Monday 3 December 2012

AES : Syarikat Penyelia Ambil Kesempatan Atas Rakyat


Syarikat penyedia Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak mempunyai kuasa untuk memasang sistem kamera berkenaan di mana-mana kawasan sewenang-wenangnya, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata sebaliknya pemasangan sistem itu tertakluk kepada pemerhatian, analisis dan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) serta berdasarkan data kemalangan dan cadangan pihak polis.

"Kita mempunyai kawasan tertentu yang telah dipastikan atau dicadangkan oleh polis berdasarkan data kemalangan yang pernah berlaku. Kawasan itu pula akan dikaji oleh MIROS, selepas itu barulah kita akan pastikan mana-mana tempat yang patut ada sistem itu," katanya kepada pemberita selepas menutup program 1Komuniti 1Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Dewan Merdeka Manjung di sini Ahad.

Katanya sejak sistem AES dipasang di 14 lokasi mulai September lepas, ada kawasan yang merekodkan penurunan dramatik antara 60 dan 70 peratus jumlah pesalah memandu melebihi had laju dan melanggar arahan lampu isyarat.

Kong berkata jumlah kemalangan di negara ini masih tinggi berbanding negara Asia Tenggara yang lain disebabkan dua faktor iaitu jumlah penduduk yang tinggi dan jumlah kenderaan yang tinggi iaitu setakat ini sebanyak 23 juta kenderaan berdaftar dengan JPJ.



p/s : Menteri tolong dedahkan nama syarikat pada rakyat. 
Sepatutnya kerajaan melalui JPJ sahaja yang mengendalikan AES,
bukan diberi pada syarikat yang mengaut keuntungan semata-mata

Apa yang TR ingin tanya pada Menteri, benarkah 15% hasil dari bayaran 
saman diberi pada syarikat penyelia. AES bukan untuk diperdagangkan oleh
mana-mana syarikat yang mencarik keuntungan. Ianya harus dikendalikan samada
pihak JPJ atau Polis. 

No comments:

Post a Comment