakan dalam talian dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), katanya. “Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai ‘identifier’ (pengenal pasti) pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih PRU13,” katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.
Menjelas lanjut, Abdul Aziz berkata melalui sistem pendaftaran itu, tiada ruang bagi warga asing sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan.
Beliau menjelaskan melalui sistem pendaftaran itu, tiada sesiapa yang bukan warganegara sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India yang dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan.
Selain itu, Abdul Aziz berkata Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU13 ialah sah, telah diwarta dan dimuktamadkan, sekali gus adalah mustahil untuk memasukkan nama-nama pengundi tambahan.
“Oleh demikian, dakwaan kononnya terdapat 40,000 warga Bangladesh yang dibawa masuk untuk mengundi dalam PRU13 adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang diwartakan adalah muktamad,” tegas Abdul Aziz. Katanya SPR turut melaksanakan proses pengundian awal pada 30 April lepas, melibatkan 235,826 pengundi daripada kalangan polis dan tentera serta pasangan masing-masing bagi menggantikan proses pengundian pos.
“Selaras dengan tuntutan utama parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan, SPR turut memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada PRU13 sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelak cubaan mengundi dua kali mana-mana pihak,” katanya. Abdul Aziz berkata asas utama untuk menyemak identiti pengundi dan kaedah memastikan pengundi tidak mengundi lebih daripada sekali ialah senarai nama di dalam Daftar Pemilih yang diguna pakai di setiap saluran/tempat mengundi pada hari pengundian.
“Jika nama seseorang itu tidak terdapat dalam daftar pemilih atau namanya telah dipotong kerana telah mengundi, pengundi itu tidak akan dapat mengundi lebih dari sekali. Ini bermakna pengundian berganda tidak akan berlaku dalam proses pengundian di negara ini,” katanya.
Dari segi tempoh berkempen pula, SPR melakukan penambahbaikan dengan memperuntuk tempoh 15 hari berkempen bermula 20 April hingga Ahad lepas, berbanding 13 hari pada PRU2008.
Abdul Aziz turut menjelaskan bahawa sistem dan undang-undang pilihan raya di Malaysia berlandaskan kemenangan mengikut majoriti mudah dan kemenangan perwakilan mengikut kawasan.
Beliau berkata berasaskan sistem itu, yang diguna pakai di Malaysia sejak PRU pertama pada 1959, menetapkan parti yang berhak membentuk kerajaan bukanberasaskan jumlah undi popular yang diperoleh, sebaliknya jumlah kerusi parlimen yang dimenangi.
“Dalam konteks ini, walaupun parti pembangkang memperoleh jumlah besar undi iaitu sebanyak 5,623,984, mereka hanya memenangi 89 kerusi bahagian pilihan raya. “Sebaliknya, Barisan Nasional (BN) memperoleh jumlah undi sebanyak 5,237,699, namun dari sudut jumlah bahagian pilihan raya, BN memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen dan berhak membentuk kerajaan di peringkat pusat,” katanya.
“Sistem ini juga digunakan bagi menentukan parti yang berhak untuk menubuhkan kerajaan baik di peringkat pusat atau pun negeri, iaitu parti yang mendapat jumlah perwakilan (kerusi) terbanyak walaupun memperoleh majoriti satu kerusi berhak membentuk kerajaan,” katanya sambil menambah sistem itu dikenali sebagai ‘First Past The Post’.- BERNAMA
Najib promises to be a Prime Minister for all Malaysians
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak today promised to be a Prime Minister for all Malaysians, regardless of race, religion, state or political views.
"I love my country and I'm proud of how far we have progressed. And I know that by working together as one nation, our best days are still to come," he said in the latest entry on his blog, www.1Malaysia.com.my.
In the entry titled 'Thank You', the prime minister also promised that the Barisan Nasional (BN) government would make efforts to ensure any form of extremism and racism, which are unhealthy for Malaysia, would be tackled.
"We will also continue to promote moderation among multiracial Malaysians and place great importance on racial harmony and national unity," he said.
Najib, who is also BN chairman, also thanked the voters and all quarters who placed their trust in the BN government to continue ruling the country.
In the 13th general election last Sunday, BN retained power by securing a simple majority of 133 parliamentary seats (out of 222 seats).
Najib said he had had the privilege of serving the people for most of his career.
"I remember the first time I was elected as an MP, the first time I spoke in Parliament, the first time I took responsibility for a government department.
"Over the last few years I have had the privilege of serving our country as Prime Minister, but the biggest privilege of all is that you have now given me the chance to finish what I have started," he said.
Najib also admitted that the 13th general election was a long and hard-fought election.
"There have been a lot of strong views and different ideas over the last few weeks. There has been passion, and sometimes even anger.
"We have just been through the biggest, most competitive exercise in democracy our country has ever seen. In every kampung, town and city, people have been debating, campaigning, and voting for the future of our nation," he said, adding that now was the time to move towards national reconciliation.
"I love my country and I'm proud of how far we have progressed. And I know that by working together as one nation, our best days are still to come," he said in the latest entry on his blog, www.1Malaysia.com.my.
In the entry titled 'Thank You', the prime minister also promised that the Barisan Nasional (BN) government would make efforts to ensure any form of extremism and racism, which are unhealthy for Malaysia, would be tackled.
"We will also continue to promote moderation among multiracial Malaysians and place great importance on racial harmony and national unity," he said.
Najib, who is also BN chairman, also thanked the voters and all quarters who placed their trust in the BN government to continue ruling the country.
In the 13th general election last Sunday, BN retained power by securing a simple majority of 133 parliamentary seats (out of 222 seats).
Najib said he had had the privilege of serving the people for most of his career.
"I remember the first time I was elected as an MP, the first time I spoke in Parliament, the first time I took responsibility for a government department.
"Over the last few years I have had the privilege of serving our country as Prime Minister, but the biggest privilege of all is that you have now given me the chance to finish what I have started," he said.
Najib also admitted that the 13th general election was a long and hard-fought election.
"There have been a lot of strong views and different ideas over the last few weeks. There has been passion, and sometimes even anger.
"We have just been through the biggest, most competitive exercise in democracy our country has ever seen. In every kampung, town and city, people have been debating, campaigning, and voting for the future of our nation," he said, adding that now was the time to move towards national reconciliation.
Story first published on: May 10, 2013 20:50 (MYT)
Tags: najib, pm, malaysian, 1 malaysia, barisan nasional, bn, ge13.
ISMA Saran Anwar Berundur Dari Politik
by AIDC on May 10th, 2013 · No Comments
Pilihan Raya Umum ke-13 telah berlangsung dengan aman. Majoriti rakyat Malaysia telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan yang menerajui pentadbiran negara. Tiada keganasan dan insiden besar yang menganggu proses pembuangan dan pengiraan undi.
Keputusan telah diumumkan, seperti yang dijangka tiada mana-mana parti yang menang besar. Tidak semua kawasan dimenangi oleh Barisan Nasional, dan Pakatan Rakyat tidak kalah di semua kawasan. Namun keputusan akhir masih memihak kepada Barisan Nasional dan hasrat Pakatan rakyat untuk menerajui kerajaan persekutuan tidak kesampaian.
Keputusan ini menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas nama Pakatan Rakyat menolak keputusan pilihan raya dan menganggapnya diselubungi penipuan.
Hakikatnya, peratusan mereka yang keluar mengundi di kebanyakan kawasan adalah tinggi sesetengahnya mencapai sehingga 90%. Ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, dan demokrasi telah berjalan dengan subur.
Meskipun mungkin berlaku kecacatan dalam proses pilihan raya di sana sini, namun ia tidak sampai menafikan kewibawaan dan integriti proses pilihan raya di Malaysia secara keseluruhan.
Berdasarkan hakikat tersebut, bagi pihak rakyat yang inginkan kedamaian dan keamanan, ISMA ingin menyeru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengambil sikap berhemah tinggi sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang tokoh politik yang dikagumi di peringkat nasional dan antarabangsa.
Tindakan beliau yang tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya dan membawa isu ini kepada protes awam telah menimbulkan pelbagai tanda tanya. Adakah beliau tidak mengiktiraf sepenuhnya proses pilihan raya ini dan menganggap keputusan pilihan raya ini tidak sah sepenuhnya?
Jika sekiranya beliau tidak menerima keputusan ini, beliau sewajarnya mengumumkan keputusan rasmi Pakatan Rakyat untuk tidak mengiktiraf keseluruhan keputusan pilihan raya dan menolak untuk mengangkat sumpah di negeri yang dimenangi.
Sebaliknya, jika beliau hanya mengiktiraf keputusan yang memihak kepadanya dan tidak mengiktiraf keputusan yang tidak memihak kepadanya, maka itu merupakan satu yang amat pelik dan tidak munasabah.
7 Mei lalu, Datuk Seri Anwar sendiri telah mengumumkan penubuhan kumpulan penyiasat untuk mengumpul bukti penipuan PRU13 yang diketuai oleh YB Rafizi Ramli.
Beliau sepatutnya menunggu hasil siasatan pasukan tersebut dan mengambil tindakan berdasarkan bukti-bukti terkumpul mengikut saluran undang-undang, bukan dengan cara bermain sentimen dan membuat tindakan awal sebelum hasil kajian diperolehi.
Beliau harus sedar bahawa rakyat sudah muak dengan politiking yang berlebihan dan sengsara dengan perpecahan. Seharusnya beliau memberi laluan kepada kestabilan dan peluang mengembalikan keharmonian dan kerukunan hidup setelah melalui proses berkempen yang penuh sentimen dan permusuhan.
ISMA bimbang jika keadaan ini berterusan negara akan dilanda suasana yang tidak stabil yang berpanjangan, mengganggu pembangunan negara yang menjadi inspirasi semua rakyat Malaysia dan beliau akan dilihat sudah keterlaluan, terlalu mementingkan diri dan sangat kemaruk kepada kuasa.
Oleh itu, ISMA meminta Datuk Seri Anwar menerima takdir. Mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan ini.
Firman Allah dalam petikan ayat 216 Surah Al-Baqarah:
“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.”
“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.”
Itulah panduan yang Allah nyatakan di dalam Al-Quran yang perlu menjadi pegangan Datuk Seri Anwar sebagai orang Islam.
Akhir sekali ISMA berpandangan sudah sampai masa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada medan politik. Ini selaras dengan keputusan beliau yang mahu menjadi pensyarah sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan selepas PRU-13 seperti yang disiarkan dalam temubualnya bersama akhbar antarabangsa Financial Times bertarikh 3 Julai 2012.
ABDULLAH ZAIK ABD RAHMAN
PRESIDEN ISMA
10 MEI 2013
PRESIDEN ISMA
10 MEI 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)